Kita Yang Tiada Rasa Bersalah


WALAUPUN angka positif Covid-19 mencecah 10,000 sehari, rasanya sikap orang kita dalam berhadapan dengan pandemik ini tetap tidak akan berubah. Mereka akan tetap bersikap seperti tidak ada apa yang berlaku dan terus tidak mempedulikan apa juga peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak ini.

Kalau kita lihat kepada peningkatan kes harian pandemik ini sejak lepas sambutan Aidilfitri, semua disebabkan sikap rakyat negara ini. Sikap tidak peduli dan tidak ada rasa bersalah meletakkan situasi pandemik ini semakin meruncing hingga terpaksa diadakan lockdown di seluruh negara.

Kerana sikap ini menyebabkan munculnya 24 kluster sambutan Hari Raya Aidilfitri yang setakat ini melibatkan 850 kes positif. Sebanyak 3,309 individu telah disaring dalam kluster ini dan jumlahnya dijangka terus meningkat. Semuanya disebabkan kedegilan segelintir rakyat negara ini yang kemaruk mahu menyambut Hari Raya hingga mengancam nyawa orang lain.

Di Terengganu, hanya disebabkan 30 individu dari zon merah yang tidak dapat menahan nafsu telah pulang menyambut Aidilfitri di kampung hingga mencetuskan 90 kes positif Covid-19 di tiga daerah di negeri itu.

Padahnya, daerah Hulu Terengganu yang sebelum ini berstatus hijau bertukar kepada zon merah sekelip mata dengan 124 kes aktif Covid-19 dicatat.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus mengakui, tindakan orang ramai melanggar SOP menyebabkan seluruh mukim Kuala Berang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Badai Covid-19 akibat kluster raya turut menjejaskan mukim Hulu Telemong dan Tanggol menerusi lima kluster aktif yang dilaporkan. Penyumbang kepada kluster ini adalah mereka yang pulang dari Johor dua hari sebelum Aidilfitri dan hasil ziarah raya antara ahli keluarga terdekat.

Golongan ini tanpa ada ada rasa bersalah memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan apa yang mereka buat walaupun jelas perbuatan itu menyebabkan ahli keluarga, jiran dan orang kampung dijangkiti pandemik berbahaya itu.

Untuk memerangi Covid-19 ini setiap daripada kita perlu berperang dengan diri sendiri terlebih dahulu dengan memastikan kita mematuhi apa juga arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Kita bukannya hidup sendirian. Di sekeliling kita ada isteri atau suami, anak-anak, ibu-bapa, adik beradik, jiran tetangga dan masyarakat setempat.

Kesilapan yang dilakukan akan memberi kesan kepada orang yang kita sayang dan masyarakat di sekeliling kita. Sejak daripada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu, semua daripada kita tahu, kewujudan kebanyakan kluster baharu adalah disebabkan pergerakan manusia.

Perlis yang satu ketika adalah zon hijau dengan sifar kes positif Covid-19 tiba-tiba kembali ke zon merah. Sebabnya kenapa? Kerana terdapat individu dari zon merah terutama Selangor telah balik ke Perlis.

TIDAK HADIR SUNTIK VAKSIN
Sikap penting diri sendiri dan tiada rasa bersalah juga sangat ketara apabila 52,771 individu yang mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin AstraZaneca fasa pertama tidak hadir pada hari yang sepatutnya mereka disuntik. Pada hari temu janji itu mereka tidak muncul menyebabkan berlaku pembaziran pada perbelanjaan negara.

Tidakkah mereka tahu bahawa vaksin ini apabila dikeluarkan dari tempatan simpanannya ia perlu terus digunakan. Kalau tidak digunakan ia tidak boleh disimpan semula. Kumpulan 52,771 orang ini merupakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang tanpa ada rasa bersalah telah menafikan hak orang lain.

Ketika orang lain berebut-rebut mahu mendapat suntikan vaksin, mereka yang sudah ada peluang depan mata pula mensia-siakannya. Mereka ini bukan sahaja mempermain-mainkan masyarakat tetapi juga polisi dan dasar negara dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Mereka tidak menghargai nilai vaksin tersebut kerana diberikan secara percuma dan ada juga yang terpesong dek hasutan golongan antivaksin. Ini adalah golongan yang tidak berhati perut kerana tindakan mereka bukan sahaja merugikan perbe­lanjaan negara terhadap pembelian vaksin Covid-19 yang mempunyai tempoh luput tertentu, malah turut menafikan peluang orang lain yang mahu mendapatkan vaksin.

Kalau tidak mahu disuntik dengan vaksin, dari awal tidak perlu daftar supaya slot itu boleh diambil oleh orang lain. Golongan ini tidak memikirkan kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Mereka hanya pentingkan diri sendiri. Sebab itu kalau tengok alasan yang mereka berikan ada yang tidak logik tanpa ada rasa bersalah.

PERCAYA KEPADA MAK TEH
Di tengah-tengah kekalutan berhadapan dengan Covid-19 ini, muncul pula Mak Teh dengan dakwaan cukup sekadar minum air kelapa untuk menyembuhkan Covid-19. Peliknya, Mak Teh hanya sekadar audio. Tidak ada siapa pun yang tahu kelibatnya macam mana. Tetapi ramai yang terpengaruh dan percaya.

