Kkdw Pantau Kpi 100 Syarikat Agensi


 
Zahid Hamidi berkata pihaknya tidak akan berkompromi untuk menukar kepimpinan dalam syarikat atau agensi bawah kementeriannya. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat bawah kementerian itu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Zahid Hamidi, berkata setakat ini 23 syarikat telah ditutup disebabkan ketidakupayaan untuk beroperasi.
Pada masa sama, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi untuk menukar kepimpinan dalam syarikat atau agensi KKDW sekiranya prestasi syarikat merosot atau gagal mencapai KPI yang ditetapkan tanpa asas yang kukuh.
“Saya mahu ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif bergiat lebih aktif dan memahami tanggungjawab yang telah diberikan.
“Setiap keputusan yang diambil mestilah mendahulukan kepentingan syarikat dan agensi terutamanya dalam keputusan yang melibatkan kewangan, pelaburan atau perolehan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW.
Zahid berkata, KKDW akan mengadakan permukiman semula pada Julai ini untuk menilai prestasi setiap syarikat berdasarkan pendekatan yang akan dilakukan.
Justeru, beliau mencadangkan lima langkah sebagai anjakan syarikat dan agensi demi melonjakkan keberhasilan antaranya membuat perancangan strategik dan analisis menyeluruh tentang operasi semasa syarikat, kedudukan pasaran serta mencari ruang baharu yang berpotensi untuk pertumbuhan.
Pengurusan syarikat juga katanya, perlu melaksanakan pemantapan operasi dengan mengurangkan kos yang tidak perlu dan memaksimumkan produktiviti, membuat keputusan berasaskan data, menjalankan perkongsian pintar dan mengukur prestasi serta penambahbaikan berterusan.
Beliau juga mengingatkan kepada pengurusan tertinggi syarikat dan agensi untuk bertindak amanah dan jujur kepada syarikat dan pemegang saham pada setiap masa, berbincang secara profesional dan terbuka selain berhati-hati apabila melakukan sebarang tindakan.
Dalam amanatnya, Zahid berkongsi jumlah pendapatan syarikat subsidiari pada tahun lepas mencecah hampir RM4 bilion, dengan keuntungan selepas cukai melebihi RM100 juta. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/kkdw-pantau-kpi-100-syarikat-agensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datang Pejabat Kerja Kena Tidur Je Syarikat Tilam Cari Pekerja Untuk Tidur Gaji Jalan

Datang Pejabat Kerja Kena Tidur Je Syarikat Tilam Cari Pekerja Untuk Tidur Gaji Jalan

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 224 hits
Tidur sekarang boleh dapat duit Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya selepas syarikat tilam membuat pengumuman kontroversi baru baru ini Casper syarikat tilam dari New York kini sedang mencari pekerja profesional ...
Syarikat Peringkat Pertengahan Tempatan Capai Pertumbuhan Eksport Ketara

Syarikat Peringkat Pertengahan Tempatan Capai Pertumbuhan Eksport Ketara

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 213 hits
MTCDP diperkenalkan pada 2014 sebagai salah satu inisiatif berimpak tinggi kerajaan dalam Pelan Pembangunan Malaysia bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan eksport MTC PETALING JAYA Syarikat peringkat pertengahan tempatan yang mengambil...
Ini Senarai Kereta Syarikat Dan Hartanah Yang Didakwa Milik Daim

Ini Senarai Kereta Syarikat Dan Hartanah Yang Didakwa Milik Daim

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank Daim 85 ata...
Nahas Mh 370 Amerika Syarikat Hantar Uss Pinckney Usns John Ericsson Dan Us Navy P 3c Orion

Nahas Mh 370 Amerika Syarikat Hantar Uss Pinckney Usns John Ericsson Dan Us Navy P 3c Orion

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 175 hits
Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat kapal terbang yang hilang dalam penerbangan ke Beijin...
Sprm Bongkar Komplot Guru Besar Syarikat Pembekalan Buat Tuntutan Palsu

Sprm Bongkar Komplot Guru Besar Syarikat Pembekalan Buat Tuntutan Palsu

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 485 hits
Imej hiasanKUALA TERENGGANU Guru besar antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan pembekalan makan minum murid dan kontrak pembersihan sekolah bernilai lebih RM1 3 juta Empat suspek yang ber...
Guna Sofa Harga Ratusan Ribu Peminat Kagum Lihat Hiasan Syarikat Baru Jennie Blackpink

Guna Sofa Harga Ratusan Ribu Peminat Kagum Lihat Hiasan Syarikat Baru Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 252 hits
Jennie BLACKPINK telah membuat peminat terpegun selepas gambar pejabat barunya dikongsi di atas talian ARTIKEL BERKAITAN Pada 1 Februari beberapa foto telah dikongsi di mana ianya menunjukkan bahawa Jennie secara sahnya telah membuka pejaba...
Buka Agensi Sendiri Lisa Bp Dikritik Terlalu Yakin Sombong Dek Penggunaan Ayat Ini

Buka Agensi Sendiri Lisa Bp Dikritik Terlalu Yakin Sombong Dek Penggunaan Ayat Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 486 hits
Baru baru ini Lisa dari BLACKPINK mendedahkan label peribadinya LLOUD yang akan bertanggungjawab atas aktiviti solo idola wanita tersebut ARTIKEL BERKAITAN Walaupun kebanyakan peminat meluahkan rasa teruja namun timbul satu isu yang tidak d...
Jadi Ceo Kini Lisa Bp Umum Buka Agensi Sendiri Lloud

Jadi Ceo Kini Lisa Bp Umum Buka Agensi Sendiri Lloud

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 346 hits
Selepas Jennie Lisa adalah ahli BLACKPINK seterusnya yang membuka agensinya sendiri ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 8 Februari Lisa telah mengumumkan pembukaan syarikat barunya yang diberi nama LLOUD Menerusi hantaran yang dimuat naik penyan...
Saya Diugut Takut Dipukul Sabrina Dedah Pengalaman Buruk Bekerja Di Bawah Agensi Artis Korea

Saya Diugut Takut Dipukul Sabrina Dedah Pengalaman Buruk Bekerja Di Bawah Agensi Artis Korea

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 414 hits
Bukan mudah nak bertahan sekiranya kita terperangkap dalam sistem pengurusan yang toksik ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Sabrina yang terkenal sebagai pempengaruh kandungan Korea di Malaysia telah mendedahkan sisi gelap yang dilaluinya semasa akt...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Bukan Urusan Kita

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Vibrasi Ayat Ayat Tuhan

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang