Kisah Tragis Otak Einstein Yang Di Curi
Albert Einstein Meninggal Dunia
Einstein pergi ke Hospital Princeton kerana sakit dada pada 17 April 1955
Keesokan paginya, beliau ditemui mati dalam tidur akibat kegagalan jantung berfungsi dan pendarahan dalaman
Einstein berusia 76 tahun ketika itu. Sebelum mati, beliau sempat berpesan agar jasad (termasuk otaknya) dibakar dan dikebumikan secara rahsia supaya tubuhnya tidak dijadikan subjek kajian oleh para pengagum fanatiknya
Selepas 7 jam kematian Albert Einstein, Dr Thomas Harvey yang sedang on call ketika itu ditugaskan untuk melakukan autopsi (pemeriksaan mayat bagi menentukan punca kematian) ke atas saintis terulung dunia itu
Di sinilah permulaan cerita
Otak Einstein DicuriDr Harvey telah melanggar permintaan Einstein apabila dia bertindak mengambil otak daripada mayat tersebut tanpa kebenaran pihak hospital dan keluarga si mati
Bukan itu saja, doktor itu turut mencuri sepasang mata milik genius fizik itu dan menyerahkannya kepada Henry Abrams, doktor mata Einstein
Setelah itu, dia melarikan diri bersama otak tersebut
Membuat Penyelidikan SendiriDr Harvey bukanlah seorang pakar otak tetapi dia amat berminat untuk tahu apa ada dalam otak Einstein sehingga menjadi begitu genius
Dia menghiris organ tersebut sehingga menjadi 200 kepingan kecil dengan bantuan pembantu makmal universiti
Bahagian otak selebihnya disimpan di dalam dua balang kaca berisi formalin dan diletakkan di tingkat bawah tanah rumahnya
Kes kecurian otak Einstein ini sampai le pengetahuan khalayak dan menjadi kontroversi. Dr Harvey turut dipecat daripada Hospital Princeton
Ramai saintis dari seluruh dunia menghubunginya untuk turut mengkaji otak tersebut. Namun Dr Harvey enggan memberi spesimen itu dengan alasan “Belum habis kaji lagi.”Hampir Hilang Segala-galanyaSelepas dibuang kerja, isteri Harvey bertindak meninggalkannya dan mengugut mahu membuang saki baki otak Einstein itu
Harvey tidak mungkin membenarkan perkara itu berlaku lantas dia membawa lari otak tersebut sehingga ke Kansas. Di sana, dia bekerja di sebuah makmal dan menyimpan otak di tempat penyejuk bir
Harvey cuba praktis semula untuk menjadi seorang doktor namun gagal tiga kali dalam peperiksaan sehingga lesen perubatan dia ditarik
Setelah lebih 50 tahun bersama otak itu, akhirnya Harvey memulangkan semula otak Einstein kepada pihak Hospital Princeton, tempat di mana dia mengambilnya dulu
Harvey dipercayai mengambil otak Einstein itu untuk kajian kerana mahu terkenal. Malangnya, dia telah kehilangan kerja, isteri dan reputasi kerana tindakannya itu
Dia meninggal dunia pada tahun 2007. - I Am LejenNasib Otak EinsteinKini, cebisan otak Einstein di dalam 20 slaid bersama nota tulisan Thomas Harvey menjadi koleksi Muzium Mutter di Philadelphia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/07/kisah-tragis-otak-einstein-yang-di-curi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29