Kita Mungkin Rugi Rm31 Bilion Tahun Ini Kerana Harga Minyak Rendah




Mungkin rugi RM31 bilion tahun ini kerana harga minyak rendah, kata penganalisis
Seorang penganalisis di sektor minyak dan gas memberi amaran Malaysia mungkin kerugian kira-kira RM31 bilion hasil tahun ini kerana harga minyak mentah yang rendah, yang terus diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19.
Renato Lima de Olivera, seorang penolong profesor di Asia School of Business, berkata faktor yang merumitkan bagi Malaysia adalah lembangan yang matang dan kos pengeluaran yang lebih tinggi berbanding pengeluar di Timur Tengah.
“Walaupun kebanyakan negara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) masih dapat mengaut keuntungan apabila melombong minyak pada AS$20 setong, banyak lagi negara akan menyaksikan kegiatan penerokaan mereka terhenti,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas harga minyak AS yang melantun melebihi sifar semalam, sehari selepas niaga hadapan West Texas Intermediate ditutup pada -AS$37.63.
Olivera berpandangan harga minyak yang rendah itu kerana permintaan terhadap komoditi itu berkurangan di sektor pengangkutan kerana sekatan perjalanan Covid-19.
“Kira-kira 60% daripada penggunaan minyak global adalah di sektor pengangkutan tetapi kini, pergerakan tersekat kerana negara mengamalkan langkah-langkah sekatan keluar masuk.”
Kerana pengeluaran berterusan ketika permintaan rendah, Olivera berkata kos penyimpanan minyak sudah meningkat.
“Bagi mengosongkan ruang penyimpanan, harga jadi negatif. Walaupun negara anggota Opec bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari, iaitu pengurangan sebanyak 10% daripada 100 juta tong yang digunakan serata dunia sehari, masih ada lebihan minyak yang dikeluarkan kerana permintaan turun hampir 30%.”
Minyak disimpan dalam tangki-tangki yang hampir mencapai kapasiti penuh. Olivera berkata walaupun permintaan pulih, harga akan kekal rendah kerana lebihan minyak dalam simpanan.
Beliau berkata ini akan memberikan “impak agak besar” pada Malaysia selaku pengekspot bersih minyak yang dapat manfaat daripada harga minyak yang tinggi.
Beliau berkata Kementerian Kewangan sebelum ini menganggarkan penurunan harga minyak sebanyak AS$1 akan menyebabkan negara kerugian hasil sebanyak RM300 juta.
“Petronas, selaku syarikat 100% milik negara dengan keberadaan yang agak besar di peringkat antarabangsa, akan terkesan dengan harga minyak yang rendah. Dengan hasil yang lebih sedikit, lebih mencabar untuk ia membuat perbelanjaan modal yang sama dan membayar dividen kepada kerajaan.”
Katanya, tentu saja rantaian bekalan minyak dan gas juga akan terkesan, yang boleh menyaksikan kehilangan pekerjaan dan pengurangan dalam kegiatan ekonomi yang diciptakan oleh pelaburan modal.
Beliau berkata analisisnya menunjukkan jika harga kekal bawah AS$30 setong, hasil fiskal daripada minyak dan gas boleh berkurangan sebanyak AS$7.1 bilion (RM31.2 bilion).
Tentang berapa lama harga ini akan rendah, Olivera berkata dalam jangka masa pendek ia bergantung kepada pembatalan sekatan perjalanan yang dilaksanakan negara-negara serata dunia kerana Covid-19.
“Lagi cepat ekonomi kembali normal dengan orang ramai pergi berjalan, lebih baik untuk industri minyak.
“Dalam jangka masa sederhana dan panjang, harga minyak akan ditekan oleh peralihan tenaga dan usaha negara Opec untuk mendapatkan kembali bahagian pasaran yang terlepas kepada pengeluar minyak tidak konvensional.”
Beliau berkata Putrajaya mungkin perlu pertimbangkan kemungkinan harga rendah akan menjadi “normal baru” dan menggiatkan usaha mempelbagaikan sumber hasil dan melabur dalam inovasi bagi mengurangkan kos pengeluaran domestik.
Ahli ekonomi, Barjoyai Bardai di Universiti Tun Abdul Razak berkata harga minyak mungkin hanya pulih melebihi paras AS$50 tahun depan.
Beliau menjangkakan syarikat-syarikat berkaitan industri itu akan menyaksikan kadar pengangguran yang tinggi.
Walaupun selepas perintah kawalan pergerakan ditarik balik, Barjoyai berkata penggunaan petrol mungkin tidak meningkat secara drastik kerana orang ramai masih dikenakan peraturan penjarakkan sosial, dan akan mengurangkan perjalanan yang tidak perlu.
“Putrajaya perlu mencipta semula ekonomi, beralih daripada sumber hasil tradisional dan membuang tabiat perbelanjaan lama”.
“Negara tidak boleh kembali kepada keadaan sebelum ini. Dunia akan berubah selepas Covid-19, dan kita mesti bersedia untuk dunia itu,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/22/kita-mungkin-rugi-rm31-bilion-tahun-ini-kerana-harga-minyak-rendah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kita-mungkin-rugi-rm31-bilion-tahun-ini-kerana-harga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Rendah Tidak Beri Kesan Kepada Unjuran Defisit Negara Menteri Kewangan

