Kisah Tokoh Agung Bernama Zulkarnain


Kisah Tokoh Agung Bernama Zulkarnain | Dalam surah al-Kahfi, Allah SWT memperkenalkan seorang tokoh agung zaman silam digelar `Zulkarnain', yang sehingga kini menjadi misteri kepada manusia

Penyelidik terus mencari siapakah tokoh itu dalam sejarah silam dan banyak kajian serta penyelidikan arkeologi dijalankan bagi merungkai teka-teki itu. Akan tetapi, selepas ratusan tahun berusaha, masih tiada jawapan pasti dikemukakan menyebabkan identiti dan hampir keseluruhan sejarah hidup Zulkarnain kekal misteri


Kisah Zulkarnain Dalam Surah al-Kahfi
Hanya sedikit saja kisah Zulkarnain diceritakan Allah SWT iaitu menerusi surah al-Kahfi yang bermaksud: 
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: `Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. "Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka." Berkata Zulkarnain: "Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya." (ayat 83 hingga 87).
"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).
"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: `Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?".
Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi." "Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agarku tuangkan ke atas besi panas itu.
"Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar." (ayat 92 hingga 98).
Peranan Zulkarnian Besar
Walaupun tidak banyak sejarah hidup tokoh itu diketahui, secebis kisah berkenaan sudah menjelaskan bahawa peranan Zulkarnain di muka bumi ini amat besar sekali

Beliau bertanggungjawab membina tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok itu hanya akan runtuh apabila dunia hampir kiamat

Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci mengenai Zulkarnain tetapi kitab suci itu memberikan petunjuk mengenai peribadi tokoh itu

Antaranya Zulkarnain adalah pemerintah agung berperibadi mulia, adil, beriman kepada Tuhan yang satu, pembebas kezaliman dan penegak keadilan. Beliau mengembara menuju arah barat sebelum ke timur dan meneruskan perjalanannya ke kawasan pergunungan

Berbekalkan petunjuk al-Quran, penyelidik mencari tokoh silam yang memiliki ciri sedemikian dan hasilnya, tiga tokoh lampau dikaitkan sebagai Zulkarnain



Alexander The Great
Pada peringkat awal, ramai menyangka Zulkarnain ialah Iskandar dari Macedonia yang turut digelar `Alexander The Great'

Iskandar yang dilahirkan sekitar tahun 356 Sebelum Masihi (SM) ialah pemerintah Macedonia yang menyatukan negeri di Yunani selepas kerajaan itu diwarisi daripada bapanya

Beliau kemudian meluaskan jajahan ke Timur dan Barat sehingga dikatakan sebahagian besar negeri di dunia makmur di zaman pemerintahannya

Iskandar dikatakan lemah lembut, pintar, berani dan berwawasan jauh. Pengembaraan Iskandar dikatakan menepati ciri geografi dalam surah al-Kahfi

Bagaimanapun, ada pengkaji menyangkal Iskandar ialah Zulkarnain kerana beliau menyembah banyak dewa Yunani dan sering berpesta, minum arak, malah memiliki lelaki sebagai kekasihnya



Kursy al-Farisi
Berbanding Iskandar, penyelidik lain menyatakan peribadi dan pengembaraan Zulkarnain lebih menyamai raja Parsi iaitu Kursy al-Farisi atau turut digelar `Cyrus The Great' Kursy berkuasa dari 559 SM hingga 529 SM iaitu kira-kira 200 tahun sebelum kelahiran Iskandar

Beliau berjaya menyatukan kembali kerajaan `Ldya' dan `Midya' dan menjadi pemerintah Parsi pertama

Pengembaraan Kursy turut bertepatan dengan faktor geografi surah al-Kahfi dan terdapat lokasi pengembaraan pemerintah Parsi itu menyerupai lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj

Dari sudut peribadi, Kursy menyembah satu Tuhan, berpekerti mulia, beramal soleh dan adil

Pemerintah Zaman Nabi Ibrahim AS
Selain Iskandar dan Kursy, pendapat lain mengatakan Zulkarnain seorang pemerintah pada zaman Nabi Ibrahim AS

Raja itu pernah bertawaf di Kaabah bersama Nabi Ibrahim, malah membantu rasul itu mendapatkan kembali telaga baginda yang dirampas pihak tertentu

Bagaimanapun, tidak banyak sumber sahih mengenai raja berkenaan menyebabkan ia sukar dikaitkan sebagai Zulkarnain berbanding Kursy



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myinfosolat.blogspot.com/2022/09/kisah-tokoh-agung-bernama-zulkarnain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Ekosistem Migas Saat Pandemi Nicke Raih Tokoh Ketahanan Energi Nasional

Jaga Ekosistem Migas Saat Pandemi Nicke Raih Tokoh Ketahanan Energi Nasional

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 181 hits
Kerja keras disertai komitmen yang tinggi untuk memberikan yang terbaik bagi bangsa dan negara berbuah pengakuan
Kita Hilang Tokoh Intelektual Agama

Kita Hilang Tokoh Intelektual Agama

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 153 hits
NORMAN RADZUAN Siapa Yusuf Al Qaradhawi ulama yg sering dipenjara KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA Seluruh umat Islam menangisi pemergian Ulama hebat ini Saya secara peribadi menganggap beliau sebagai tokoh intelektual Islam di era moden...
Giorgia Meloni Tokoh Sayap Kanan Yang Dituding Anti Migran Menang Pemilu Italia

Giorgia Meloni Tokoh Sayap Kanan Yang Dituding Anti Migran Menang Pemilu Italia

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 157 hits
Partai sayap kanan yang memiliki akar neo fasisme bernama Brothers of Italy bersama dengan koalisinya memenangkan pemilu Italia Pemimpin koalisi sayap kanan Giorgia Meloni akan menjadi perdana menteri baru dan perempuan pertama Italia
Saya Tak Kisah Yang Jaewoong Kongsi Hubungan Cinta Bersama Hani Exid Kekal Cool

Saya Tak Kisah Yang Jaewoong Kongsi Hubungan Cinta Bersama Hani Exid Kekal Cool

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 210 hits
Kekasih hati Hani EXID iaitu pakar psikiatri Yang Jae woong berkongsi mengenai cara dating mereka yang cool dalam War Of The Roses ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod ke 12 rancangan hiburan siaran MBC War Of The Roses yang mengisahkan mengenai ...
Kenyataan Zahid Calon Pm Tidak Benar Kata Setiausaha Agung Umno

Kenyataan Zahid Calon Pm Tidak Benar Kata Setiausaha Agung Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 205 hits
freemalaysiatoday com September 24 2022 11 30 PMAhmad Maslan meminta orang ramai merujuk kepada media sosial rasminya untuk memastikan kesahihan kenyataan dikeluarkan PETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan mengeluarkan k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba