Kitol Moden






Zaman Firaun dulu, siapa yang berkuasa maka dia lah yang benar..! Itulah kesimpulan masyarakat zaman jahiliyah waktu itu yang melihat kuasa dan kekayaan sebagai panduan dan penyuluh mudahnya menikmati kehidupan. Waktu itu terlalu sedikit yang mendapat hidayah untuk mengakui dan mengimani apa yang di sampaikan oleh Nabi Musa A.S dengan penuh amanah dan berani. Kerana apa? kerana Firaun dan pengikutnya berkuasa. Siapa yang berkuasa dan kaya maka dia lah yang di anggap benar.
Apa kena mengenanya dengan zaman kita sekarang ni? Secara fizikalnya memang takde, malah kita tak kaitkan pun mereka ni dengan zaman itu. Apa yang penulis nak sampaikan ialah rohnya. Semangat kisah atau sirah yang ditunjukkan itu sebenarnya jelas bermain di depan mata. 
Dengan kuasa, manusia boleh membuat apa sahaja..! Dengan kuasa manusia boleh menentukan apa jua hala tuju walaupun dengan angkuh membelakangkan kuasa majoriti yang telah menetapkan keputusan lebih awal. Dengan kuasa manusia boleh menutup mata dan telinga ahli bawahannya untuk terus menyokong dan mendokong mereka.
Ini bukannya nak mencari jarum dalam laut, yang susah nak di lihat dan di baca segala tindak tanduk pemimpin yang curang. Jelas bahawa parti dah di khianati. Jelas bahawa gabungan yang bercanggah dengan kehendak ahli ini sesuatu yang perlu di tolak dan di cabar kerana ianya rosak, kejam dan jahat sama sekali.
Tapi dek kerana adanya kuasa, naratif baru dibuat dan di reka cipta. 
Menolak sokongan pengundi Melayu dan Islam yang kalau kita gabungkan undi BN 3 juta, undi PN 4 juta maka lebih 7 juta pengundi ini terdiri daripada lebih 60% pengundi Melayu/Islam. Apakah UMNO/BN sudah tidak lagi berjuang atas prinsip Agama dan Bangsa? 
Menerima gabungan bersama PH Anwar Aljuburi, Amanah dan DAPig yang mendapat lebih 5 juta undi di mana hampir 90% pengundinya hanya terdiri daripada pengundi satu bangsa? Apakah UMNO/BN sekarang ini hanya mahu memperjuangkan nasib bangsa itu sahaja?
Secara mudah apakah dengan sokongan 500 ribu pengundi PH (10%) kerana 90% lagi ialah pengundi tegar yang menolak UMNO/BN dalam 2 PRU yang lalu di campur dengan 3 juta lebih (kalau masih kekal mengundi BN) berbanding 7 juta pengundi dalam PRU15 yang lalu merupakan sifir logik, bernas dan berakal untuk terus berjaya meraih sokongan dan mengekalkan kuasa pada PRN dan PRU16 akan datang?
Jika bersama PN dikatakan lebih membawa mudarat berbanding PH, maka jelas bahawa perjuangan UMNO/BN kini lebih liberal dengan mengakui bahawa penghinaan kepada Institusi Raja Raja selama ini sudah tidak mudarat, Laungan penghapusan Hak & Keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti yang pernah di tandatangani dalam Statue Of Rome serta cubaan memuktamadkan ICERD juga sudah tidak membawa mudarat. 
Perarakan Gay & Lesbian dari Sogo ke dataran Meredeka yang pernah berlaku sekaligus mengiktiraf puak LGBT juga sudah boleh di terima dan jauh dari memudarakan? Perarakan hari kemerdekaan kerana mengenang perjuangan komunis juga bakal dibenarkan bukan sahaja di Penang malah di semua negeri dan di peringkat pusat? Penentangan kepada murtadnya Lina Joy dan siapa jua selepas ini perlu lah di berhentikan kerana ianya bersifat eksterim dan tidak liberal tentunya gagal mengiktiraf hak asasi manusia.
Apakah selepas ini mata pelajaran yang bersifat keagamaan akan di kurang dan sedia untuk di tiadakan? itu sebab penghapusan kolum Agama dan Bangsa di dalam dokumen peribadi selepas ini penting bagi membuka ruang liberal seliberalnya berlaku terutama di dalam sektor awam.
UMNO dan BN tentu akur kerana ianya di perintahkan oleh seorang Presiden. Presiden boleh melakukan apa sahaja dengan menggunakan anggota emptynya untuk mengangguk apa jua yang di arahkan dan mematuk siapa jua yang engkar.
Kerana apa? kerana kuasa..! Kuasa berada di tangan. Soalnya tangan siapa?
Jadi kalau kita kembali ke Zaman Nabi Musa A.S agak agak sama tak? Lebih mudah lagi kalau kita menjengok ke sejarah hitam bangsa dan negara apabila gabungan@jajaran anak murid dan cikgu ini saling tak tumpah mengulangi sejarah Kitol dan Mandaliar.
Cuma Kitol dulu tak kena dakwa di Mahkamah la...yang sekarang ni Kitol moden la katakan.
Lu Fikir La Sendiri..!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2022/12/kitol-moden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saham Dosa Bertambah Setelah Mati

Kelebihan Istighfar

Chelsea Pasukan Tidak Popular Punca Penonton Kurang Netizen

Vaksin Tdap Kini Percuma Untuk Semua Ibu Hamil Di Malaysia

Pro Player Balik Kafa Terus Tukar Baju Netizen Terkenang Zaman Nakal Dulu Dulu

5 App Terbaik Untuk Simpan Duit Melabur Secara Automatik