Kl Summit 2019 Gagal Tetapi Berjaya Mengirim Motif Tersendiri


ULASAN 

Dr Mahathir bergambar bersama Dr Wan Azizah,
dan Anwar berlatarkan prop sidang Kemuncak KL 2019.NIAT yang baik itu kalau pelaksanaannya tidak baik atau sambutannya tidak memuaskan ia tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Tidaklah ia merugikan tetapi tidak menguntungkan.

Begitulah perihal Sidang Kemuncak KL 2019 (KL Summit 2019) yang mula berlangsung 19 Disember dan akan berakhir hari ini.

Sidang itu semacam ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan ia seperti tidak beraura tinggi. Tidak ada umpp. Kenapa?

Antara tujuan utama sidang itu diadakan untuk menyelesaikan beberapa isu yang berlingkar dalam dunia Islam waktu ini, khasnya Islamophobia dan isu keganasan.

Sidang itu bukan bertujuan membincangkan soal agama tetapi soal dan masalah ummah Islam.

Sidang itu merupakan edisi ke-lima diusahakan atas kerjasama NGO dengan kerajaan Malaysia yang disokong oleh empat buah negara, selain Malaysia, Indonesia, Turki, Qatar dan Pakistan. Keempat pemimpin negara ini sangat dinanti-nantikan kehadiran mereka.

Anwar dan isteri merai kehadiran Tayyep Erdogan
dan isteri yang hadir ke sidang Kemuncak. Bagaimana pun ia tidak berlaku begitu. Presiden Pakistan dan Indonesia tidak hadir. Tanpa kehadiran dua presidennya ia kelihatan seperti cacat.

Mungkin tanpa kehadiran Raja Salman Abdulaziz Al Saud, tidak menjadi masalah kerana beliau sudah tidak menunjukkan minat. Tetapi tanpa kehadiran Presiden Joko Widodo dan Imran Khan sesuatu yang dimusykilkan.

Pembesar negara yang hadir, adalah Presiden Turki Tayyip Erdogan dan Emir Qatar Hassan Rouhani. Jika tidak silap kehadiran Erdogan ke Malaysia adalah pertama kali, justeru ada suara nakal mengatakan beliau hadir bukan sangat untuk menyertai sidang itu tetapi lebih untuk mengambil peluang berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang menjadi rakannya di negara kelahiran Anwar sendiri.

Seperti mana disebut sidang itu akan membincangkan tujuh teras utama;

1. Pembangunan dan kedaulatan,
2. Integriti dan tadbir urus yang baik,
3. Budaya dan identiti,
4. Keadilan dan kebebasan,
5. Keamanan, keselamatan dan pertahanan,
6. Perdagangan dan pelaburan,
7. Tadbir urus internet dan teknologi.

Sidang itu diharap akan dihadiri 450 para perwakilan terdiri daripada cerdik pandai dan intelektual daripada berbagai aspek dari seluruh negara Islam dan mendapat liputan kira-kira 800 orang wartawan dalam negeri dan asing.

Tanpa kehadiran dua buah negara tunggak itu, Pakistan dan Indonesia yang menimbulkan sedikit persoalan. Walaupun kedua negara itu menghantar wakil mereka (Duta) tetapi ia menjadi cacat. Berbagai tafsiran boleh dibuat, apakah sidang itu tidak mendapat persetujuan (komitmen) penuh negara berkenaan?

Presiden Pakistan, Imran Khan yang dijangka akan hadir membatalkan niatnya tanpa memberi alasan yang kemas. Bagaimana pun ia dilihat ketidak sediaan Imran Khan datang itu apabila Raja Salman daripada Arab Saudi awal-awal menyatakan tindakannya tidak hadir.

Raja Arab Saudi itu tidak hadir dikatakan apabila Qatar negara yang sedang berkrisis dengannya turut sama dijemput. Kehadiran Emir Qatar Hassan Rouhani itu menjadi penghalang buat Raja Salman untuk hadir.

Dalam hal ini Malaysia atau pihak penganjur serba salah menerima keadaan itu. Tindakan Raja Salman itu sekaligus menjadikan usaha sidang Kemuncak itu untuk menjadi pendamai kepada negara bermasalah gagal. Sebagai negara berpengaruh di kalangan negara Islam dengan kedudukan Baitullah di Makkah tanpa kehadiran itu persidangan itu tempang.

Tentunya hasrat Dr Mahathir untuk mempertemukan dua pemimpin itu dalam satu forum bagi kemungkinan mencari titik perdamaian gagal.

Imran pula mengambil sikap itu kerana Pakistan memerlukan kepada bantuan Arab Saudi untuk negaranya walaupun kepentingan tujuh teras dibincangkan dalam Sidang Kemuncak itu penting. Di sini menunjukkan kuasa kewangan (material) itu lebih penting daripada kepentingan lain.

Yang tidak difahami kenapa sidang itu ikut sama dipandang sepi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo. Kehadiran Jokowi penting untuk memberi semangat dan menunjukkan kesatuan kerana negara itu merupakan negara umat Islam teramai di dunia. Lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara tetangga Malaysia, kehadirannya memberi signifikan tersendiri khasnya buat Malaysia.

Barangkali terlalu melampau kalau dikatakan sidang berkenaan dan hasrat murni yang tertanam dalam diri Perdana Menteri Malaysia daripada forum berkenaan tidak berhasil. Namun apabila ia tidak melibatkan dua negara tunggak Pakistan dan Indonesia, menyebabkan sidang itu sebagai cacat.

Tidak dapat dinafikan, impian besar ditadahkan oleh Dr Mahathir menerusi forum berkenaan adalah untuk maslahat ummah yang tidak lari dari bersifat politik. Apa yang tertunjuk, walaupun Malaysia negara kecil tetapi ia sedia dan sanggup menjadi tuan rumah. Malaysia obses kepada negara seagama dengannya. Apakah motif dan maksud Dr Mahathir menyediakan tapak persidangan itu?

Di sini apa yang dapat saya suluh, selain daripada hendak mempamerkan dirinya sebagai pejuang Islam, (kemanusiaan dan keamanan), ada maksud lain yang ingin diselitkan Dr Mahathir dengan sidang berkenaan. Barangkali ada motif politik tersendiri yang tidak mudah untuk diselak dan ia dibuat dengan sangat zeni (seni), bagi orang awam.

Dalam hemat saya melalui sidang itu Dr Mahathir ingin menunjukkan bukan sahaja kepada dunia negara Islam akan komitmen beliau kepada kepentingan daulah Islam di Malaysia, tetapi kepada segelintir rakyat negara ini juga. Sidang itu dihitung Dr Mahathir bagi memberi kefahaman (signal) kepada golongan yang anti Islam di Malaysia.

Tidak dinafikan di Malaysia ada segelintir yang tidak mahu menerima gelaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mereka mahu serta memperjuang mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular berdasarkan perlembagaan. Mereka berselera untuk tidak membabitkan Malaysia dengan Islam.

Jadi untuk menonjolkan gelar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, maka sidang seumpama itu diadakan. Dengan penyertaan negara-negara Islam ke sidang itu ia merupakan penghormatan negara Islam kepada Malaysia yang sekaligus mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen.

Tentunya sidang kemuncak itu kurang disenangi oleh golongan yang anti Malaysia sebagai sebuah negara Islam atau oleh para pejuang mahu mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular. Golongan ini tidak begitu senang dengan sidang berkenaan. Bagaimana pun jika mereka menerima kata awal Dr Mahathir bahawa sidang itu bukan membincangkan perihal agama, tetapi perihal ummah, mereka tidak perlu bimbang dan konfius.

Masalah Islamophobia dan isu keganasan serta isu-isu pembangunan dan keselamatan adalah isu yang perlu dipikul bersama tanpa dibumbui dengan kebimbangan-kebimbangan lain yang tidak rasional. Isu-isu itu lebih mirip kepada isu kemanusiaan dan keamanan.

Justeru kepada saya motif sidang itu yang diutamakan oleh Dr Mahathir, berbanding dengan beberapa maksud dan tujuan lain seperti untuk menyelesaikan masalah Islamophobia dan juga keganasan yang perkara bukan senang untuk ditanganinya itu adalah signal tadi.

Apapun dari sisi lain apabila sidang itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada negara-negara Islam ia memberi kesan sampingan kepada Dr Mahathir, dimana menggambarkan beliau tidak dihormati pemimpin negara Islam lain apabila mereka enggan untuk sama-sama berada dalam sidang kemuncak berkenaan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir.

Sidang Kemuncak KL 2019 itu walaupun menggembirakan Dr Mahathir tetapi ada sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Dari sisi lain ia memberi gambaran bahawa Dr Mahathir sudah tidak popular dan seagung dikhayalkan.  [wm.kl.10:30 am 21/12/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/kl-summit-2019-gagal-tetapi-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kl Summit 2019 Gagal

Kl Summit 2019 Gagal

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 365 hits
Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu Pertama me...
Kl Summit 2019 Adalah Persidangan Yang Gagal Dan Syok Sendiri

Kl Summit 2019 Adalah Persidangan Yang Gagal Dan Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 811 hits
Gambar Wira NordinOleh Anasz 1 Suka tidak suka mahu tidak mahu kita kena akui yang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini adalah satu persidangan syok sendiri dan membazirkan wang rakyat 2 Ianya bukan persidangan yang mahu memfokuskan mengen...
Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 346 hits
Abdul Hadi menegaskan kelemahan itu berkait masalah antarabangsa terutama di Asia Barat yang dilihat tiada penyelesaian Gambar failKL Summit 2019 OIC gagal Hadi AwangKL Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kua...
Diminta Istirahat Ma Ruf Amin Batal Hadiri Kl Summit 2019

Diminta Istirahat Ma Ruf Amin Batal Hadiri Kl Summit 2019

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 294 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin batal kunjungan kerja ke Malaysia Rabu Ma ruf diminta untuk istirahat sehingga dilarang bepergian oleh dokter kepresidenan
Kl Summit 2019 Bukan Setakat Dimalukan Tapi Bukti Mahathir Dianggap Jijik Dan Hina

Kl Summit 2019 Bukan Setakat Dimalukan Tapi Bukti Mahathir Dianggap Jijik Dan Hina

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 680 hits
Kenyataan keras OIC terhadap KL Summit 2019 yang cuba diwujudkan oleh Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan sekaligus memberikan gambaran keparahan ekonomi kewangan dan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara Negara Islam sendiri ...
Anwar Di Kl Summit 2019

Anwar Di Kl Summit 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 302 hits
Bersama Menteri Luar Iran Javad Zarif Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar dan Menteri Ekonomi Qatar Ahmad Bin Jassim al Thani di KL Summit 2019
Indonesia Gagal 2 Besar Jokowi Tetap Beri Bonus Ke Atlet Sea Games 2019

Indonesia Gagal 2 Besar Jokowi Tetap Beri Bonus Ke Atlet Sea Games 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 230 hits
Presiden Jokowi memastikan para atlet yang berhasil membawa pulang medali dalam gelaran SEA Games 2019 di Filipina akan mendapatkan bonus dari pemerintah Meski target Indonesia masuk dua besar di SEA Games 2019 tak tercapai namun target per...
Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 376 hits
If Kuala Lumpur Summit 2019 is a lesser or an ad hoc version of the Organisation of Islamic Conference an event summoned immediately due to extraordinary circumstances affecting the Muslim world the organisers have unwittingly enhanced the ...
Tm One Leap Summit 2019

Tm One Leap Summit 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 390 hits
Baru baru ini pada 5 November 2019 bertempat di KL Convention Centre thelah dianjurkan acara gilang gemilang yang merupakan suatu acara signature tahunan daripada TM ONE TM ONE LEAP Summit 2019 Apa itu TM ONE TM ONE merupakan salah satu cab...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran