Kj Kebimbangan Dr M Untuk Satukan Melayu Berasas


Alyaa Alhadjri Diterbitkan Hari ini 7:03 malam

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mempunyai asas apabila mempelawa semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

"Saya fikir sebab di sebalik (pelawaan) adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan dengan serius.

"Beliau (Mahathir) bimbang politik Melayu terlalu berpecah belah, yang mana memang betul," kata Khairy semasa sidang akhbar selepas bercakap di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengekalkan gabungan politik pelbagai kaum sementara pada masa yang sama menyatukan orang Melayu di dalamnya.

"Saya tahu ramai orang hari ini menolak apa yang diperkatakannya semalam dan saya fikir itu sedikit angkuh.

"Kita mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir mengenai banyak perkara tetapi mengenai isu Melayu yang berpecah, saya fikir itu betul," kata Khairy.
Mahathir semalam mempelawa semua parti Melayu, termasuk Umno menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu dan memastikan mereka memenangi pilihan raya umum.

Ini kerana katanya, orang Melayu terlalu berpecah belah dengan kewujudan banyak parti Melayu.

Khairy menolak pendirian yang menyatakan bahawa Bersatu sepatutnya menyertai Umno dan bukan sebaliknya.

"Itu adalah perkara yang akan datang, ini bukan satu pertandingan mengenai siapa yang ada parti terbesar. Ini adalah sesuatu yang lebih fundamental," tegasnya.

Ditanya sama ada beliau sendiri terbuka dengan idea agar Umno menyertai Bersatu, Khairy berkata beliau tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku namun ia tidak sepatutnya menyebabkan barisan pembangkang menjadi lemah.

"Jadi saya tidak tahu [...] mungkin jika Umno mahu menyertai Bersatu saya akan tetap sebagai ahli pembangkang tunggal," katanya.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pagi ini berkata perpecahan politik Melayu bermula apabila Mahathir menubuhkan Bersatu dan menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Sementara Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Mahathir dan Bersatu sebaliknya perlu menyertai Umno dan PAS dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu.

Bersatu dibentuk selepas berlaku perbalahan antara Mahathir dan bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung kepimpinan Umno dan skandal 1MDB.

Pada masa ini, selain Bersatu dan Umno, parti lain berasaskan Melayu ialah PAS, Amanah, Putra dan Ikatan.

PKR yang merupakan parti berbilang kaum juga mempunyai sejumlah besar anggota Melayu dan merupakan serpihan Umno


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/kj-kebimbangan-dr-m-untuk-satukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jarahlah Dan Jajahlah Bangsa Melayu Sebab Bangsa Melayu Akan Terus Diam Dan Layu

Jarahlah Dan Jajahlah Bangsa Melayu Sebab Bangsa Melayu Akan Terus Diam Dan Layu

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 653 hits
Masuk Kampung Pakai SongkokTersengih2 Terbongkok2Orang Kampung Mula SeronokAkhirnya Kencing Yang Di TogokBelajarlah Dari Sejarah Yang LaluBagaimana Temasik Hilang MelayuLantaran Percaya Janji Nan PalsuNegara Tergadai Maruah Di MaluKini Takt...
Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 338 hits
1 Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu 2 Malah orang Melayu akan terus menolak Bersatu kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu...
Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 345 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 09 malam Parti Bersatu bertanggungjawab terhadap penularan budaya songsang seperti Lesbian Gay Biseksual dan Transgender serta idea liberal dakwa Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Beliau berkata itu antara sebab...
Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 408 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti poli...
Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Best Online And Offline Marketing

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Edysport Sesalku Chord

The Lantis Feat Musikal Keluarga Cemara Seperti Cemara Chord

2 More Bersatu Members Arrested After Anti Anwar Rally

Is It Worth The Trouble To Train Taxi Drivers

Epf Q1 2025 Investment Income Drops 13 Amid Global Market Uncertainty