Kl Summit 2019 Adalah Persidangan Yang Gagal Dan Syok Sendiri
Gambar : Wira NordinOleh : Anasz*
1. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita kena akui yang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini adalah satu persidangan syok sendiri dan membazirkan wang rakyat.
2. Ianya bukan persidangan yang mahu memfokuskan mengenai permasalahan umat Islam, sebaliknya persidangan untuk menaikkan nama aktor politik tertentu di peringkat antarabangsa.
3. Dalam mana-mana persidangan dunia, pada kebiasaanya, negara yang mahu menjadi tuan rumah akan menggunakan organisasi antarabangsa sebagai 'tiket' untuk menarik minat pemimpin negara asing bagi menghadiri persidangan berkenaan.
4. Sepertimana yang Raja Salman katakan kepada pemimpin negara, seharusnya Kuala Lumpur menggunakan platform organisasi antarabangsa seperti Organisasi Kerjasama Islam Antarabangsa (OIC) sebagai medium pembincangan hal-hal berkaitan urusan Islam.
5. Malah bagi yang mengkaji hubungan antarabangsa, kita akan dapati Arab Saudi sendiri menggunakan pengaruhnya dalam OIC untuk memanggil negara-negara lain untuk hadir ke persidangan antarabangsa atau sidang kemuncak khas yang dirasakan perlu bagi membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan negara-negara Islam. Lihat sahaja Riyadh Summit 2017. Ianya melibatkan panggilan ahli-ahli dari negara Kesatuan Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), Arab Legue (Liga Arab) dan Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC.)
6. Lebih memalukan lagi apabila dari 50 jemputan yang dihantar, kurang dari 5 pemimpin negara yang mana hanya 3 sahaja yang disahkan hadir iaitu Presiden Turki, Presiden Iran, dan Emir Qatar yang akan hadir dalam sidang kemuncak berkenaan.
7. Dan amat memalukan lagi, kesemua pemimpin negara yang hadir itu pula mempunyai rekod gemar beritorik sepanjang masa.
8. Ambil Qatar misalnya. Negara berkenaan berhadapan dengan pemulauan oleh 3 anggota negara GCC seperti Arab Saudi, Bahrain dan UAE. Turut serta adalah Mesir. Hal ini kerana sikap dan dasar luar Qatar yang gemar mencampuri urusan dalam negara lain selain menjadi duri dalam daging kepada kesatuan GCC. Malah Qatar dah banyak kali kantoi cuba menjadi batu api dalam usaha menggulingkan pemimpin-pemimpin Arab selain mewujudkan suasana tidak stabil di negara jiran mereka. Dan nak mengatakan bahawa Qatar anti Amerika Syarikat pun juga satu penipuan dan pembohongan besar-besaran. Kerana pengkalan terbesar Amerika Syarikat di Timur Tengah adalah di Qatar. Malah Qatar sendiri merupakan negara yang menyokong Israel dan pernah menerima lawatan rasmi Presiden Israel ke Doha.
9. Iran pula tak payah cerita la jahat dia macam mana. Walaupun gemar menggunakan 'Imej' Islam dan Pro-Palestin. Namun bagi pihak yang mengkaji secara mendalam mengenai politik Iran, kita akan dapati ianya hanyalah satu sandiwara semata-mata. Malah seorang pengkaji Hubungan Antarabangsa, yang memfokuskan kajian terhadap hubungan Luar Iran pasca Revolusi Syiah di Iran menyatakan Iran merupakan sekutu rapat Israel dan Amerika Syarikat. Dan polisi ini tidak pernah berubah walaupun Ayyatussyaitan masih hidup pada waktu berkenaan.
10. Turki pula, pemimpinnya gemar menjadi juara dunia, namun di tanah airnya, politik dan ekonomi negaranya cukup tunggang langgang. Erdogan memang gemar menjadikan isu antarabangsa sebagai 'pengalih' isu dan masalah domestik yang terjadi dalam negaranya. Malah disaat Erdogan yang kononnya kelihatan terkenal menentang Israel, sehingga hari ini, Kedutaan dan Konsulat Israel masih wujud di Ankara dan Istanbul.
11. Pihak yang menasihati Perdana Menteri pun nampaknya gagal dalam memandu kepimpinan negara dalam merangka dasar luar Malaysia.
12. Mungkin mendapat menteri yang kuat menipu sama ada dari aspek janji politik mahupun kelulusan akademik, ternyata dasar luar Malaysia cacamarba.
13. Baik pegawai di Wisma Putra mahupun di Pejabat Perdana Menteri, nampaknya mereka gagal dalam menasihati Perdana Menteri bagi mengatur strategi politik yang berkesan dalam memujuk pemimpin luar menyertai sidang kemuncak Kuala Lumpur ini.
14. Kegagalan mendapatkan persetujuan Raja Salman, malah diberikan nasihat oleh Raja Salman berhubung kaedah dalam melaksanakan sidang kemuncak antarabangsa ini cukup menjadi tamparan yang besar buat dasar luar kerajaan PH pada hari.
15. Merasa diri cukup hebat, namun gagal melihat kelemahan diri menjadikan sidang kemuncak Kuala Lumpur ini sekadar mesyuarat kosong semata-mata dan syok sendiri. Dengan jemputan yang mencecah hampir 50 buah negara, namun ketua negara yang hadir ke sidang kemuncak berkenaan tak sampai 5 orang, cukup membuktikan persidangan ini adalah persidangan yang gagal.
16. Akhir kalam, bagi pihak diri sendiri, aku merasakan sidang kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini tidak lain dan tidak bukan usaha dari aktor politik tertentu yang hanya mahu menempatkan dirinya sebagai "pejuang Islam" setelah kegagalan mendapatkan pengaruh ketika penganjuran Kongres Stadium Melawati pada tahun ini.
Rujukan :
https://en.wikipedia.org/wiki/2017_Riyadh_summit
https://imuna.org/resources/country-profiles/saudi-arabia
https://www.arabnews.com/node/1103126/saudi-arabia
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/21/najib-trump-muslim-leader-saudi-summit/
http://telaviv.emb.mfa.gov.tr/Mission
https://embassies.gov.il/ankara/Pages/default.aspx
https://embassies.gov.il/istanbul/Pages/default.aspx
http://jerusalem.cg.mfa.gov.tr/Mission
* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi & keselamatan dari UKM.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaminang.com/2019/12/kl-summit-2019-adalah-persidangan-yang.html