Kita Memilih Milih Pelaburan Kenyataan Bodoh Kata Rafidah




Robin Augustin -May 4, 2021 

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali bahawa negara sekarang ini lebih selektif dari segi pelaburan yang datang disifatkan sebagai “paling bodoh” oleh bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz.
Dalam temubual eksklusif FMT, Rafidah berkata hakikatnya persekitaran pelaburan di negara jiran sekarang lebih menarik di mata pelabur.
Bulan lepas, Azmin nafi Malaysia tidak dapat menyaingi negara jiran dari segi pelaburan asing, sebaliknya lebih selektif dan mahu menarik teknologi berkualiti.
“Itu kenyataan paling bodoh, seolah-olah kita ada banyak orang mahu melabur di Malaysia. Kita tak boleh cakap macam itu.
“Orang akan kata ‘pergi jahanam lah’. Persekitaran pelaburan di negara jiran lebih menarik, bukan kerana kita selektif. Pelabur tidak mahu melabur di sini.”
Pada Januari, media melaporkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FD) ke Malaysia turun 68% pada 2020; penurunan yang lebih besar berbanding jiran serantau seperti Singapura, Indonesia, dan Vietnam.
Rafidah sedih melihat kedudukan Malaysia sekarang yang suatu ketika dulu dalam kalangan ekonomi memuncul terbaik.
Dulu, katanya, dalam misi perdagangannya di luar negara, prestasi Malaysia dihormati dan dipuji oleh peserta persidangan.
“Saya rasa sangat bangga. Hari ini, (ekonomi) Malaysia tidak jadi perbualan orang. Kedudukan kita ‘di bawah’ (tapi) rasuah kita nombor satu.”
Rafidah berkata pada zamannya, kementerian membawa masuk beberapa syarikat ke Malaysia tetapi sekarang ada beberapa syarikat sudah meninggalkan negara ini.
Ketika itu misi perdagangan akan selalu pulang dengan pelaburan “sebenar”.
“Kita tak omong-omong. Kita keluar negara dan yakinkan mereka (untuk melabur di sini)…Ini belum pergi (atau) baru balik 2-3 hari (dah) cakap (pasal pelaburan) berbilion.
“Masalahnya ialah itu hanya jangkaan awak semata-mata. Tiada padanan perniagaan. Tiada komitmen sebenar.”
Mengenai keadaan ekonomi dan hala tuju negara hari ini, Rafidah menggesa kerajaan membangunkan suatu pelan pemulihan kebangsaan menyeluruh.
“Buat sekarang, jangan tunggu Covid-19 ‘habis’,” katanya, dan menambah Parlimen harus bersidang semula supaya rancangan itu boleh dibahaskan.
Beliau juga menggesa suatu kajian teliti tentang kesan pandemik ke atas ekonomi, kesihatan mental, pendidikan, dan produktiviti dijalankan.
“Saya sangat risau, dari sekolah rendah hingga universiti, murid-murid sudah rugi hampir setahun. Itu boleh beri kesan pada produktiviti di masa depan.
“Negara lain sudah ‘dalam talian’ setiap hari. Kenapa kita tidak boleh? Kerana Kementerian Pendidikan tidak bersiap sedia,” katanya, dan menambah kementerian perlu bersiap sedia dengan lebih baik untuk masa depan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/kita-memilih-milih-pelaburan-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 281 hits
Selain dari cakap tak serupa bikin mereka juga meletakkan periuk nasi mereka sendiri sebagai keutamaan maka tak hairanlah kalau aktiviti lompat melompat tetap ada dan akan terus berlaku Kerana mengejar kuasa mereka lebih sibuk berpolitik se...
Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Hukumnya Haram Kata Mufti Wp

Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Hukumnya Haram Kata Mufti Wp

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 208 hits
nbsp Hari ini 18 ramadhan maknanya kurang dari 2 minggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan hari lebaran yang mulia Sudah menjadi kebiasaan perantau akan pulang beraya ke kampung untuk meraikan hari kemenangan ini bersama ibubapa terc...
Abaikan Menteri Tak Guna Nilai Semula Risiko Covid 19 Di Sekolah Kata Najib

Abaikan Menteri Tak Guna Nilai Semula Risiko Covid 19 Di Sekolah Kata Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 252 hits
April 29 2021 Najib Razak menggesa kerajaan menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan mengabaikan kenyataan dua menteri Kabinet yang disifatkan tak guna sebaliknya m...
Beredar Video Gerbang Tol Pejagan Ditutup Ini Kata Polisi

Beredar Video Gerbang Tol Pejagan Ditutup Ini Kata Polisi

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 239 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan pengetatan mudik ini dilakukan berdasarkan fakta tentang apa yang terjadi selama ini di Indonesia Dia mengacu pada kejadian kejadian di 2020 lalu saat angka kasus positif Covid 19 Cenderung n...
Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 230 hits
April 30 2021 Top Glove Corp berkata ia memenuhi semua syarat ILO berhubung buruh paksa PETALING JAYA Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat berkata ia belum mengesahkan sama ada Top Glove Corp mengatasi semua 11 petunjuk ...
Siasat Hamzah Berhubung Rakaman Audio Bocor Kata Peguam

Siasat Hamzah Berhubung Rakaman Audio Bocor Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 341 hits
April 30 2021 Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa KPN baharu menyiasat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhubung rakaman yang bocor PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mesti disiasat berhubung rakaman au...
Ketua Polis Tidak Boleh Bersama Semasa Darurat Kata Peguam

Ketua Polis Tidak Boleh Bersama Semasa Darurat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 270 hits
May 1 2021 11 55 1 Kita minta Dato Seri Hamzah Zainudin dan Kerajaan Malaysia berikan penjelasan mengapa berlakunya perlantikan Ketua Polis Negara yang baru sedangkan menurut s 15 Akta Polis 1967 jelas menyebut bahawa tiada seorang pun PEGA...
Mop Bersih Bersih Aku Nak Lalu Kata Faekah Kepada Azmin

Mop Bersih Bersih Aku Nak Lalu Kata Faekah Kepada Azmin

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 174 hits
BORHAN AHMADEkoran tindakan Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali membuat naik sekeping gambar beliau sedang membersihkan lantai Masjid Haram di Mekah menerusi Twitternya pelbagai pihak mempermainkan beliau dengan menggunakan gambar itu Ada ya...
Jangan Megah Sangat Kata Igp

Jangan Megah Sangat Kata Igp

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 290 hits
Penjawat awam perlu bersuara jika orang politik to much Ketegasan Hamid bukan sekadar last minute persaraan tetapi JUGA sebelum
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa