Kisah Seorang Guru Dengan Anak Muridnya



KES disiplin timbul lagi; kali ini di Klang; empat orang pelajar ditikam oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Pada hari berita itu disiarkan, seorang pelajar saya ditumbuk oleh seorang pelajar lain, dan sebelum pergaduhan menjadi lebih teruk, perbuatan mereka dihentikan sekumpulan pelajar lain yang berada di situ dan kedua-dua yang terlibat diberi ubat gosok kerana mereka lebam sedikit dan oleh kerana tiada kecederaan teruk, mereka enggan ke hospital dan saya meminta kedua-duanya kembali ke kelas semula. 

Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu. Selama tempoh saya mengajar, hampir semua pelajar yang saya kenal, bermula dari kelas yang terbaik sehinggalah ke kelas yang tercorot kerap tertinggal buku di rumah. Pengalaman saya sebagai guru mengajar, apabila pelajar tidak bawa buku teks, maksudnya mereka tidak mahu belajar. Jika mereka tidak bawa buku latihan, maksudnya mereka tidak siap kerja. Jika mereka tidak bawa satu apa pun ke sekolah, maksudnya mereka tidak mahu belajar, dan tidak peduli apa pun, sebaliknya datang ke sekolah semata-mata untuk berjumpa kawan dan keluar dari rumah.

Selalunya apabila mereka tidak bawa buku, saya terpaksa meminta mereka meminjam dari kawan, atau menyalin di dalam kertas lain, dan ditampal dalam buku apabila pulang ke rumah. Saya tahu, mereka tidak akan tampal dalam buku, tapi saya terpaksa juga menyuruh demikian, kerana bimbang mereka akan mengganggu rakan lain yang membawa buku.

Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.
Beberapa minggu lalu, ada seorang pelajar saya dibuang sekolah atas masalah disiplin. Ibunya datang menyerang guru disiplin di sekolah yang memang sudah biasa diserang ibu bapa.

Kami guru-guru hanya meminta ibu itu membawa anaknya ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri dan memohon masuk ke sekolah semula. Permohonannya dibenarkan (kerana kita ada dasar pendidikan wajib sehingga usia 17 tahun) dan pelajar saya ini datang ke sekolah semula.

Sikapnya masih sama; tidak bawa buku teks dan buku latihan, asyik bermain dalam kelas dan mengganggu rakan yang lain. Apabila saya katakan "Awak ni baru saja datang selepas dibuang sekolah, mengapa masih tidak ubah sikap?", dengan angkuhnya dia berkata kepada saya, "Kalau kena buang sekali lagi pun, saya masih boleh masuk semula. Ini bukan urusan cikgu". Seterusnya saya meminta dia duduk dengan senyap dan melarang dia mengganggu rakan lain. Tetapi, kerana marah dengan saya, pelajar saya itu keluar dari kelas tanpa kebenaran dan tidak kembali sehingga tamat waktu pelajaran saya. Dia tidak masuk kelas juga pada waktu guru lain masuk mengajar. Kawan-kawannya memberitahu saya yang dia telah melompat keluar dari pagar sekolah. Saya hanya dapat mendengar.
Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Saya dan mana-mana guru pun di Malaysia ini memang tidak boleh buat apa-apa. Apa yang boleh kami buat ialah menolak markah demerit dan apabila habis markah ditolak, pelajar itu akan dibuang sekolah dan selepas beberapa minggu, mereka akan kembali semula. Semua tindakan yang boleh diambil adalah di atas kertas semata-mata, dan pelajar pun tidak tahu-menahu tentangnya. 

Bagaimana kita hendak selesaikan masalah disiplin jika kita asyik hendak berpolitik dan memenangi hati ibu bapa, tanpa menyedari yang kita telah menyembunyikan satu bahagian realiti dunia daripada anak-anak kita? Realiti yang telah kita sembunyikan ialah dunia ini boleh menghukum semua jenis kesalahan. Realitinya ialah, majikan boleh membuang pekerja yang malas. Kita telah sembunyikan realiti ini dari anak-anak kita sebab kita hendak ibu bapa menyokong kita.

Saya mohon Utusan Malaysia siasat bidang kuasa guru; apa yang boleh dan apa yang tidak boleh guru lakukan untuk menguruskan hal disiplin sekolah. Barulah masyarakat tahu realitinya; menjegil mata kepada murid pun sebenarnya menyalahi peraturan.

AKMAL FAIRUZ
IPBA, Jalan Pantai Baru
Kredit : Utusan Malaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lamanqaseh.blogspot.com/2018/10/kisah-seorang-guru-dengan-anak-muridnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seorang Gengster Ingin Berubah Kerana Anak

Kisah Seorang Gengster Ingin Berubah Kerana Anak

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 321 hits
Seorang doktor yang pakar dalam tatu menganggarkan bahawa kira kira 50 peratus daripada mereka yang mencach tatu kemudian menyesal membuatnya Bryon Widner adalah seorang rakyat Amerika yang mempunyai tatu di seluruh badannya dari mukanya hi...
Kisah Guru Dan Anak Murid Ini Bukan Biasa Biasa Aje Perkongsian Yang Penuh Emosi Dan Tersirat

Kisah Guru Dan Anak Murid Ini Bukan Biasa Biasa Aje Perkongsian Yang Penuh Emosi Dan Tersirat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 421 hits
Kami biasanya mendengar kata kata ini guru bagaikan lilin yang membakar untuk menerangi yang lain Itu adalah perumpamaan yang paling tepat dalam menggambarkan layanan dan pengorbanan para guru ini Mohd Fadli Salleh yang berbagi cerita tenta...
Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 540 hits
Hebatnya seorang ibu yang mampu membesarkan anak istimewa dengan penuh kecekalan dan kesabaran Lebih hebat ujian yang dihadapi seorang ibu ini bersama suaminya apabila kesemua anak anaknya disahkan insan istimewa yang memerlukan pemerhatian...
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 306 hits
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi JugaSeorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga
Culik Anak Di Tianyar Bali Seorang Pria Diamuk Massa

Culik Anak Di Tianyar Bali Seorang Pria Diamuk Massa

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 383 hits
Kasus penculikan anak nyaris terjadi di Dusun Darmawinangun Desa Tianyar Kecamatan Kubu Karangasem Minggu siang Anak yang hampir dibawa kabur itu adalah Ni Luh Putu Sayang Eka Yanti 6 Pelaku sudah ditangkap namun identitasnya belum diketahu...
Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 962 hits
Assalamualaikum w b t BismillahirahmanirahimPada suatu hari Rasulullah S A W mengumpulkan kaumnya dan baginda berkata Aku adalah utusan Allah kepada kamu sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih oleh itu selamatk...
Kisah Disebalik Tangisan Seorang Hamba

Kisah Disebalik Tangisan Seorang Hamba

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 256 hits
Disebalik TangisanDengan lafaz Syukurku ke hadrat Allah S W T dan selawat serta salamku kepada Nabi yangku cintai Muhammad bin Abdullah Di pertengahan usia bagi umat Mu Ya Rasulullah s a w tiada penah ku rasa puas dengan apa yang ku kerjaka...
Kisah Aku Anak Kampung

Kisah Aku Anak Kampung

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 866 hits
Bab 1 Kisah Aku Anak Kampung Aku seorang anak kampung lahir dan dibesarkan juga di kampung Aku tak kenal erti kemewahan sewaktu kecil aku tak tahu apa itu pizza KFC McDonalds kerna aku tak pernah disajikan dengan semua tu Aku juga tak tahu ...
Cinta Seorang Ibu Renungan Untuk Si Anak

Cinta Seorang Ibu Renungan Untuk Si Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 300 hits
Alkisah di sebuah desa ada seorang ibu yang sudah tua hidup berdua dengan satu satunya anaknya Suaminya sudah lama meninggal kerana
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game