Harga Minyak Rendah Tidak Beri Kesan Kepada Unjuran Defisit Negara Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 522 hits
KUALA LUMPUR Pengiraan impak penurunan harga minyak sudah diambil kira dalam pengiraan defisit negara iaitu lebih 4 0 peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar demikian kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Ia s...
Harga Minyak As Jatuh Bawah 0

Harga Minyak As Jatuh Bawah 0

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 295 hits
BUAT pertama kali dalam sejarah harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras 0 iaitu ke paras negatif 37 65 setong pada lewat Isnin Ini menyaksikan pedagang menjual minyak mentah untuk disimpan ekoran kekurangan tempat simpanan...
Pertama Kali Dalam Sejarah Harga Minyak Amerika Jatuh Bawah Us 0 Setong

Pertama Kali Dalam Sejarah Harga Minyak Amerika Jatuh Bawah Us 0 Setong

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras US 0 setong pada lewat Isnin Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah yang mana harga bahan mentah itu jatuh ke paras negatif US 37 65 setong Para pedagang diliha...
Minyak Bukan Sahaja Tak Ada Harga Tetapi Jadi Liabiliti

Minyak Bukan Sahaja Tak Ada Harga Tetapi Jadi Liabiliti

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 523 hits
Semalam minyak US jatuh sampai 14 73 dollar per barrel Kalau jatuh sampai 12 dollar per barrel dah sama macam awal awal deal petrodollar US Saudi tahun 1973 dulu Pagi ni lagi dahsyat Dah negative harga minyak di US Minus 37 63 dollar per ba...
Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 369 hits
Banyak pihak dalam kerajaan Melayu Perikatan Nasional menggambarkan ekonomi Malaysia kebal sepanjang tempoh wabak Covid 19 Malah pertumbuhan KDNK pada 2021 diramal 9 antara negara yang tertinggi pertumbuhannya di dunia serta paling tinggi d...
Harga Minyak As Jatuh Bawah Us 0 Pertama Kali Dalam Sejarah

Harga Minyak As Jatuh Bawah Us 0 Pertama Kali Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 383 hits
Harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras US 0 setong pada lewat Isnin Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah yang mana harga bahan mentah itu jatuh ke paras negatif US 37 65 setong Para pedagang dilihat mengambil p...
Harga Minyak Yang Merudum

Harga Minyak Yang Merudum

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 216 hits
IBRAHIM MAT ISATadi aku up story pasal harga minyak setakat 10 dolar Kita bakal hadap zaman gelap Sekali tengok lagi tengok lagi spekulator tekan harga sampai tertunggin Bayangkan harga tong barrel pun dah berapa dolar Harga minyak pink pek...
Minyak Terdapat Penembusan Harga Namun Tidak Ada Pertumbuhan

Minyak Terdapat Penembusan Harga Namun Tidak Ada Pertumbuhan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 228 hits
Menteri tenaga Arab Saudi mengatakan bahawa dia bersedia untuk mengurangkan pengeluaran minyak jika perlu Apabila kita memerlukan terima kasih kepada fleksibiliti dan pragmatisme kita boleh melakukan lebih banyak daripada yang sepatutnya ki...
Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 309 hits
Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya memenangi 13 dari 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Mei 2018 Dr Mahathir Mohamad pengasas Bersatu dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 7 kerana Dr Wan Azizah Wan Ismail membenarkan...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko