Kj Najib Perlu Fisioterapi Akan Dihantar Semula Ke Penjara


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Sep 21, 2022 5:24 PM
Najib Razak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras di Kuala Lumpur kerana memerlukan fisioterapi, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy menegaskan bekas perdana menteri itu, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah, tidak diberikan layanan istimewa.

Bagaimanapun, menteri itu tidak memberikan butiran mengenai penyakit Najib.

Khairy turut mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan terhadap ciapan Twitter yang didakwa dibuat oleh salah seorang doktor yang merawat Najib dan mendedahkan maklumat mengenainya.

"Tiada layanan istimewa. Terdapat permintaan oleh timbalan pendakwa raya supaya prosiding ditangguhkan supaya Najib boleh menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

“Berikutan itu, dia dirujuk ke HKL di mana dia dirawat untuk keadaan kesihatannya dan dia menjalani beberapa ujian.

“Sekarang susulan itu, dia dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras kerana rawatan susulan yang memerlukan fisioterapi.

"Dan sebahagian daripada itu sudah tentu untuk mengajarnya bagaimana untuk melakukannya sendiri, kerana dia akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar berpuas hati bahawa dia tidak lagi perlu masuk wad," katanya pada sidang media petang ini.

Khairy berkata Najib akan dihantar pulang ke Penjara Kajang sebaik saja pakar berpuas hati dengan keadaannya.

“Saya tidak boleh menjawab bila, kerana itu akan mengganggu proses. Terpulang kepada pakar,” tambahnya.

Khairy berkata akses Najib kepada kemudahan perubatan adalah selaras dengan prosedur operasi standard kementerian, di mana layanan sama turut diberikan kepada banduan lain yang memerlukannya.

Siasatan isu ciapan Twitter

Pagi ini, Jabatan Penjara dalam satu kenyataan mengesahkan khabar angin bahawa Najib telah dihantar ke HRC untuk rawatan, dan berkata ia dilakukan selaras dengan Akta Penjara dan Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Rawatan Penjara (Peraturan Mandela).

Khairy berkata dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran mengenai keadaan kesihatan Najib kerana protokol privasi pesakit KKM.

"Kita melaksanakan ini supaya tidak ada pertikaian daripada mana-mana pihak, daripada pihak keluarga Najib, malah Najib sendiri, bahawa tidak ada rawatan yang diberikan kepada beliau.

"Jadi kita telah menyediakan semua rawatan yang diperlukan dan semua pemeriksaan yang diminta," katanya.

Menurutnya, pakar perubatan akan mengadakan persidangan dengan Najib dan keluarga dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan dan pelan rawatannya, selepas itu dia akan dihantar semula ke Penjara Kajang.

Sementara itu, mengenai kes ciapan Twitter, Khairy berkata HKL telah melancarkan siasatan berhubung perkara itu untuk menentukan sama ada ia benar-benar dihantar oleh salah seorang pegawai perubatannya.

Kata Khairy, jika terbukti benar, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut garis panduan KKM.

"Semua di KKM memang kita perlu mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan.

"Jadi sebarang maklumat terperinci tentang kesihatan mana-mana pesakit termasuklah banduan yang berada bawah rawatan KKM mestilah disimpan kerahsiaannya.

"Jadi dalam hal tersebut, dalam kes yang dirujuk, saya telah pun minta pengarah HKL untuk siasat kes, dan jika didapati ada pelanggaran tata etika, maka tindakan disiplin boleh diambil terhadap pegawai yang berkenaan.

Kira-kira seminggu yang lalu, satu ciapan Twitter menjadi tular selepas didakwa dihantar oleh doktor yang menafikan dakwaan bahawa Najib mempunyai tekanan darah tinggi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/kj-najib-perlu-fisioterapi-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dalam Keadaan Baik Boleh Ke Penjara Kajang Semula

Najib Dalam Keadaan Baik Boleh Ke Penjara Kajang Semula

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 23 2022 4 42 PMHospital Rehabilitasi Cheras menjelaskan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang mendapatkan rawatan rehabilitasi dan pemantauan lanjut kini dalam keadaan baik dan telah diberikan ...
Kolum Hikmah Najib Ke Penjara

Kolum Hikmah Najib Ke Penjara

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comKOLUM Pada Selasa 23 Ogos 2022 Najib Razak yang merupakan bekas presiden parti United Malays National Organisation merangkap bekas perdana menteri Malaysia dimasukkan ke dalam Penjara Kajang Najib dipenjara selama 12 tahun d...
Najib Perlu Jalani Hukuman Penjara 10 Tahun Sebelum Ke Hrc

Najib Perlu Jalani Hukuman Penjara 10 Tahun Sebelum Ke Hrc

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 215 hits
Najib perlu jalani hukuman penjara 10 tahun sebelum ke HRCPosted By on September 24 2022Layanan penjara yang diterima Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza bagaikan langit dan bumi jika ingin dibandingkan deng...
Kena Ada Kepercayaan Dan Keyakinan Najib Tidak Mampu Membebaskan Dirinya Dari Penjara

Kena Ada Kepercayaan Dan Keyakinan Najib Tidak Mampu Membebaskan Dirinya Dari Penjara

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 249 hits
Kes Najib melibatkan wang rakyat dan maruah negara bukan seperti Anwar Anwar dipenjara atas salaguna kuasa Kes liwat dibebaskan oleh mahkamah atas faktor teknikakal era paklahAnwar dipenjara semula atas kes liwat kedua era Najib Diberi tota...
Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 365 hits
SHAH ALAM Keahlian Darjah Kebesaran Selangor bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan dan ditarik semula berkuat kuasa hari ini
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam