Kl Tower Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula



PETALING JAYA: Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa nafi terlibat dalam memberi kelulusan tender melibatkan pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Annuar sebaliknya berkata, kuasa meluluskan tender tertakluk dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) pada ketika itu di bawah Mustapha Mohamed.
“Awal-awalnya ada satu syarikat nak buat, saya cakap bukalah ramai-ramai. Dua, tiga orang datang melalui saya bawa surat. Saya senang sahaja, saya panjangkan pada pentadbiran. Saya cakap buat penilaian, buat kertas kerja, jangan main mulut-mulut…
“Saya punya dasar walaupun saya menteri, saya tak campur tender, saya tak campur urusan ini. (Pihak kementerian) buat semua penilaian dan dia bagi penerangan pada saya.
“Tapi saya tak ada kuasa nak meluluskan kerana itu kuasa UKAS di bawah Mustapha Mohamed. Apa-apa urusan pentadbiran perlu diangkat ke situ,” katanya dalam program bual bicara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara atas talian.
Annuar turut menafikan mengenali rapat pengarah Hydroshoppe secara rapat.
“Ada penulis tulis, director (pengarah) tu kawan rapat saya. Saya tak kenal director berkenaan…. Saya serahkan kepada peguam untuk menilai kenyataan-kenyataan, kalau cross the line (fitnah) kita guna undang-undang,” katanya.
Ketika ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memulakan siasatan sama ada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100% saham TM di dalam Syarikat Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober 2022.
Suruhanjaya itu juga telah memanggil tiga saksi serta mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak-pihak berkaitan untuk diteliti berhubung perkara tersebut.
TM dalam kenyataannya hari ini berkata keputusannya untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.
Syarikat berkaitan kerajaan itu juga menafikan dakwaan bahawa rancangan berkenaan dibuat secara senyap-senyap. 
Menurut TM, perubahan dalam pegangan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara KL, telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia melalui pengumuman kewangan TM pada suku ketiga 2022.
Sebelum ini beberapa pengguna media sosial membangkitkan tindakan TM memindahkan pemilikan penuh MKLSB kepada Hydroshoppe pada Oktober.
Pengguna akaun Twitter, @FreeMsian, menggambarkan Menara KL sebagai “cash cow”, sambil menyatakan struktur tarikan pelancong itu menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM25 juta.
Pengguna itu juga membangkitkan soal pemindahan 10 juta saham MKLSB tidak dihebahkan kepada umum - FMT
Hydroshoppe turut didakwa merupakan syarikat bermasalah yang dalam proses dinyahsenarai oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana tidak aktif sejak 14 tahun lalu namun secara tiba-tiba “mendapat talian hayat” daripada TM.
@FreeMsian juga membuat dakwaan mengaitkan perkara itu dengan Annuar Musa yang ketika itu adalah menteri komunikasi dan Multimedia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/kl-tower-annuar-musa-tolak-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Menara Kl 3 Individu Berdepan Saman Annuar Musa

Tuduhan Menara Kl 3 Individu Berdepan Saman Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 227 hits
Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa akan mengambil tindakan undang undang terhadap tiga individu atas dakwaan memfitnahnya berhubung pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd yang menguruskan Menara Kuala Lumpur Bek...
Annuar Musa Keputusan Jual Menara Kl Tiada Kaitan Dengan Kementerian

Annuar Musa Keputusan Jual Menara Kl Tiada Kaitan Dengan Kementerian

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 288 hits
Hariz MohdKementerian tidak terlibat dalam keputusan Telekom Malaysia Bhd menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur kata bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa Katanya perjanjian itu melibatkan syarikat tersena...
Umno Pun Tak Mahu Annuar Musa Masuk Pas

Umno Pun Tak Mahu Annuar Musa Masuk Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 276 hits
Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga Presiden pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan akan menyertai salah satu parti politik yang telah membuat tawaran kepadanya sebelum ini Annuar b...
Untungnya Beli Kl Tower Ni Sudahlah Murah Dapat 10juta Saham Pula

Untungnya Beli Kl Tower Ni Sudahlah Murah Dapat 10juta Saham Pula

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 291 hits
Hari ini TM dalam satu kenyataan berkata sebagai sebahagian daripada program transformasinya ia menumpukan usaha dan sumber untuk mengukuhkan perniagaan teras iaitu telekomunikasi serta teknologi Selepas membuat pertimbangan mengenai peruba...
Halalan Toiyiban Yang Ada Tidak Pula Dikejar

Halalan Toiyiban Yang Ada Tidak Pula Dikejar

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 233 hits
HARI INI SEKARANG untung yang tidak dapat ditolak Yang kaya terpaksa bertambah kaya Alhamdulillah kocek tak keringKedudukan ini bermaksud untung tercapai dalam tempoh 2 3 hari sahaja bagi yang invest beli GAE pada minggu lepas atau bulan le...
Setelah Julang Dap Umno Sucikan Falsafah Malaysian Malaysia Pula

Setelah Julang Dap Umno Sucikan Falsafah Malaysian Malaysia Pula

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 292 hits
agendaily com31 12 2022Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sumpah wallahi wabillahi watallahi No Anwar No DAP yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi Love Anwar Love DAP UMNO kini mensucikan falsafah Malaysi...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Why Dr M Was Right About Anwar

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu