Kita Kalah Teruk Dengan Politik Indonesia
Foto-Unsplash
Selesai sahaja Pilihanraya Umum (PRU) atau disebut sebagai PEMILU di Indonesia, kerajaan yang dilantik dan pembangkang mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu untuk berkhidmat kepada rakyat
Berbeza dengan kita di Malaysia, dinegara kita kerajaan dan pembangkang sentiasa bertelagah sehingga boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing yang sering bercakaran tanpa menghiraukan kesusahan rakyat
Sampai bila politik kita akan terus begitu, tidakkah kita mahu lihat perkembangan yang baik seperti dinegara jiran kita itu
Setahu saya agenda kerajaan perpaduan atau kerajaan tanpa pembangkang ini pernah diutarakan Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) tidak lama dahulu tetapi tidak mendapat sokongan pada masa itu
Mungkin kita boleh mengambil contoh pemikiran diluar Jokowi ini:
Jokowi lantik pemimpin pembangkang jadi menteri
Pemimpin pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa dia dipelawa Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyertai Kabinet baru pemimpin itu dan bekas jeneral tentera berkata, dia menerima pelawaan berkenaan
“Hari ini saya secara rasmi dipelawa dan saya mampu membantu,” katanya yang mendakwa dia diperlukan untuk membantu bahagian pertahanan
Prabowo adalah pencabar utama Jokowi dalam pilihan raya Presiden pada April lalu
Dia antara beberapa pemimpin yang dijemput Jokowi termasuk pengasas Gojek, Nadiem Makarim untuk hadir ke Istana Presiden hari ini
Prabowo tidak memberitahu jawatan yang bakal dipegangnya dalam Kabinet baru Jokowi itu tetapi media melaporkan dia mungkin dilantik sebagai menteri pertahanan. -Harian Metro
Namun yang menjadi persoalan yang timbul ialah proses 'check and balance'. Jika Kerajaan dan Pembangkang menjadi satu maka siapa pula yang akan menjadi penasihat atau pemantau?
Mungkin Kerajaan dan Pembangkang boleh mewujudkan satu badan bebas yang mempunyai kuasa memantau tanpa campur tangan pemerintah atau diletakkan dibawah kuasa YDPA untuk melindungi rakyat
Ini kerana pentadbiran negara memerlukan proses check and balance
Saya biarkan anda berfikir sendiri...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://naimnikmat.blogspot.com/2019/10/kita-kalah-teruk-dengan-politik.html