Kit Siang Terima Gelaran Tan Sri Esok


malaysiakini.com
Low Choon Chyuan
Diterbitkan: Jun 4, 2023 1:22 PM
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang akan dianugerahkan gelaran "Tan Sri" esok.
Penganugerahan darjah kebesaran itu sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang ke-64.

Beberapa pemimpin DAP mengesahkan kepada Malaysiakini yang Lim akan menerima darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas gelaran Tun.

"Dalam kumpulan WhatsApp DAP, ramai yang telah mula mengucapkan taniah kepadanya," kata seorang pemimpin parti itu kepada Malaysiakini.

Lim, 82, bakal menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran Tan Sri.

Dasar DAP adalah pemimpinnya tidak menerima sebarang gelaran ketika memegang jawatan. Setakat ini, hanya beberapa pemimpin parti itu yang menerima gelaran Datuk.

Seorang anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata memandangkan Lim telah bersara daripada menjadi ahli parlimen, dia boleh menerima gelaran jika mendapat kelulusan parti.

Semalam, bekas ahli parlimen DAP Jeff Ooi turut memuat naik gambar Lim dengan seorang pegawai Istana Negara ketika raptai upacara penganugerahan.

Kerjaya politik yang panjang

Walaupun tidak lagi bertanding pada PRU15, Lim terus mengikuti perkembangan politik semasa dan mengutarakan pandangan menerusi kenyataan media yang dibuatnya.

Sepanjang penglibatan selama berdekad dalam politik, dia memegang rekod sebagai individu paling lama memegang jawatan ketua pembangkang iaitu selama 28 tahun untuk tiga tempoh berbeza - Januari 1974 hingga Jun 1975, November 1975 hingga November 1999 dan Mac 2004 hingga Februari 2008.

Sepanjang tempoh itu, Lim menjadi wakil rakyat di lapan kawasan Parlimen di lima negeri, kecuali antara 1999 hingga 2004 apabila dia tewas di Bukit Bendera di tangan setiausaha agung Gerakan ketika itu, Chia Kwang Chye.

Dalam DAP pula, Lim mendaki hirarki parti sehingga menjadi pengerusi kebangsaan pada 1999. Dia kemudian meletakkan jawatan dan memainkan peranan sebagai penasihat.

Lim memutuskan untuk bersara daripada politik pada tahun lalu setelah tidak bertanding dalam pemilihan CEC dan jawatan di peringkat negeri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/kit-siang-terima-gelaran-tan-sri-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 292 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sumbangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang tidak boleh dilawan oleh mana mana pihak PETALING JAYA Sumbangan yang dibuat Lim Kit Siang tidak boleh dilawan mana mana pihak kata bekas perdana ...
Just Call Me Kit Says Dap Veteran After Receiving Tan Sri Title

Just Call Me Kit Says Dap Veteran After Receiving Tan Sri Title

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 422 hits
The Yang di Pertuan Agong congratulating Lim Kit Siang after bestowing him the Panglima Setia Mahkota award at an investiture ceremony at Istana Negara today PETALING JAYA DAP veteran Lim Kit Siang says he would prefer if people were to sti...
Kit Siang Nik Aziz Made Tan Sris

Kit Siang Nik Aziz Made Tan Sris

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 307 hits
Lim Kit Siang and Nik Aziz Nik Mat in a meeting when DAP and PAS were part of the now defunct Pakatan Rakyat coalition PETALING JAYA DAP veteran Lim Kit Siang and the late PAS spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat were among the 839 reci...
Nik Omar Gelaran Tan Sri Bermakna Buat Keluarga Bonda

Nik Omar Gelaran Tan Sri Bermakna Buat Keluarga Bonda

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 330 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penganugerahan yang membawa kepada gelaran Tan Sri buat bekas mursyidul am PAS itu adalah satu penghormatan besar Anaknya Nik Omar Nik Aziz walaupun anugerah ...
Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 331 hits
Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri Bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di Pertuan Agong har...
Tan Sri

Tan Sri

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 248 hits
Ada orang tanya saya pasal Lim Kit Siang dapat Tan Sri Katanya kecoh belah Pembangkang Macam nak runtuh langit dibuatnya Sampai tenggelam cerita TG Nik Aziz dapat Tan Sri juga Saya jawabkan apa masalahnya Orang yang tak boleh terima mesti k...
Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 299 hits
Lim Kit Siang said that Abdul Hadi had failed to substantiate his seven wild and preposterous allegations against DAP and him for as long as six months File picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR May 26 Lim Kit Siang today said that Parti Pri...
Macc Freezes Over Rm39m In Ex Senior Minister Two Tan Sri Probe

Macc Freezes Over Rm39m In Ex Senior Minister Two Tan Sri Probe

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 449 hits
The MACC has frozen more than RM39 million in bank accounts including those belonging to a former senior minister two businesspersons with the title Tan Sri and their family members This follows an investigation into the alleged misappropri...
Apakah Bekas Menteri Kanan Dan Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Makin Hampir Untuk Didakwa

Apakah Bekas Menteri Kanan Dan Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Makin Hampir Untuk Didakwa

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 420 hits
Dalam minggu ini saja sudah dua kali keluar berita mengenai siasatan SPRM terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2 3 bilion Siasatan it...
Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba

Beyond Luxury The Mileo Mykonos Story And Yasam Ayavefe S Philosophy Of Hospitality