Kjjadidj Sejauh Mana Dj Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan



Pada hari pertama bertugas sebagai penyampai radio pada 15 Februari lalu, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mencetuskan fenomena apabila ramai peminat teruja untuk mendengarnya bersiaran.
Ketika itu, hashtag #KJjadiDJ juga menjadi topik paling teratas di media sosial.
Satu jam pertama bersiaran, Khairy sempat berkongsi perkembangan terkini kehidupannya selepas tidak lagi bergelar "Yang Berhormat" kerana tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.
Menurut Khairy, sehari selepas PRU15, beliau secara rasminya tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak menjawat sebarang lagi jawatan dalam kerajaan.
"Itu hari yang bersejarah. Hari yang saya kalah pilihan rayalah.
"Dulu masa 2018, kita (Barisan Nasional) masa kalah jadi kerajaan, saya masih lagi ahli Parlimen.
"Tapi kali ni menteri pun dah tak ada, ahli Parlimen pun kalah," katanya ketika ke udara di segmen pagi HotFM.
Pemerhati politik tempatan melihat tindakan Khairy menerima tawaran kerja sebagai juruhebah atau DJ radio amat bersesuaian dengan status terkini beliau yang tidak lagi aktif dalam politik.
Bagi mengekalkan populariti dan keberadaannya, muncul di radio terkemuka setiap pagi adalah strategi yang tepat.
Bercakap kepada media, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia Zin Mahmud berkata memilih tugas sebagai DJ radio selepas dipecat parti adalah strategik kerana menjadikan popularitinya semakin meningkat.
Bahkan, prestasi Khairy sebagai DJ juga sangat baik dan membantu dalam meningkatkan mutu industri radio berbahasa Melayu.
Di media sosial, ramai pendengar radio yang memuji segmen pagi radio itu bertukar menjadi lebih ilmiah apabila membincangkan topik-topik berpengetahuan melibatkan isu semasa sejak Khairy menyertai HotFM.
Malah, ada juga rakyat yang menyifatkan HotFM "silap besar" kerana berani bekerja bersama dengan Khairy.
"Memang silap besar sebenarnya bagi menteri Oxford jadi DJ.
"Dia kupas semua isu negara dalam radio. Dia bincang dengan rakyat. Jangan sampai kerajaan menggelupur tak boleh 'kencing' rakyat.
"Jujur cakaplah, berapa ramai menteri dalam kerajaan tu lagi pandai dari Khairy?," tulis Nia di Facebook.
"Lain sikit otak DJ bila Khairy masuk.
“Selalu pagi-pagi dengar lawak pasal berat badan hari ini dapat dengar pasal pembangunan sosial," tulis Azizan Salam di Twitter.
Pada hari pertama bersiaran, Khairy turut membuka perbincangan mengenai isu hangat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mencetuskan perdebatan umum di media sosial.
Kemunculannya juga menyaksikan peningkatan pendengar penstriman secara langsung di laman sesawang HotFM sebanyak 414% sehingga terdapat beberapa gangguan teknikal ketika bersiaran.
Selain itu, kenaikan sebanyak 161% penstriman digital di saluran YouTube HotFM.
Mengulas lanjut, Zin berkata populariti Khairy kini boleh membantu beliau sebagai ahli politik.
"Saya fikir beliau boleh bertahan lama sebagai DJ.
"Tapi kejayaan dalam politik tentunya tidak boleh bergantung pada radio semata-mata."
PLATFORM POLITIK TETAP PENTING
Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata tidak dinafikan populariti Khairy amat kuat terutamanya dalam generasi Y.
Katanya, bukan sahaja Khairy dikenali dalam arena politik bahkan juga dalam masyarakat dan bidang sukan.
Bagaimanapun, kata Mazlan, keberadaan Khairy dalam media massa sekarang sebagai DJ tidak cukup menjadikan beliau terus relevan dalam politik.
"Sebenarnya beliau memerlukan platform politik.
“Walaupun dipecat, beliau boleh mengemukakan rayuan," katanya merujuk kepada pemecatan Khairy daripada Umno pada Januari lalu.
Menurut Mazlan, peluang Khairy untuk bertahan dalam politik tidak secerah peluangnya jika terus bersama dengan Umno.
"Beliau popular dalam Umno cuma beliau ada masalah dengan pucuk pimpinan sahaja," katanya .

Atas sebab itu, beliau menegaskan Khairy sepatutnya juga memikirkan langkah seterusnya sama ada perlu kembali kepada Umno melalui rayuan atau kembali semula pada suatu masa akan datang memandangkan usianya masih muda iaitu 47 tahun.
"Saya fikir platform politik itu lebih penting berbanding platform yang beliau ada sekarang."
Selain itu, Mazlan turut menyifatkan Khairy sebagai ahli politik yang baik kerana sudah dipecat dan kalah pilihan raya, beliau masih boleh bertapak dalam bidang lain.
Ini boleh dilihat apabila beliau mendapat tawaran kerja sebagai DJ dan dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah pasukan boleh sepak Johor Darul Takzim (JDT).
"Ini permulaan yang baik juga untuk Khairy kerana menunjukkan beliau berbeza dengan ahli-ahli politik yang lain."
Asal artikel dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/kjjadidj-sejauh-mana-dj-mampu-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Bantu Mangsa Kecurian Motosikal Motor Hilang Punca Rezeki Melayang

Nurul Izzah Bantu Mangsa Kecurian Motosikal Motor Hilang Punca Rezeki Melayang

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 114 hits
Beberapa hari lepas saya menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan Katanya 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki hangus dalam suatu kebakaran Katanya lagi itu...
Belanjawan 2023 Kemudahan Pinjaman Bantu Usahawan Belia Kobis

Belanjawan 2023 Kemudahan Pinjaman Bantu Usahawan Belia Kobis

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 97 hits
Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana di bawah agensi kerajaan berjumlah 40 bilion ringgit diterima baik Koperasi Belia Inovatif Sarawak SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 129 hits
nbsp KUANTAN Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya Raub direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM516 325 antara 2018 hingga 2022 Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat meng...
Bantu Miskin Tegar Jana Pendapatan Bukan Terus Beri Wang Kata Kumpulan Pengguna Free Malaysia Today 25 02 2023

Bantu Miskin Tegar Jana Pendapatan Bukan Terus Beri Wang Kata Kumpulan Pengguna Free Malaysia Today 25 02 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu membantu kumpulan miskin tegar menjana pendapatan tambahan bukan sekadar menyalurkan bantuan tunai seperti bantuan tambahan RM600 di bawah Sumbangan Tunai Rahmah diumum dalam Belanjawan 2023 Ketua Aktivis Persatu...
Tuntaskan Kasus Hukum Bsi Siap Bantu Kpk

Tuntaskan Kasus Hukum Bsi Siap Bantu Kpk

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 128 hits
BSI selalu berpegang teguh pada prinsip prinsip good corporate governance dan memastikan seluruh aktivitas perbankan dijalankan sesuai dengan ketentuan perundang undangan yang berlaku
Kaji Semula Pengurangan Cabutan Judi Hasil Boleh Bantu Bukan Islam Kata Willie

Kaji Semula Pengurangan Cabutan Judi Hasil Boleh Bantu Bukan Islam Kata Willie

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 103 hits
Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata keputusan mengurangkan cabutan khas perjudian dari 22 kali kepada lapan kali setahun wajar dikaji semula PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrah...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000