Kisah Seram Rel Keretapi Rembau


KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU. Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau 
Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari stesen keretapi rembau sehingga ke tampin. 
Majikan ijat ni berbangsa cina dan ijat terlibat sebagai ketua kumpulan. Jadi dia kena periksa paip air, kabel elektrik dan macam macam lagi lah sebelum kumpulan pembersihan kawasan mulakan kerja kerja mereka. Jadi sebagai ketua.. Ijat dengan penuh dedikasi bersedia memulakan tugas. 
Memandangkan ijat ni dia kena buat dulu kerja sebelum ahli kumpulan lain buat kerja, pada satu petang tu ijat bawa dua pembantu dia pekerja Indonesia yang bernama hasan dan alip. Masa tengah periksa kawasan tu, ijat dengan dua lagi pekerja dia jumpa satu kawasan perkampungan lama yang seolah olah sudah lama di tinggalkan & tidak berpenghuni. Ijat mula pelik.. takkan lah sekampung pindah sampai sekerat manusia pun tak ada. Kampung kot. Dah la tanah mahal sekarang. Main tinggal je kampung gitu.. kau biar betul! Ni repair sikit sikit buat homestay pun masyuk juga ni. Manatau ada yang nak healing tengah tengah hutan lari dari kesibukan kotaraya katanya. Dak aihh.. Hat tu aku menambah cerita ja. Kekekeke
Di kawasan kampung tu ada la enam ke tujuh buah rumah tapi semua kosong macam tajuk lagu najwa latif gitu. Kosong..kosong..kosong.. Di celah celah ijat dok rasa pelik.. tiba tiba salah seorang pekerja dia hassan terus berlari ke salah sebuah rumah kosong kat situ. Dah kenapa pulak budak hassan ni tetiba berlari. Terlebih gula ke apa tetiba jadi hyper ni. Rupanya hassan nak kencing. Ingat apa lah tadi.. tetiba berlari tersampuk roh atlik 4x100 meter ka apa dalam hutan ni kan.manalah tahu.. Tapi tak sampai lima minit hassan yang tadi kata nak kencing berlari patah balik. Amboi hassan laju kau kencing. Kau memang kaki kencing ke camna sebelum ni. Nampak pakar dalam acara mengencing ni.. 
Sesampai hassan dekat ijat dan alip, hassan ajak depa semua balik. Balik apa jadahnya kerja pun belum mula buat. Kau jangan hassan aku tampal setem 50sen pos kau balik indonesia nanti baru tau dok buat perangai malas kerja. Maka hassan buka la cerita kejadian yang menimpa dia tadi. Katanya masa dia tengah kencing tu dia kena baling batu dalam rumah kosong tu. Bila hassan tengok sekeliling dalam rumah tu hassan nampak ada orang tua dalam rumah tu. Dengan wajah pucat, mata terbeliak sedang memandang kearah hassan. Marah la tu hassan kencing dalam rumah dia. Hancing tau hassan! 
Lepas dengar cerita hassan masing masing mula rasa tak sedap hati tapi tetap teruskan langkah tapi baru jalan selangkah dua atas batu rel tu tetiba mereka terdengar orang menjerit dari dalam rumah tu. Mereka mula cuak sebab kawasan tu dekat tengah hutan tak ada orang masuk kesitu melainkan keretapi je. Bila dengar je suara jeritan tu apa lagi.. ambil langkah seribu la. Masing masing macam lipas kudung berlari. Tapi kan kalau lipas tu dah kudung macam mana dia berlari? Ok ok.. kita teruskan cerita.
Bila dah semakin jauh berlari tetibat ijat nampak hassan berdiri je kat atas rel tu. Dah kenapa si hassan ni. Orang bagai nak rak lari dia boleh dok posse kat situ. Kau dah kenapa hassan. Di rasuk saitan ke apa?! Risau jadi apa apa kat hassan ijat dengan alip jerit panggil hassan suruh lari ikut mereka. Punya la jerit panggil hassan tapi hassan buat dono (tak tahu) je. Aduh hassan.. kau dah kenapa san? Kang hantu jerit tu datang cekik kau baru tau!
Mungkin alip rasa ada tak kena dengan hassan, alip ambil seketul batu sambil membaca sesuatu dalam bahasa jawa selepas itu di baling batu kedalam semak yang tak jauh dari hassan. Sebaik je di baling batu tu.. tiba tiba mereka dengar ada sesuatu mengejar batu tersebut. Waktu tu baru hassan tersedar dan terus berlari kearah ijat dan alip. 
Ijat buat keputusan untuk balik kerumah kongsi dulu. Bila sampai di rumah kongsi barulah hassan bercerita dia nampak seorang tua berlari samb bawa keris seolah olah nak menyerang dia. Dia cuba lari tapi badan dia tiba tiba jadi kaku. Selepas alip baling batu tu barulah hassan boleh bergerak dan terus berlari.
Keesokan harinya ijat terserempak dengan orang kampung dekat dengan kawasan tu. Orang tua dah level level atuk dengan dia. Dia bagitau la atuk tu apa yang berlaku pada mereka semalam. Menurut cerita atuk tu apa yang mereka nampak tu adalah jelmaan dari belaan bomoh yang tinggal kat situ dulu. Selepas dia meninggal, satu kampung di ganggu oleh makhluk belaan dia tu. Makhluk ni katanya nak cari penjaga baru dia. Kesian.. lain kali hantar kat nursey alam bunian sana. Ok ok sambung.. 
Sebab gangguan tu orang kampung jadi takut untuk tinggal di situ dan mengambil keputusan berpindah. Baru ijat faham.. patut la dia nampak kawasan tu pun nampak menyeramkan rupanya memang ada kisah seram kat situ. Rupanya dah di huni makhluk alam sebalik mata. Ok.. geng paranormal boleh terjah nanti. 
Begitulah kan.. Apapun makhluk belaan tak kira haiwan atau jin bila penjaga dah tak ada selagi depa hidup depa perlukan penjaga baru untuk jaga kebajikan makan dan minum depa. Sebab tu la Islam melarang kita untuk berdamping dengan jin dan syaitan. Pengakhirannya membawa kemudaratan bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling. 
Moral of the story.. Nak bela, bela la ayam itik kambing lembu. Kalau tuanya meninggal pun tak risau, ramai sukarelawan sudi menjadi pewaris. Apadahal.. Mahal kot kalau jual. Peace yo! 
Sumber cerita : https://vt.tiktok.com/ZSNE87fPa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2024/01/kisah-seram-rel-keretapi-rembau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Milik Siapakah Suara Berdehem Itu

Kisah Seram Milik Siapakah Suara Berdehem Itu

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 235 hits
Di kesunyian malam ini Ku datang menghampiri Diri mu yang telah berjanji Sehidup dan semati Ha Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katany...
Kisah Gajah Naik Anak In Membunuh Penaga Yang Zalim

Kisah Gajah Naik Anak In Membunuh Penaga Yang Zalim

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 265 hits
Hari ini 121 tahun yang lalu Topsy si gajah dibunuh dengan renjatan elektrik antara kes pembunuhan haiwan paling menyayat hati dalam sejarah Topsy adalah seekor gajah Asia betina yang lahir di hutan pada sekitar 1875 di Asia Tenggara namun ...
Saya Tak Rasa Saya Cantik Terima Surat Makanan Jisoo Bp Kongsi Kisah Jadi Pelajar Popular

Saya Tak Rasa Saya Cantik Terima Surat Makanan Jisoo Bp Kongsi Kisah Jadi Pelajar Popular

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 211 hits
Kalau cakap pasal idola wanita yang cantik nama Ji soo BLACKPINK pasti tidak akan terkecuali ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 5 Januari Ji soo telah muncul sebagai tetamu dalam program baru Hye ri di YouTube iaitu Hyells Club dan ada bercerit...
Kisah Ulama Cerdik Dan Bodowww

Kisah Ulama Cerdik Dan Bodowww

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 154 hits
Dr Rozaimi Ramle ada PhD dalam bidang hadits Kalau nak kata ulama Dr Rozaimi ni bagi aku boleh dah digelar ulama Tapi setahu aku dia sendiri tak berani nak guna gelaran tu Begitu juga Dr MAZA mufti Perlis Dr MAZA juga ada PhD juga dalam bid...
Kisah Peguam Buruh Seol Inah Dilamar Sertai Jung Kyungho Dalam Labor Attorney Noh Mujin

Kisah Peguam Buruh Seol Inah Dilamar Sertai Jung Kyungho Dalam Labor Attorney Noh Mujin

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 148 hits
Seol In ah dikatakan bakal sertai Jung Kyung ho di dalam drama yang akan datang ARTIKEL BERKAITAN Menurut media pada 8 Januari Seol In ah dikatakan telah dilamar untuk memegang watak wanita utama di dalam drama Labor Attorney Noh Mu jin Dra...
Tak Sangka Rupanya Keturunan Ke 7 Mahsuri Masih Hidup Ini Kisah Wan Aishah

Tak Sangka Rupanya Keturunan Ke 7 Mahsuri Masih Hidup Ini Kisah Wan Aishah

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 281 hits
Wan Aishah keturunan ke 7 Mahsuri hidup pada zaman ini Bagi yang mengenali legenda Mahsuri dari Langkawi pasti tahu bahawa sebelum beliau meninggal dunia Mahsuri menjatuhkan sumpah atas pulau Langkawi yang akan berlangsung selama tujuh gene...
Kisah Misteri Tanah Perkuburan Kim Hyunjoo Kembali Dengan The Bequethed Januari Ini

Kisah Misteri Tanah Perkuburan Kim Hyunjoo Kembali Dengan The Bequethed Januari Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 141 hits
Pelakon Kim Hyun joo dan Park Hee soon bersama dengan pengarah Yeon Sang ho telah bekerjasama untuk sebuah projek ARTIKEL BERKAITAN Di mana mereka akan mendedahkan kisah misteri yang tidak dapat diramalkan melalui siri terbaru Netflix iaitu...
Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 161 hits
Di Malaysia terdapat banyak mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara seperti Menara KLCC Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Abdul Samad Sebagai tambahan terkini rakyat Malaysia sekali lagi berbangga apabila Menara Merdeka 118 Setel...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara