Kkm Siap Siaga Hadapi Risiko Berlaku Kenaikan Kes


Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Fahmy A Rosli Gambar fail, tinjauan aliran trafik yang bergerak lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya. - Foto hiasan/Danial Saad KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersiap siaga berdepan risiko kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 susulan keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bagi individu lengkap divaksin bermula kelmarin.
Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata KKM akan terus memantau corak jangkitan dan data pergerakan orang ramai dalam mengunjurkan kemungkinan berlaku penularan wabak.
Katanya, pemantauan perlu berikutan lonjakan pergerakan kenderaan merentas negeri pada hari pertama rentas negeri kelmarin, khususnya di Semenanjung dari semua arah, sama ada menuju ke utara, selatan atau ke Lembah Klang.
"Pergerakan kenderaan pada hari pertama rentas negeri dibenarkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) didapati meningkat 14 peratus secara keseluruhan.
"Pergerakan kenderaan menuju ke arah utara di Lebuhraya PLUS adalah yang tertinggi apabila mencatat peningkatan 20.5 peratus.
"Pergerakan rentas negeri ke arah selatan di Lebuhraya PLUS pula meningkat 15.4 peratus, manakala pergerakan menuju ke Lembah Klang pula meningkat 9.7 peratus," katanya menerusi Twitter, semalam.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap divaksin berkuat kuasa kelmarin selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencecah 90 peratus.
Dengan kebenaran itu, individu yang lengkap divaksin boleh merentas negeri tanpa kebenaran polis, termasuk untuk pelancongan atau menziarahi ibu bapa di kampung.
Malah, remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.
Khairy menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan TRIIS, iaitu test (ujian kendiri), report (lapor menerusi MySejahtera), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan kepada kontrak rapat jika ujian didapati positif) dan seek (dapatkan rawatan segera) bagi mengawal penularan COVID-19.
Beliau turut mengingatkan semua operator lebuh raya untuk memastikan sistem pengudaraan yang baik dan penjarakan fizikal dilaksanakan di lokasi berisiko tinggi di semua pusat Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya.
"Pihak lebuh raya perlu bersedia untuk menerima jumlah kenderaan tinggi, yang dijangka akan berlaku hujung minggu ini, iaitu hujung minggu pertama selepas rentas negeri dibenarkan.
"Pemegang konsesi lebuh raya juga diingatkan memastikan lokasi berisiko tinggi seperti surau R&R memiliki aliran udara yang baik dan ditanda untuk penjarakan fizikal sebelum aktiviti rentas negeri beramai-ramai yang dijangka hujung minggu ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan rakyat tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan, kerana masih tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
Katanya, untuk memastikan SOP ditetapkan terus dipatuhi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan.
"Ini termasuklah pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 (Akta 342) menerusi sekatan jalan raya (SJR) bergerak, pemeriksaan mengejut dan pemantauan di R&R serta SJR di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Gambar Fail, Anggota Polis Memeriksa Kemasukan Kenderaan Ke Kelantan Meningkat Sebanyak 20 Peratus Hari Ini Yang Datang Dari Lembah Klang, Pantai Timur Dan Utara Tanah Air Di Sekatan Jallan Raya (Sjr) Bukit Yong Di Pasir Puteh. - Foto Hiasan/Nik Abdullah Nik Omar "Pertama, saya nak tekankan di sini bahawa jangan kita bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran diberikan.
"Keduanya, kebenaran yang diumumkan bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.
"Dalam mesyuarat (Menteri Kuartet COVID-19) tadi (semalam), kita telah mendapat laporan dan juga berbincang dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM... mereka memberi jaminan pemantauan dan penguatkuasaan SOP sedia ada akan diteruskan," katanya pada sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di Dewan Rakyat, semalam.
Selain Hishammuddin, tiga lagi Menteri dalam Kuartet itu ialah Khairy; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk mewajibkan saringan COVID-19 sebelum merentas negeri, Hishammuddin berkata ia mustahil dilaksanakan.
"Namun, jika ada sebarang gejala, tangguhlah dahulu perjalanan. Sebaiknya lakukan ujian pengesanan COVID-19 kendiri sebelum melakukan perjalanan dan sebelum pulang semula ke negeri bermastautin," katanya.
Hishammuddin berkata, rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk untuk melancong masih perlu menjalani kuarantin apabila pulang.
"Sekalipun rentas negeri dan perjalanan ke luar negara dibenarkan, SOP tetap berkuat kuasa. Semua pihak perlu patuh kepada semua peraturan demi kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang menyenaraikan negara dibenar dan dilarang, Hishammuddin tidak menolak kemungkinan itu, namun perlu ditentukan KKM.
Dalam pada itu, sebanyak 7,276 kes baharu COVID-19 dilaporkan Isnin lalu, berbanding 6,709 kes yang direkodkan pada Ahad.
Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,353,579 kes COVID-19 di Malaysia, setakat ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kkm-siap-siaga-hadapi-risiko-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Buat Penilaian Risiko Sebelum Buka Sempadan Negara Pm

Kkm Buat Penilaian Risiko Sebelum Buka Sempadan Negara Pm

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 169 hits
MALAYIA POST PENILAIAN risiko semasa jangkitan Covid 19 di dalam negara akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum sempadan negara dibuka kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurutnya selain itu KKM juga akan m...
Bn Melaka Siap Siaga Berdepan Prn

Bn Melaka Siap Siaga Berdepan Prn

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 197 hits
MELAKA Jentera Barisan Nasional negeri kini bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November depan Pengerusinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap PRN itu menjadi contoh serta rujukan berdepan Pilihan Raya Umum nanti Hara...
Jbpm Sabah Pasang Lisa Di 3 Lokasi Risiko Tinggi Kes Lemas

Jbpm Sabah Pasang Lisa Di 3 Lokasi Risiko Tinggi Kes Lemas

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 210 hits
ANGGOTA membuat kerja memasang Life Saving Appliances di Pantai Saujana Batu 4 Port Dickson FOTO Ihsan Bomba JBPM Sabah pasang LiSA di Kota Belud Tuaran Likas Kota Belud Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah sudah memasang 3 peti Life...
Ph Bersiap Siaga Hadapi Prn 12 Sarawak

Ph Bersiap Siaga Hadapi Prn 12 Sarawak

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 144 hits
Oleh RAYMOND LUI October 11 2021Pakatan Harapan telah siap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak sekiranya darurat ditamatkan lebih awal di negeri ini Malah menurut Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belia...
Patologi Kanan Dilantik Bantu Pasukan Petugas Siasatan Kes Adib

Patologi Kanan Dilantik Bantu Pasukan Petugas Siasatan Kes Adib

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 157 hits
PETALING JAYA Jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk melantik seorang ahli patologi kanan bagi membantu siasatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tua...
Covid 19 7276 Kes Baru

Covid 19 7276 Kes Baru

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 168 hits
Kes jangkitan baru Covid 19 mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sehari sebelum ini Kementerian Kesihatan melaporkan 7 276 kes baru yang menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2 353 579 Sejak 9 Oktober lalu Kementerian Kesihatan hany...
Kes Dera Suspek Dera Kanak Kanak Autisme Akan Didakwa

Kes Dera Suspek Dera Kanak Kanak Autisme Akan Didakwa

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 285 hits
Suspek kes dera kanak kanak autisme di pusat asuhan di Bandar Baru Ampang bakal didakwa pada Rabu ini menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmat...
Jawatankuasa Khas Kes Adib Lantik Patologi Kanan Periksa Keputusan Koroner

Jawatankuasa Khas Kes Adib Lantik Patologi Kanan Periksa Keputusan Koroner

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 310 hits
Jawatankuasa khas kerajaan yang menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk melantik seorang ahli patologi kanan untuk membantu siasatan Antara tugas ahli patologi tersebut adalah memeriksa keputusan Mahkamah...
Kira Kira 120 Kes Pasangan Islam Mohon Cerai Setiap Hari

Kira Kira 120 Kes Pasangan Islam Mohon Cerai Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 515 hits
Dianggarkan sebanyak 121 kes permohonan perceraian setiap hari di kalangan pasangan beragama Islam kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mas Ermieyati Samsudin Ketika menjawab soalan tambahan dari Wan Hassan Mohd Ramli Mas Ermiey...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur