Kisah Seram Bunuh Diri Dan Ganggu Pelajar Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan peminat kisah seram sekalian? Alhamdulilah, bertemu lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Kisah seram kali ini adalah mengenai pelajar yang diganggu di asrama. Ya, saya sendiri pernah tinggal di asrama dan mempunyai beberapa kisah seram sendiri, tapi kali ini adalah kisah seram yang dialami seorang pelajar wanita. Jadi, tanpa melengahkan masa, mari kita hayati kisah seram ini. ✌😎
KISAH SERAM : BUNUH DIRI & GANGGU PELAJAR LAIN
Zeti memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelan dia untuk masuk asrama tercapai apabila dia mendapat tawaran ke salah satu asrama di Negeri Sembilan

Minggu pertama asrama, mereka semua akan melalui orientasi. Malam itu mereka membuat satu aktiviti bersama pelajar senior

Sebelum memulakan aktiviti, salah seorang senior menceritakan sebuah kisah tragis yang terjadi di asrama ini

'Beberapa tahun lepas, ada seorang pelajar perempuan putus cinta bersama kekasihnya. Mereka putus kerana kekasihnya jatuh cinta dengan perempuan lain. Pelajar ini dikatakan menangis sepanjang hari di dalam tandas kerana terlalu sedih. 
Oleh kerana esok peperiksaan, tiada seorang pun kawannya yang cuba pujuknya. Keesokkan harinya, dia dijumpai mati di dalam tandas itu. Mulutnya berbuih. Matanya merah. Mukanya pucat. Mengikut cerita, pelajar itu bunuh diri dengan makan racun tikus kerana tak boleh akwal kesedihannya.'
Tiada siapa yang tahu antara cerita itu betul-betul terjadi atau tidak tapi ia telah menjadi cerita lagenda di asrama itu. Setiap tahun, senior akan menceritakan kepada pelajar-pelajar baru untuk menakut-nakutkan mereka

BACA  : Kisah Seram : Penunggu Rumah Sewa

Selepas itu, setiap pelajar baru akan ditutupkan matanya dengan kain dan dipimpin oleh pelajar senior ke satu tempat rahsia. Mereka di paksa senyap selama sejam

Pelajar yang gagal bertahan akan menjadi boneka untuk pelajar senior selama sebulan. Walaupun kasar permainan senior, tapi mereka tak pernah letak pelajar baru ke dalam tandas berhantu. Mereka sendiri takut dengan cerita tragis itu. 
Zeti diletakkan berdekatan dengan tandas yang dikatakan dimana pelajar perempuan itu bunuh diri. Kerana matanya ditutup dengan kain, dia tidak tahu lokasinya. Walaupun takut, Zeti hanya mampu berdiam diri dan menunggu permainan ini berakhir

Dengan mata tertutup, Zeti hanya dapat menggunakan deria pendengarannya sahaja. Bunyi yang pertama dia fokus adalah bunyi cengkerik. Di sambut dengan bunyi cicak. Sekali sekala Zeti dapat dengar bunyi tapak kaki. Zeti tahu itu bunyi senior sedang buat check up mereka

Selepas lebih kurang 20 minit matanya tertutup, tiba-tiba Zeti dengar suara tangisan seorang perempuan. Pada awalnya sayup-sayup. Semakin lama, semakin kuat, semakin dekat. Seperti dia sedang menghampiri Zeti

Ini mesti taktik senior untuk menakut-nakutkan pelajar baru, fikir Zeti. Suara tangisan itu berhenti di depan muka Zeti. Dia merasakan ada orang sedang memerhatinya dari dekat

Tak lama kemudian Zeti merasakan dia dipaksa bangun dan dibawa ke tempat lain. Zeti ikut sahaja. Tapi ada sesuatu yang pelik, senior yang pimpin dia tu, tidak kedengaran bunyi tapak kaki

Tak lama kemudian, bunyi pintu dibuka. Mereka masuk ke dalam bilik itu dan dengar pintu tertutup. Zeti diletakkan di dalam bilik itu. Dia tidak tahu dimana dia berada tapi dia boleh dengar bunyi air mengalir melalui paip. Macam dalam tandas. Tiba-tiba otak Zeti terfikir tentang cerita tragis awal tadi. Kemudian, Zeti dengar bunyi tangisan. Naik bulu romanya. Zeti rasa macam nak mengaku kalah. Dia dah tak tahan. " Tolong saya boleh?" suara seorang perempuan. 
"Saya give up. Tak boleh. Tak boleh." kata Zeti sambil buka kain ikatan di matanya

BACA : Kisah Seram : Misteri Kain Putih di Asrama
Alangkah terkejut apabila dia nampak seorang pelajar perempuan, mulutnya berbuih, matanya merah dan kulitnya pucat sedang duduk di kerusi tandas sambil menangis. "Tolong saya. Kenapa tak ada orang tolong saya.' perempuan itu bertanya

Dalam otak Zeti, ini mesti hantu yang mereka katakan. Zeti berlari keluar dari tandas. Makin jauh dia lari, makin hilang suara tangisan itu

Dia terserempak dengan dua senior seperti mencari sesuatu. "Kau pergi mana? Satu sekolah kami cari kau."salah seorang dari mereka bertanya

"Dalam tandas berhantu kak! Ada orang letak saya dalam tandas tu!" kata Zeti

Kedua-dua mereka terkejut. Zeti dibawa berjumpa dengan senior-senior yang lain

Zeti ceritakan kesemuanya kepada senior. Apabila ditanya, tiada seorang dari mereka yang mengaku membawa Zeti ke dalam tandas itu. 
Sumber cerita : meremang.my
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/11/kisah-seram-bunuh-diri-dan-ganggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istri Reaktif Covid 19 Suami Di Bogor Bunuh Diri

Istri Reaktif Covid 19 Suami Di Bogor Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 224 hits
Saat itu istri MS langsung memanggil kedua anaknya B dan A untuk memeriksa bayangan hitam tersebut Kemudian kedua anaknya memastikan bahwa jasad yang menggantung itu adalah ayahnya
Ini Semua Laki Aku Punya Pasal Wanita Ugut Terjun Bunuh Diri Kesal Suami Abai Tanggungjawab

Ini Semua Laki Aku Punya Pasal Wanita Ugut Terjun Bunuh Diri Kesal Suami Abai Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 469 hits
Tindakan seorang wanita berusia lingkungan 40 an berdiri di tepi belabas jambatan dipercayai mahu membunuh diri menggemparkan warga penduduk yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan Dalam kejadian yang berlaku pada jam...
Gara Gara Mengidap Kanser Dan Positif Covid Warga Emas Ini Cuba Bunuh Diri Tetapi Beliau Cedera Parah

Gara Gara Mengidap Kanser Dan Positif Covid Warga Emas Ini Cuba Bunuh Diri Tetapi Beliau Cedera Parah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 442 hits
Kota Kinabalu Seorang lelaki yang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan positif Covid 19 di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini sejak beberapa hari lalu dilaporkan terjun dari tingkat enam hospital berkenaan malam ini
Kisah Seram Pegawai Penjara Banduan Akhir Lembaga Misteri Di Penjara Pudu

Kisah Seram Pegawai Penjara Banduan Akhir Lembaga Misteri Di Penjara Pudu

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 1507 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Kita kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Baiklah untuk episod pertama bagi siri bulan November ini aku nak bawak anda semua menyelami kisah s...
Pelajar Tingkatan Enam Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan

Pelajar Tingkatan Enam Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 723 hits
Nur Fazlizai AliPolis bertindak menahan pelajar Tingkatan Enam ini susulan keterangan yang diberi berhubung kejadian didapati sangat mencurigakan Foto Astro AWANI MARANG Seorang pelajar Tingkatan Enam direman tujuh hari bermula hari ini bag...
Siswa Meninggal Bunuh Diri Akibat Sekolah Online Kemendikbud Dan Kemenag Saling Lempar Tanggung Jawab

Siswa Meninggal Bunuh Diri Akibat Sekolah Online Kemendikbud Dan Kemenag Saling Lempar Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 238 hits
Dewan Pakar Federasi Serikat Guru Indonesia atau FSGI Retno Listyarti meminta Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan tidak saling lempar tanggung jawab dengan Kementerian Agama terkait peristiwa bunuh diri siswa MTs di Tarakan Kalimantan Uta...
Video Pelajar Tingkatan 6 Suspek Bunuh Siti Nur Surya Menggigil Tiba Di Mahkamah

Video Pelajar Tingkatan 6 Suspek Bunuh Siti Nur Surya Menggigil Tiba Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 640 hits
Gadis yang disyaki membunuh rakan baiknya sendiri sehingga putus pergelangan tangan dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu Telemong Hulu Terengganu kelmarin direman selama tujuh hari Menerusi laporan Buletin TV3 Majistret Engku Nurul Ain Engk...
Lelaki Bunuh Diri Selepas Dapat Kerja Assistant Bank Manager Tunaikan Janji Kepada Dewa

Lelaki Bunuh Diri Selepas Dapat Kerja Assistant Bank Manager Tunaikan Janji Kepada Dewa

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 273 hits
Seorang lelaki berusia 32 tahun di India nekad membunuh dirinya selepas mendapat pekerja kerana itulah perjanjiannya dengan dewa Lapor Gulf News lelaki bernama Naveen itu terdahulu telah bersumpah akan memberi nyawanya kepada dewa sekiranya...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business