Kisah Seram Tumpang Basuh Baju Di Asrama




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Assalamualaikum. Di sini aku akan ceritakan mengenai pengalaman seram yang pernah dilalui oleh seorang warden asrama. Cikgu Shafie merupakan seorang warden asrama blok Bestari di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Beliau adalah seorang warden asrama yang disanjungi oleh anak-anak jagaannya. Pada waktu itu, Cikgu Shafie adalah antara orang yang terawal memiliki motosikal Yamaha 125Z sepanjang pengetahuan aku. Beliau digelar ‘Papa’ secara underground oleh pelajar-pelajar yang menghuni blok asrama Bestari

Untuk pengetahuan pembaca , sepanjang menginap di asrama, aku mempunyai hubungan yang baik dengan Cikgu Shafie dan kalau nak kena hukuman apa-apa akulah di antara pelajar favourite yang akan kena dulu. Bukan sakit mana pun kalau kena denda dengan Cikgu Shafie ini. Di sini aku akan kongsikan bersama peminat-peminat kisah seram satu pengalaman yang pernah dialami oleh Cikgu Shafie. Ceritanya bermula seperti di bawah;
Kejadian ini berlaku pada suatu hari semasa cuti penggal persekolahan. Pada hari Jumaat sebelum cuti bermula, semua pelajar sekolah menengah teknik akan pulang ke kampung masing-masing setelah selesai menunaikan solat Jumaat. Jika lebih berani sebelum Jumaat lagi sudah cabut balik atau keluar ponteng sembahyang Jumaat melepak di bus stand Batu Pahat dan kad balik kampung yang perlu ditandatangani oleh warden bertugas akan di tolong ambil oleh kawan-kawan yang lain

Baca Juga : [ Kisah Seram Perempuan di Tingkat 13 KLCC ]
Lebih kurang pukul 4 petang, asrama sudah pun kosong. Cikgu Shafie melihat-lihat kawasan sekeliling blok bagi memastikan tiada lagi pelajar yang berada di dalam kawasan asrama bagi tujuan mengunci pintu blok asrama. Ia adalah prosedur biasa bagi mengelakkan pencuri atau sesiapa saja menceroboh masuk ke dalam blok asrama memandangkan cuti penggal selama seminggu ke atas. Ada lagi seorang dua pelajar yang tengah menunggu keluarga datang menjemput mereka pulang setelah habis waktu bekerja pada jam 5 petang. Cikgu Shafie tidak kisah

Pada waktu remang-remang senja nak masuk maghrib gitu, Cikgu Shafie sekali lagi naik ke setiap tingkat blok asrama bagi menyalakan lampu kalimantang. Beliau berasa puas hati setelah diperiksanya tiada pelajar lagi yang masih berada di dalam blok asrama Bestari. Selepas Isyak, Cikgu Shafie berada di tingkat bawah untuk memasang lampu akuariumnya. Dijengah-jengah juga ruang prep belajar yang juga berada di tingkat bawah. Sah memang tiada sesiapa pun yang berada di dalam blok kecuali keluarga Cikgu Shafie sahaja. Warden-warden asrama yang lain pula berada di blok asrama masing-masing. Mereka juga seperti beliau, berasa lebih aman setiap kali cuti penggal bermula. Tidaklah ikan-ikan belaan warden diusik dan diganggu kalau pelajar tiada di asrama

Pada jam 1 pagi, Cikgu Shafie terdengar sesuatu di tepi blok Bestari bahagian belakang. Bunyinya seperti ada orang sedang membasuh pakaian. Seperti yang telah dimaklumkan di atas, kita semua dah tahu memang blok asrama semua dah kosong, jadi siapakah pula gerangan orang yang membasuh itu? Kalau nak dikatakan pekerja dewan makan yang berada berhampiran blok asrama, tidak logiklah pula. Kalau hennak dikatakan bakal guru di maktab sebelah sekolah menengah teknik ini lagilah tidak logiknya. Jadi persoalannya di sini, siapakah orangnya yang membasuh di belakang blok asrama tengah-tengah malam buta seperti ini

Disebabkan perasaan ingin tahu, lantas Cikgu Shafie keluar menjenguk ke belakang blok asrama. Sah, memang ada orang yang tengah membasuh di situ. “Siapa tu?” tanya Cikgu Shafie sambil menghampiri kawasan basuhan yang agak gelap. Tetapi pertanyaan Cikgu Shafie tidak diendahkan oleh orang yang sedang membasuh itu. Dia hanya mendiamkan diri dan senyap tanpa sebarang jawapan. Kemudian, Cikgu Shafie menyalakan suis lampu yang berada di sebalik dinding

Namun apa yang dilihatnya adalah seorang lelaki muda sedang membasuh pakaian yang penuh berdarah-darah dari atas pelantar basuhan sehingga ke lantai penuh dengan darah yang mengalir. Dia tetap tekun membasuh tanpa mempedulikan kehadiran Cikgu Shafie. Tiba-tiba basuhannya terhenti dan secara perlahan-lahan beliau menoleh ke arah tempat Cikgu Shafie sedang berdiri. “Tumpang kejap”, kata lelaki muda tersebut kepada Cikgu Shafie


Menurut Cikgu Shafie muka lelaki muda tersebut amat mengerikan. Kepalanya terbelah di tengah-tengah dan dapat dilihat punca darah yang mengalir laju dan melimpah-limpah ke atas baju basuhannya keluar dari luka besar di kepalanya itu. Isi putih kelihatan jelas pada bahagian kepalanya yang luka parah itu. Serta-merta bulu roma Cikgu Shafie meremang dan terkaku sebentar dengan pemandangan ngeri di depan matanya. Namun begitu, Cikgu Shafie buat-buat tidak dengar dan berlalu dari situ

p/s: Cerita asal ditulis oleh gitarmahogani dari laman web Cari Forum

Baca Juga : [ Misteri Skuter Putih di Terowong Menora ]
Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/03/kisah-seram-tumpang-basuh-baju-di-asrama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Jumpa Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

Akhirnya Jumpa Cara Basuh Baju Putih Tanpa Penat Menyental

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 1221 hits
Tahun lepas anak bersekolah Ya Allah Perkara paling stress ialah nak sental baju sekolah dia Penat weyhh Dah la kita pun balik dari kerja Tengok pula baju sekolah anak yang hitam legam Macam belacan tu Hadoii Bila orang cerita pakai sabun i...
Video Gara Gara Putus Cinta Lelaki Ditemui Dalam Mesin Basuh

Video Gara Gara Putus Cinta Lelaki Ditemui Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 239 hits
VIDEO Gara Gara Putus Cinta Lelaki Ditemui Dalam Mesin Basuh Biasanya lelaki akan memberikan 100 apa yang mereka ada apabila bercinta Apabila bertemu dengan seseorang yang dirasakan paling sesuai untuk dijadikan teman sejiwa lelaki biasanya...
Cara Basuh Botol Susu Penting Untuk Elak Anak Kerap Sakit Bukan Guna Sabun Saja

Cara Basuh Botol Susu Penting Untuk Elak Anak Kerap Sakit Bukan Guna Sabun Saja

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 650 hits
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul Tahukah ibu semua kalau botol susu tidak dicuci betul ...
Cara Mudah Cuci Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama Rileks Media

Cara Mudah Cuci Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 436 hits
Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat jadi anda kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin ba...
Tumpang Tuah Jambatan Baru

Tumpang Tuah Jambatan Baru

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 626 hits
PERCUBAAN tukang rumah memancing di benteng pemecah ombak Tanjung berhampiran jambatan angkat di muara selatan Bandaraya Kuala Terengganu membuahkan hasil apabila berjaya menjinakkan ikan talang seberat 6 3 kilogram pagi kelmarin Ikan talan...
Tumpang Letak Gambar Kek Batik

Tumpang Letak Gambar Kek Batik

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 585 hits
Rimas terlalu banyak gambar dalam laptop Sebelum buang letak dulu di blog sebagai kenangan Kek batik memang sedap Bahan asasnya roti merry susu pekat manis buttercup dan milo Kek ini agak mahal kos untuk membuatnya tetapi senang untuk dibua...
Hidup Ini Tumpang Menumpang

Hidup Ini Tumpang Menumpang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 318 hits
as salam BISMILLAH Hidup ini tumpang menumpang disitulah lahirnya syukur kita kepada Allah Pada sepinggan nasi yang kita makan disitu ada nasi yang diusaha kan oleh petani ada ikan yang dicari oleh nelayan ada ayam yang dipelihara oleh pent...
Biarkan Anak Basuh Kusyen Yana Didik Mateen Jadi Anak Yang Rajin Sejak Kecil

Biarkan Anak Basuh Kusyen Yana Didik Mateen Jadi Anak Yang Rajin Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 230 hits
Mendidik anak biarlah dari kecil Begitu juga pendirian selebriti cantik Yana Samsudin Dia yang berkahwin dengan Fadzil Zahari pada tahun 2015 telah dikurniakan seorang anak lelaki Aisy Mateen Melalui posting Instagramnya Yana berkongsi foto...
Baju Raya 2019 Tempah Atau Beli Siap

Baju Raya 2019 Tempah Atau Beli Siap

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 2623 hits
Baju Raya 2019 Tempah Atau Beli Siap Kau kenapa jahhh posa ganti pun belum habis Kau dah kisah pasal baju raya Ehhh bukan mommy sorang ja tau yang kisah pasal baju raya ni tapi semua ibu mak dan kaum hawa yang lain Dah rancang siap siap baj...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan