Kita Dahagakan Pemimpin Rakyat



SEJAK kebelakangan ini, isu politik, parti dan kepimpinan berlegar di semua ruang termasuk alam maya dan dunia realiti. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah saga politik Malaysia tidak ada penghujungnya?
Sudah tibakah masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengumumkan ‘darurat politik’ jika kepentingan rakyat yang menjadi nadi dan denyutan pemimpin diketepikan dan hanya disorak ketika pilihan raya?
Kepentingan rakyat atau peribadi menjadi jantung segelintir pemimpin hari ini menimbulkan keresahan, sedang kita melalui krisis koronavirus (Covid-19) yang semakin meruncing. Keselamatan rakyat tanggungjawab pemimpin rakyat.
Garis perubahan politik tanah air berlaku setiap 10 tahun di Malaysia. Ada sahaja peristiwa yang berlaku.
Garis pertama, jika dilihat selepas 1998, reformasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka fasa berbeza dalam konstruk politik tanah air. Yang lahir pada tahun tersebut kini berumur 20 tahun. Mereka tidak mengenali latar politik sebelumnya yang didominasi Barisan Nasional (BN).
Garis kedua adalah pada tahun 2008 yang melihat BN tidak dapat mempertahankan majoriti dua pertiga buat kali pertama dan kemunculan Pakatan Rakyat (PR). Garis ketiga adalah pada tahun 2018 apabila BN tewas dan Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai blok baharu.
Walaupun PH kemudiannya tumbang pada Mac 2020, perubahan besar dijangka berlaku pada tahun 2028. Antara 2020 hingga 2028, kita akan melihat penjajaran politik dan penubuhan parti gabungan besar, koalasi yang menjadi ujian dan percubaan.
Pada tahun 2028, barangkali kita akan melihat gabungan kelompok pengundi fasa 1-3 di atas yang merangkumi pelbagai kelompok merentasi etnik, agama, kelas sosial, pendidikan dan wilayah.
Keutamaan kini adalah personaliti walaupun dalam mana-mana pilihan raya, yang menjadi tumpuan adalah calon, parti atau isu.
Sosok Zahid sebagai presiden

Definisi politik daripada pihak autoriti semakin tersisih, manakala tafsiran daripada kesan ke atas kehidupan harian menjadi keutamaan. Hatta, ‘pemimpin rakyat’ menjadi perhatian kini.
Siapakah pemimpin rakyat? Bagaimanakah untuk ‘merakyatkan kepimpinan’? Pemimpin dan rakyat saling lengkap melengkapi dan bersifat resiprokal. Yang jelas, kepimpinan yang dicari adalah berpaksikan kepada karakter berserta agenda rakyat dan bukan peribadi.
Pemimpin perlu menjadi contoh kepada rakyat kerana pemimpin juga hadir daripada rakyat. Yang ditolak adalah yang tewas kepada nafsu, rasuah, kronisme, dipajak maruah atau terpedaya dengan pujukan dusta. Akhlak, akidah dan berjiwa rakyat signifikan hari ini.
Pemimpin mesti sentiasa berimaginasi berada dalam kedudukan yang diperintah, bersedia membantu, berkehidupan sederhana, adil, beramanah dan mencegah kemungkaran.
Pemimpin rakyat bukan satu anugerah tetapi satu tanggungjawab. Pemimpin berjiwa rakyat akan mengetepikan perbezaan sewaktu negara berhadapan dengan konflik atau krisis. Sudah tiba masanya ‘bersetuju dalam tidak bersetuju’ jika ingin menawarkan diri sebagai ‘pemimpin rakyat’. Misalnya, walaupun ada yang mengeluarkan kenyataan kerajaan sedia ada tumbang, namun akhirnya kita perlu kembali kepada proses-sistem yang menjadi amalan sekian lama. Ini bukan masanya walaupun benar ‘angka’ ada. Sokonglah ruang memelihara keselama-tan bersama terlebih dahulu.
Pemimpin perlu memberi maksud dan makna ke atas fungsi mereka termasuk membentuk masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama. Rakyat kini sudah mempunyai informasi khususnya ‘kelompok atas pagar’.
Kita dahagakan ‘kepimpinan’ di semua lapisan peringkat kepimpinan agar bersama-sama dapat melakukan ‘gencatan politik’ buat sementara untuk mezahirkan keadaan menentu dan stabil buat semua. Ekonomi dan kesihatan menjadi keutamaan dan lakukanlah penjajaran politik bila tiba masanya, dan bukan sekarang.
Fikirkanlah untuk kepentingan bersama kerana pemimpin rakyat sentiasa disegani, disenangi dan dihormati atas kewibawaan masing-masing.
*Dr. Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Pemimpin BN Sabah bidas Annuar Musa campur tangan hal ehwal negeri

The post Kita dahagakan ‘pemimpin rakyat’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/04/kita-dahagakan-pemimpin-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantik Pemimpin Pas Sudah Sakiti Hati Rakyat Sabah Kata Bekas Ceo Institut Kajian

Lantik Pemimpin Pas Sudah Sakiti Hati Rakyat Sabah Kata Bekas Ceo Institut Kajian

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 361 hits
Aliakbar Gulasan tentu akan ikut arahan PAS Pusat yang berada di Semenanjung kata bekas CEO IDS Johan Ariffin Samad PETALING JAYA Pelantikan Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan sebagai Adun menjadikannya wakil rakyat pertama PAS di negeri...
Video Pemimpin Amanah Sokong Ambil Balik Mandat Rakyat

Video Pemimpin Amanah Sokong Ambil Balik Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 239 hits
Keempat Membina kesepaduan rakyat yang telah dinodai oleh sekelompok puak yang berfikiran perkauman sempit dan para penunggang agama yang menjadi pendokong tegar terbentuknya kerajaan PERIKATAN NASIONAL hari ini Propaganda terancang yang ti...
Diluar Negara Pemimpin Risau Kes Covid Di Malaysia Rakyat Yang Risau Sebab Pemimpin Bangang

Diluar Negara Pemimpin Risau Kes Covid Di Malaysia Rakyat Yang Risau Sebab Pemimpin Bangang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 287 hits
HAMDAN TAHASaya baca satu tulisan Di indonesia dan di india para menteri dan pemimpin negara risau pening tak reti nak berbuat apa apa kerana arahan supaya rakyat berhati hati dan ikut sop dan elakkan berkumpul beramai ramai rakyat tak ikut...
Prn Sabah Manifestasi Tulus Rakyat Sabah

Prn Sabah Manifestasi Tulus Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA TERENGGANU Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri semalam disebabkan kemampuan kerajaan Perikatan Nasional mentadbir dengan lebih baik di peringkat Persekutuan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mo...
Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 255 hits
Kuala Lumpur Gabungan Rakyat Sabah akan membentuk kerajaan negeri dengan jumlah 41 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk tiga wakil rakyat Bebas yang menang dalam Pilihan Raya Negeri malam tadi Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annu...
Muhyiddin Janji Buat Rakyat Sabah Akan Di Tunaikan Secepat Mungkin

Muhyiddin Janji Buat Rakyat Sabah Akan Di Tunaikan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 291 hits
PETALINF JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan menunaikan janji Pilihan Raya Negeri Sabah secepat mungkin Rakyat Sabah sudah memilih dan sudah tiba masanya kita mulakan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh intergrit...
Rakyat Sabah Keluar Mengundi Dalam Suasana Pematuhan Sop Covid 19

Rakyat Sabah Keluar Mengundi Dalam Suasana Pematuhan Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 368 hits
Rata rata pengundi menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka menjaga penjarakan fizikal sementara petugas SPR melakukan saringan suhu badan dan menyediakan pensanitasi tangan KOTA KINABALU Sejurus pusat mengun...
Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 398 hits
55 total views 55 views today Menerusi ciapan wartawan Bernama sebentar tadi keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah menang...
Kuasa Rakyat Dalam Mainan Politik

Kuasa Rakyat Dalam Mainan Politik

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 265 hits
MUKANYA cemas Keringat membasahi dahinya Perjalanan tanpa henti merentasi tanah yang kontang itu hampir menjemput kehadiran sakaratul maut Segala onak dan duri tidak diendahkan segala rintangan diabaikan demi tugas yang telah diamanahkan ke...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias