Kita Dah Cuba Sedaya Upaya Tetapi Syarikat Ini Perlu Terus Bertahan Ratusan Kakitangan Airasia Akan Diberhentikan


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19.


Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan COVID-19 berkenaan.


Bercakap kepada Bernama, sumber enggan dikenali yang mempunyai akses terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat pada dialog awam bersama pekerja hari ini berkata, tiada butiran lanjut diumumkan kecuali pekerja terbabit akan dimaklumkan paling lewat dalam tempoh 72 jam ini.


Pada sesi itu, Riad dipetik sebagai berkata, "Kita sedang menghadapi situasi yang amat sukar. Dalam keadaan semasa ini, sukar untuk kita bertahan mengikut keadaan sebelumnya.


"Ya, keadaan ini amat mencabar dan tidak mudah. Kita berusaha gigih untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan dan (pada masa sama) cuba untuk mengekalkan khidmat semua pekerja.


"Apa yang pasti, kita berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat seramai mungkin pekerja mengikut (jumlah) pesawat yang digunakan. Kita amat berhati-hati (dalam membuat keputusan) hari ini namun malangnya, kita telah memutuskan untuk melepaskan segelintir daripada anda."


Menurut sumber itu lagi, pasukan pengurusan AirAsia akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja terbabit seperti ganjaran perubatan, penebusan kupon penerbangan sehingga akhir tahun ini selain kaunseling.


Riad juga dipetik sebagai berkata, pekerja terbabit akan dipanggil untuk berkhidmat semula selepas syarikat penerbangan itu berjaya mengatasi kesukaran terbabit.


"Untuk mereka yang berkenaan, saya mohon maaf. Anda perlu tabah... kita akan menyokong anda dan membantu anda mengharungi (keadaan ini). Ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan, namun sebagai CEO syarikat ini, saya bertanggung jawab penuh dan menggalas kebertanggungjawaban ini.


"Kita telah mencuba sedaya mungkin tetapi syarikat ini perlu terus bertahan... semuanya menyentuh aspek kelangsungan itu," kata Riad, sekali gus menunjukkan bahawa langkah pengurangan pekerja itu dijangkakan selesai menjelang akhir bulan ini.


Selain itu, kata sumber berkenaan, pekerja yang tidak terbabit dengan langkah itu juga tidak akan dikenakan potongan gaji.


Menurutnya, Riad juga berkata kumpulan syarikat penerbangan itu telah memaklumkan mengenai keadaan yang dialami syarikat kepada kerajaan namun belum mendapat sebarang maklum balas.


"Kita bertahan secara sendirian. Ini bukanlah perkara baharu. Kita adalah 'survivor' (pemandiri) dan belum menerima sebarang bantuan secara langsung," katanya.


Sementara itu pada sesi berasingan, CEO AirAsia X Bhd (AAX) Benyamin Ismail pula mengumumkan bahawa syarikat penerbangan jarak jauh itu turut meneliti langkah pemberhentian yang lebih meluas dan membabitkan pekerja segmen teknikal sehingga anak kapal.


Beliau dipetik sebagai berkata, keputusan itu berdasarkan prinsip 'pekerja terakhir masuk, diberhentikan dahulu,' sekali gus membayangkan bahawa ini dijangka membabitkan ratusan pekerja dengan hari terakhir bekerja mereka jatuh pada akhir Oktober.


Menurut sumber itu, segelintir pekerja akan turut ditawarkan cuti tanpa gaji yang berkemungkinan besar membabitkan tempoh selama enam bulan atau sehingga keadaan kembali pulih.


"Saya tidak tahu bila kita dapat meneruskan semula penerbangan. Kita beranggapan, pemberhentian pekerja ini adalah yang sewajarnya dan berharap dapat memberi sedikit kepastian kepada orang ramai," kata Benyamin.


Sumber itu berkata, AAX juga akan turut melakukan semakan semula gaji pokok pekerja di segenap peringkat.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/kita-dah-cuba-sedaya-upaya-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Lagi Pekerja Airasia Dijangka Akan Diberhentikan

Ratusan Lagi Pekerja Airasia Dijangka Akan Diberhentikan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 300 hits
100 total views 100 views today KUALA LUMPUR Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang ...
Airasia Berhad Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi Dalam Tempoh 24 Jam

Airasia Berhad Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 325 hits
Difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad sekali lagi memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerjanya susulan kesan pandemik COVID 19 Kenyataan ini dipetik dari Astro Awani yang dikeluarkan oleh sumber yang mendengar takli...
Airasia Terpaksa Hentikan Ratusan Pekerja Lagi

Airasia Terpaksa Hentikan Ratusan Pekerja Lagi

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 286 hits
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat
Tencent Memberi 10 000 Huawei Mate Xs Percuma Kepada Kakitangan Yang Kemudiannya Terus Dijual Amanz

Tencent Memberi 10 000 Huawei Mate Xs Percuma Kepada Kakitangan Yang Kemudiannya Terus Dijual Amanz

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 577 hits
Huawei Mate Xs ialah antara peranti yang sukar dibeli di dunia kerana penawarannya yang amat terhad Tetapi sebagai ganjaran kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi baik di tempat kerja Tencent memberikan 10 000 Mate Xs sebagai ganjaran ...
Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat Terus Jadi

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat Terus Jadi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 460 hits
Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat Terus Jadi Assalamualaikum semua Apa khabar Berturut turut lah entri memasak kek hehe Kali ini mummy masak kek mentega butter cake sebab Daim suka kek so gigihlah mummy buat Daddy pun sebelum ni tak suk...
Baddrol Mahu Semangat Kedah Fa Terus Membara

Baddrol Mahu Semangat Kedah Fa Terus Membara

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 314 hits
ALOR SETAR Kapten pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar mahu semangat skuad Lang Merah terus kekal membara dalam usaha memburu kemenangan kelima pada aksi Liga Super menentang Sabah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras malam esok Momentum dan sem...
Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 222 hits
Koestomo warga Dusun Bandung Krajan Desa Bandung Kecamatan Diwek Kabupaten Jombang Jawa Timur tak tahu harus berbuat apalagi untuk kesembuhan anak dan istrinya Sebab berbagai upaya pengobatan selama ini sudah ia lakukan Namun istri dan anak...
Bocah Ini Terus Lantunkan Ayat Ayat Al Quran Meski Tak Sadarkan Diri Akibat Sakit

Bocah Ini Terus Lantunkan Ayat Ayat Al Quran Meski Tak Sadarkan Diri Akibat Sakit

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 302 hits
Seorang bocah lelaki tak berhenti melantunkan ayat ayat suci Al Quran meski dalam kondisi sakit Wajah dan sekujurnya dipasangi alat alat medis Sedang bocah tersebut hanya tampak terbaring tak berdaya Belum diketahui identitas lengkap bocah ...
Pasien Covid 19 Terus Bertambah Rs Di Pekanbaru Kewalahan Obat Dan Ruangan Penuh

Pasien Covid 19 Terus Bertambah Rs Di Pekanbaru Kewalahan Obat Dan Ruangan Penuh

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 314 hits
Rumah sakit rujukan penanganan Covid 19 di Kota Pekanbaru mulai kewalahan menangani lonjakan pasien baru Ruang isolasi penuh dan obat obatan yang dibutuhkan mulai langka
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package