Sedangkan, sejak daripada tahun lepas hampir setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan penerangan mengenai bahawa Covid-19. Ia bukan pandemik biasa-biasa. Ribuan orang sudah menjadi mangsa, dan ribuan lagi kini menghuni pusat-pusat kuarantin di seluruh negara.

Tetapi itulah orang kita. Mereka sanggup mengetepikan pandangan dan saranan seorang pakar seperti Dr. Noor Hisham dan lebih mempercayai individu yang tidak diketahui latar belakang an hujung pangkatnya seperti Mak Teh. Gara-gara terpengaruh de­ngan Mak Teh ini ada warga emas rela mempertaruhkan nyawa sendiri apabila enggan ambil vaksin Covid-19. Ini mungkin dakyah golongan antivaksin yang mahu menyesatkan pemikiran rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan serangan pandemik yang tiada kesudahan ini.

Selagi masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang bertindak sesuka hati tanpa ada rasa bersalah melanggar SOP dan peraturan, negara kita sukar untuk bebas daripada pandemik ini. Kita boleh lihat sendiri perkara ini. Cuba tengok kluster yang baru muncul setiap hari.

Apa faktor yang menyumbang kepada kemunculannya? Tanpa rasa bersalah, kita terus menerus menjadi ejen kepada penyebaran pandemik ini. - UTUSAN
Kita Yang Tiada Rasa BersalahBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/05/kita-yang-tiada-rasa-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Izara Aishah Rasa Bersalah Kongsi Perkara Lain Selain Palestin Di Media Sosial

Izara Aishah Rasa Bersalah Kongsi Perkara Lain Selain Palestin Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 274 hits
Kemelut yang melanda Palestin menjadikan rakyat Malaysia lebih peka apabila masing masing menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saudara saudara di sana Bukan hanya omong kosong para selebriti dan juga infleuncer ataupun pub...
Weiiiii Hang Tak Malu Ka Tak Rasa Bersalah Kah Dengan Arwah Ayahanda Tgna Muka Tak Malu

Weiiiii Hang Tak Malu Ka Tak Rasa Bersalah Kah Dengan Arwah Ayahanda Tgna Muka Tak Malu

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 192 hits
Tamat kerjasama dengan PAS Kuburkan mereka yang masih mahu berbalah jawab Nik Abduh June 4 2021 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan MN sebagai usaha dua parti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno mengub...
Memang Dia Tak Pernah Rasa Bersalah

Memang Dia Tak Pernah Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 256 hits
NORMAN RADZUANSelebriti Pencentus Masalah mengaku tidak bersalah kerana dia memang tak pernah rasa bersalah Sebab itulah dia langgar SOP berkali kali Salahnya orang kita ramai menghafal ayat surah hadis tetapi bukannya memahami dan menghaya...
Puteri Sarah Positif Cov1d 19 Hil4ng Deria Rasa Dan B4u

Puteri Sarah Positif Cov1d 19 Hil4ng Deria Rasa Dan B4u

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 342 hits
SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada j4ngk1tan c0v1d 19 kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dij4ngk1ti v1rus itu pada Rabu Tidak berdepan sebarang simptom Puteri Sarah 35 berkata dia disa...
Resipi Sate Ayam Seekor Bersama Kuah Kacang Cukup Rasa Dan Puas Makan

Resipi Sate Ayam Seekor Bersama Kuah Kacang Cukup Rasa Dan Puas Makan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 453 hits
Ada yang rajin nak buat sate Sate yang dibeli belum tentu rasanya mencapai citarasa sendiri Mungkin hari ni kita tak sempat membuatnya boleh simpan resipi ni untuk buat hujung minggu nanti SATE AYAM SEEKORBAHAN BAHAN Ayam seekor BAHAN KISAR...
Bahan Tak Banyak Tapi Rasa Cukup Sedap Dadih Fresh Milk Buat Anak Berebut

Bahan Tak Banyak Tapi Rasa Cukup Sedap Dadih Fresh Milk Buat Anak Berebut

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 432 hits
Salah satu dadih yang paling mudah hendak disediakan di rumah pastinya dadih susu segar Menggunakan susu sebagai bahan utama buat lebih berkhasiat untuk anak makan Bagi anak yang kurang minum susu resipi mudah tapi super sedap ini pasti bua...
Lirik Rasa Ini Vanessa Goeslaw

Lirik Rasa Ini Vanessa Goeslaw

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 214 hits
Dalam hati ini menangisInga se pung janji manisBeta coba untuk hadapiWalau berat dalam hatiPedihnya hati ini menahan rasa sakitTerasa menusuk sampe di dalam hatiSakitnya hati ini seng bisa
Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 349 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusu susu ibu Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan saja m...
Resipi Laksa Sardin Ala Kopitiam Kuah Pekat Cukup Rasa Masamnya Memang Terbaik

Resipi Laksa Sardin Ala Kopitiam Kuah Pekat Cukup Rasa Masamnya Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 338 hits
Menu laksa antara yang menjadi kegemaran ramai Setiap orang ada citarasa mereka sendiri Ada yang suka laksa Kedah laksa atau laksam kuah lemak laksa Johor laksa Sarawak dan sebagainya Apa sekalipun jenis laksa yang pasti semuanya sedap Tapi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah