Kit Siang Ajak Hadi Sokong Ph Untuk Prn



Apa maksud pelawaan ini? Apakah Pakatan Harapan sudah terdesak setelah melihat Gelombang Hijau menjelang PRN tidak lama lagi. PH tidak akan mengaku mereka bimbang dengan pengaruh PAS meraih undi Melayu selepas PKR gagal memainkan peranan itu. Dilaporkan juga PMX berjumpa Nik Abduh dan Nik Omar untuk memujuk Hadi bergabung dengan PH walaupun kedua pihak menafikan tujuan pertemuan itu.
Ini bola tanggung untuk Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor. PH mungkin tak kisah sangat dengan Kelantan dan Terengganu. Kalau dapat kalahkan Perikatan Nasional di Kedah itu satu pencapaian besar. Nampaknya Saifuddin Nasution kena pujuk mat-mat motor di Kedah yang tak berapa pandai dan tiada pendapatan tetap untuk sokong PH. Sebab itu jangan cepat sangat buat andaian. Kecik hati depa.
PH nak tentukan Selangor, Negeri Sembilan, dan khususnya Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan PN atau hilang banyak majoriti. Memanglah PH akan terus memerintah di Putrajaya tetapi kemenangan besar pada PRN permulaan yang malap untuk PRU16.
Sepatutnya gabungan Umno, PKR, dan Amanah menjadi lebih gah dalam memancing undi Melayu. Umno selalu mendakwa mereka ada sokongan akar umbi Melayu. Amanah selalu menonjolkan diri sebagai alternatif kepada PAS. Sementara PKR kuat di kawasan bandar yang Melayu bukan majoriti. Lengkap sudah gabungan ini untuk kunci undi Melayu. Maknanya PAS bukanlah saingan yang tidak boleh dikalahkan.
Kit Siang bagi syarat kepada Hadi kalau PAS nak join PH. Yang mengajak DAP bukan PAS, perlu kah ada syarat? Kit Siang mahu Hadi berhenti memburukkan DAP, henti fitnah DAP. Tuan Guru masih boleh mengemudi PAS pada laluan yang selamat dan tidak membiarkan ia tenggelam. Dulu PAS diberi pilihan juga, sama ada berjuang bersama Umno atau Bersatu. PAS memilih Bersatu untuk bergabung dalam PN. Ternyata PAS berada di landasan yang betul.
Setelah bermacam-macam tuduhan dihamburkan kepada PAS, hari ini PH nak berkawan dengan orang PAS kerana undi Melayunya. Kenapa tak kerah “laskar online” Umno, PKR, dan Amanah sinsing baju menerjah pengundi Melayu agar bangkit menyokong PH?
Politik ini pelik. Tiada yang mustahil. Tak payah nak terkejut atau pun hairan. Dahulu kita hanya kenal Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Umno serta BN sebagai parti memerintah. Sekarang kita kena membiasakan diri dengan perubahan-perubahan yang mendadak. Jangan cepat berang; urut dada anda untuk jadi lebih tenang. Cuma parti yang berkuasa jangan lalai dengan kuasa sehingga meminggirkan amanah mentadbir negara secara bersungguh-sungguh. Kena ada sengkangan antara politik dan tanggungjawab sebagai pemerintah. Falsafah sahaja tidak menyelesaikan masalah rakyat marhaen.
PAS tidak mungkin menekan “break” lagi untuk membolehkan orang lain memanupulasikan kemampuannya menarik anak muda kepada parti itu. Parti lebai, kata mereka. Lebai tak pandai memerintah, tetapi kepimpinannya sekarang datang dari latar belakang pendidikan professional. Kalau pun mereka lebai, integriti mereka lebih mantap bukan sekadar memuaskan nafsu politik.
Ads by KioskedRamai yang menumpang populariti Sanusi di Kedah walaupun dalam masa sama mengecamnya sebagai ‘kuat kelentong’ dan ‘sembang kari’. Hakikatnya Sanusi melaksanakan banyak perkara dalam masa tiga tahun pemerintahan berbanding pemimpin lain yang memerintah berpuluh tahun. Takkan nak mengaku?
Tetapi kerana kesuntukan pendekatan untuk menang PRN akan datang, kalau kena caranya berkongsi kuasa, Hadi masih boleh dipujuk dengan membawa agenda kerbersamaan Melayu dan Islam dalam menjulang semula imej Malaysia di rantau ini. Kalau ia berjaya direalisasikan, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menghasilkan pencapaian besar.
PAS dan DAP pernah bergabung sebelum ini untuk menumbangkan Umno dan BN. Kemudian bergabung pula dengan Umno untuk jatuhkan PH. Hari ini sesiapa pun boleh bergabung dengan mana-mana parti untuk dapatkan kuasa. Cuma tidak pasti selama mana ia boleh bertahan.
Kalau melihatkan kepada momentum kempen PAS sekarang, sukar untuk memujuk Hadi menyertai kem PH walaupun ia tidak mustahil. Anwar lebih kenal hati budi pemimpin PAS daripada pemimpin lain, jadi PAS tidak akan rasa kekok untuk berbaik semula jika itu kehendak pemimpinnya. Yang kekoknya bagaimana nak beritahu penyokong-penyokong nya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/aaaaa_81.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Hulur Salam Perdamaian Buat Hadi

Kit Siang Hulur Salam Perdamaian Buat Hadi

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 230 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar kerajaan perpaduan bekerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya negeri akan datang Bagaimanapun Lim berkata kerajaan perpaduan hanya perlu berbuat demikian dengan dua syarat pertama Pres...
Sokong Umno Pangkah Dap

Sokong Umno Pangkah Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 290 hits
Pengundi UMNO dijangka sukar untuk memberikan undi kepada calon DAP pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri tidak lama lagi Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata ramalan itu berdasarkan permu...
Muhyiddin Pun Pernah Minta Rakyat Sokong Dap

Muhyiddin Pun Pernah Minta Rakyat Sokong Dap

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 192 hits
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata walaupun Muhyiddin Yassin berasa luar biasa untuk Umno meminta ahlinya menyokong DAP namun ia bukan penghalang bagi parti dalam kerajaan perpaduan menerokai naratif baharu politik PETALING JAYA Ahli Jawatank...
Hadi Pas Met Dr M Over Common Grounds Despite Past Wrongs

Hadi Pas Met Dr M Over Common Grounds Despite Past Wrongs

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 201 hits
PAS agreed to meet with Dr Mahathir Mohamad due to many shared common grounds now despite the former premier s past wrongs against the party said Abdul Hadi Awang Taking to Facebook the PAS president revealed that the meeting with Mahathir ...
Agak Luar Biasa Bila Umno Suruh Ahli Sokong Dap Muhyiddin

Agak Luar Biasa Bila Umno Suruh Ahli Sokong Dap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 238 hits
Tindakan seorang pemimpin Umno meminta ahlinya menyokong calon DAP pada Pilihan Raya Negeri akan datang disifatkan sebagai luar biasa serta bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu sendiri Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyid...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga