Kita Tak Tahu Bila Masa Nanti Kita Akan Diuji


Kehidupan ini penuh dengan kejutan dan ujian yang tak terduga. Kadang-kadang, kita rasa semuanya berjalan dengan lancar, namun dalam sekelip mata, ujian datang tak terduga malah dalam keadaan yang kita sendiri tidak bersedia

Setiap manusia pasti akan diuji, cuma bentuk dan waktu sahaja yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, hubungan keluarga, dan ujian kesenangan. Kesenangan pun sebenarnya satu bentuk ujian. Bila kita senang, kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dan ingat Tuhan


Apabila buka facebook pagi tadi, banyaknya masalah yang berlaku sekarang. Risau dan takut tengok status kawan-kawan yang berkongsi di media sosial terutama sekali tentang masalah rumahtangga. Malah galak berkongsi aib pasangan masing-masing semacam jadi trend sudah sekarang nie.
Adapun mungkin tidak berkata mengenai rumahtangga sendiri tetapi mengata tentang rumahtangga orang lain atau keluarga orang lain

Paling sedih bila tengok ramai pula yang komen mengata, tambah cerita, siap buat andaian sendiri. Astaghfirullah, kita tak takut ke? Apa yang kita tulis tu mungkin jadi asbab Allah uji kita pula nanti dengan perkara yang sama

Kadang kata tak kisah pasal si polan dan si polan. tapi masih juga kita sibuk mengulas hal orang lain yang tak ada kaitan dengan kita

Kita semua kena ingat, media sosial ni bukan tempat untuk kita meluahkan segala-galanya. Apa yang kita kongsi boleh beri kesan besar bukan saja pada kita, tapi pada orang lain juga. Bila kita tulis sesuatu di media sosial, fikirlah dulu kesannya

Kadang-kadang niat kita cuma nak luah rasa kecewa, tapi sebenarnya kita sedang membuka ruang untuk orang lain menambah cerita atau buat andaian yang tak elok

Menjaga aib orang lain sebenarnya menjaga maruah diri kita juga. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. 
Maknanya, kalau kita jaga aib orang lain, Allah pun akan jaga aib kita. Bila kita buka cerita buruk orang, mungkin kita rasa puas sekejap, tapi kesannya boleh sampai ke akhirat kelak. Jadi, lebih baik kita jaga mulut dan jari kita di media sosial

Sebagai manusia, kita perlu mengambil setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita sebagai satu pengajaran. Kisah-kisah yang kita baca dan dengar bukanlah untuk kita jadikan bahan gosip, tetapi untuk dijadikan iktibar

Ingat, setiap ujian yang Allah bagi tu ada hikmah. Kadang-kadang kita tak nampak sekarang, tapi lama-lama kita akan sedar. Hidup ini putaran roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah

KesimpulanKita memang tak tahu bila ujian akan datang, tapi kita boleh bersedia dengan hati yang tenang dan sabar. Jangan ikut trend buka aib di media sosial, sebab kita tak tahu apa yang orang lain lalui atau rasa. Apa yang kita tulis tu, setiap huruf ada akibatnya. Jadi, fikir dulu sebelum tulis

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah Al-Baqarah 2:286)
Bila diuji, jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa dan berusaha. Amalkan doa ini


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya dan terus menjadi lebih baik. 🌸



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2024/11/kita-tak-tahu-bila-masa-nanti-kita-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Dia Ada Masa Anwar Tak Ada

Tiba Tiba Dia Ada Masa Anwar Tak Ada

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 181 hits
W Faudzin Jarang sangat lebai Hadi datang parlimen hari selasa sebab dia tahu hari tu sessi PMQ dan PMX ada untuk soal jawab Tapi hari ni tiba2 dia muncul sebab apa Sebab dia tahu PMX hari ini ada kat China Bijok tok ambe He He
Masa Muda Berapi Api

Masa Muda Berapi Api

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 183 hits
Serius umur abang 51 tanya Faliq seorang anak muda awal 30 an yang tidak percaya apabila saya menjawab soalan Hidayat gitaris band Pitahati yang bertanyakan berapa umur saya Macam mana abang boleh bergaul dengan budak muda macam kami Kecoh ...
Masa Dia Terangkan Kamu Mimpi Jangan Tidur Senja

Masa Dia Terangkan Kamu Mimpi Jangan Tidur Senja

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 133 hits
Roh Roh Roh Neh Neh Neh Dok gelak sakan Kelantan tak maju gak Gelak pandai Cakap pandai Habuk pun tarak Ngeh Ngeh Ngeh
Masa Ko Jadi Pengarah Sprm Dulu Ko Tak Berani Sentuh Pun Guane Bohhh

Masa Ko Jadi Pengarah Sprm Dulu Ko Tak Berani Sentuh Pun Guane Bohhh

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 178 hits
Inilah contoh Mana datang idea SPRM dijadikan Mungkin itu yang dia buat masa dia jadi KP SPRM zaman Mahathir jadi PM7 dahulu kot tak perlu berlakon acah acah mulia la Zaman dia ketuai SPRM dulu macam Daim dia tak berani usik pun Kawan Mahat...
Berpisah Bukan Halangan Emma Maembong Bekas Suami Terus Berbaik Habiskan Masa Bersama Anak Anak

Berpisah Bukan Halangan Emma Maembong Bekas Suami Terus Berbaik Habiskan Masa Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 177 hits
Berpisah bukan halangan Emma Maembong dan bekas suami terus berbaik habiskan masa bersama anak anak Pelakon Emma Maembong dan bekas suami Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak anak meskipun mereka sudah berpisah Emma berkongsi g...
Masa Mula Mula Beli Seluar Elgini Hanya Beli Sehelai Je Sebab Takut Tak Sesuai

Masa Mula Mula Beli Seluar Elgini Hanya Beli Sehelai Je Sebab Takut Tak Sesuai

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 133 hits
Masa mula mula beli Seluar Elgini dulu cuma sehelai je Takut tak sesuai Lepas pakai terus rasa berbaloi selesa tahan lasak dan stylish Sekarang dah beli warna lain pula untuk koleksi Seluar Elgini ni compression fit breathable dan high wais...
Tak Sepadan Bakal Berkahwin April Nanti Ramai Tak Suka Ailee Bersama Dengan Choi Sihun

Tak Sepadan Bakal Berkahwin April Nanti Ramai Tak Suka Ailee Bersama Dengan Choi Sihun

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 144 hits
Dalam kegembiraan peminat menyambut berita Ailee dan Choi Si hun bakal berkahwin tiba tiba ada sahaja komen kurang baik mengenai berita itu Artikel Berkaitan Terbaru pasangan itu mengumumkan bahawa mereka bakal mengikat janji sehidup semati...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home