Kkm Jelaskan Perbezaan Data Kematian Covid 19 Mengikut Kaum


malaysiakini.com

Diterbitkan: Oct 15, 2021 12:49 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan mengapa terdapat dua jawapan berbeza di parlimen berhubung data kematian akibat Covid-19 berdasarkan kaum bagi tempoh yang sama.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Negara (CPRC), Dr Mahesh Appannan berkata, angka kematian berbeza membabitkan kaum Melayu, Cina dan India dalam jawapan-jawapan berkenaan adalah disebabkan oleh proses pengesahan.

Pada mulanya, jawapan bertulis kepada Ong Kian Ming (DAP-Bangi) menyatakan dari 1 Januari hingga 3 Oktober tahun ini, sebanyak 8,886 kematian akibat Covid-19 direkodkan membabitkan kaum Melayu, dikuti kaum Cina (2,815 kes), India (1,746 kes) dan kaum-kaum lain (12,765 kes).

Bagaimanapun, jawapan yang dikemas kini pada 12 Oktober memperbetulkan kesilapan sebelumnya mengenai kematian bukan rakyat Malaysia, yang menunjukkan data yang berbeza bagi ketiga-tiga kaum ini.

Kali ini, ia menunjukkan bahawa dari 1 Januari hingga 3 Oktober tahun ini, kematian akibat Covid-19 di kalangan kaum Melayu adalah sebanyak 13,772 kes diikuti kaum Cina (4,753 kes) dan India (2,502 kes).

Ini adalah kenaikan 35 peratus kematian membabitkan kaum Melayu, 69 peratus bagi kaum Cina dan 43 peratus bagi kaum India, berbanding jawapan pertama.

Ditanya mengenai perkara ini, Dr Mahahesh berkata perbezaan ini berlaku kerana ketika jawapan pertama dibuat, CPRC masih membuat pengesahan mereka yang berada dalam kategori "lain-lain".

Pada ketika jawapan terkini diberikan, kaum dan kewarganegaraan mereka yang berada dalam kategori "lain- lain" telah disahkan dan ditambahkan kepada kategori yang relevan.

"Pada masa ketika jawapan pertama, kami sedang melakukan pengesahan kewarganegaraan bagi ramai orang dalam kategori "lain- lain " iaitu untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai nombor kad pengenalan.

"Setelah selesai, kami memecahkannya kepada kaum tempatan atau bukan warganegara dalam jawapan kedua.

"Kami seharusnya mengingatkannya dalam jawapan pertama. Maaf," katanya di Twitter.

Integriti data

Jawapan bertulis awal mengenai kematian berdasarkan kaum juga mencuri perhatian apabila KKM memasukkan sekali rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai 'lain-lain' bersama dengan bukan warganegara.

Pertanyaan mengenai perkara itu mendorong KKM mengeluarkan jawapan terkini pada 12 Oktober, yang membahagikan antara Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, rakyat Malaysia yang dikategorikan "lain-lain" dan bukan rakyat Malaysia.

Perbezaan antara data untuk Melayu, Cina dan India juga ditimbulkan oleh pakar perunding pediatrik, Dr Amar Singh.

"Integriti data sangat penting jika kita memahami risiko dan tindak balas sosial untuk mitigasi," katanya.

Ahli Parlimen Bangi Ong berkata, dia berharap pertanyaan yang kemukakan mengenai proses pelaporan data Covid-19 dapat menimbulkan perdebatan yang sihat mengenai analisis data.

Sebelum ini, KKM mengeluarkan data kematian mengikut usia, jantina, lokasi kematian dan komorbiditi tetapi tidak mendedahkan etnik si mati.

Setakat ini, seramai 27,681 orang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020.

Daripada jumlah ini, 20 peratus meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/kkm-jelaskan-perbezaan-data-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semak Semula Data Individu Jatuh Miskin Akibat Covid 19

Semak Semula Data Individu Jatuh Miskin Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 261 hits
ZuhayatiPangkalan data tunggal diperlukan mudahkan saluran bantuan BANGI Pangkalan data tunggal berhubung maklumat kemiskinan sangat diperlukan bagi menangani isu pertindihan dan keciciran dalam menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar Dat...
Kongsi Data Covid Dari Lokasi Pelancongan Gesa Persatuan

Kongsi Data Covid Dari Lokasi Pelancongan Gesa Persatuan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 402 hits
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia berkata gelembung perjalanan Langkawi mencapai kejayaan besar dan akan menjadi model pelancongan selamat di seluruh negara PETALING JAYA Dengan larangan rentas negeri ditamatkan esok kerajaan digesa m...
Share Covid Data From Tourism Spots Says Tour Chief

Share Covid Data From Tourism Spots Says Tour Chief

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 365 hits
The Langkawi travel bubble has been a success says a tourism association president PETALING JAYA With travel restrictions being lifted tomorrow the government has been urged to establish a data centre that will collect Covid 19 data from to...
Moh Explains Discrepancy In Covid 19 Death By Ethnicity Data

Moh Explains Discrepancy In Covid 19 Death By Ethnicity Data

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 252 hits
The Ministry of Health has clarified why two written replies in Parliament about Covid 19 deaths by ethnicity show significantly different data for the same period The MOH s Crisis Preparedness and Response Centre s Head of Data Dr Mahesh A...
Kematian Akibat Covid 19 Di Dki Berkurang Sepekan Terakhir Rata Rata 5 Orang Hari

Kematian Akibat Covid 19 Di Dki Berkurang Sepekan Terakhir Rata Rata 5 Orang Hari

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 323 hits
Pengendalian angka kematian akibat Covid 19 di Jakarta dinilai baik Dalam kurun satu pekan kematian di Jakarta yang diakibatkan virus Sars Cov 2 tidak lebih dari 10 kasus
72 Kematian Baharu Covid 19 Johor Tertinggi

72 Kematian Baharu Covid 19 Johor Tertinggi

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 232 hits
Johor mencatatkan angka kematian Covid 19 tertinggi semalam iaitu 18 kes PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 72 kes kematian Covid 19 semalam menurut perincian dikeluarkan GitHub Daripada jumlah itu 9 diklasifikasikan sebagai kem...
Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 28 000 Sejak Pandemik Melanda

Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 28 000 Sejak Pandemik Melanda

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 312 hits
KKM melaporkan 69 kes kematian pada Selasa dan daripada jumlah itu sebanyak 11 kes berlaku di luar hospital SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
Separuh Kematian Covid 19 Negara Libatkan Melayu Kenapa

Separuh Kematian Covid 19 Negara Libatkan Melayu Kenapa

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 562 hits
DATA dari Kementerian Kesihatan menunjukkan sebahagian besar kematian Covid 19 di negara ini melibatkan pesakit berbangsa Melayu Sehingga 3 Oktober sebanyak 13 894 kematian akibat virus itu melibatkan kaum berkenaan dengan 122 kematian berl...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party