Kisah Runtuhnya Tembok Berlin Angkara Kesilapan Kecil


9 November, merupakan tarikh hari ulangtahun runtuhnya Tembok Berlin, yang menjadi punca kejatuhan rejim Jerman Timur dan penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 dan semuanya bermula hanya dengan satu kesilapan kecil.


Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Jerman ditakluk Kuasa Berikat dan dibahagi kepada empat. Bahagian UK, AS dan Perancis membentuk Jerman Barat dan Timur dikuasai oleh Soviet, membentuk Jerman Timur.

Begitu juga dengan ibu negara Jerman – Berlin, dibahagi kepada empat juga. Ketiga bahagian kuasa Berikat membentuk Berlin Barat, sementara di Timur menjadi Berlin Timur.

Selepas pembahagian tersebut, pihak Soviet melakukan “blockade” ke atas Berlin Barat, menyebabkan seluruh kawasan tersebut terkepung dari 24 Jun 1948 hingga 12 Mei 1949.

Tentera Berikat mengambil risiko melalui wilayah yang dikuasai Soviet untuk menghantar bantuan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan membaiki bangunan serta petroleum untuk tenaga.

Ia kerana pengumuman tentera Berikat untuk menggunakan matawang Deutchmark sebagai matawang baru di seluruh Jerman Barat yang disokong oleh Amerika.

Selepas pembentukan dua negara Jerman serta Soviet membenarkan tiga laluan koridor dari Berlin Barat ke Jerman Barat, sempadan dua negara ini mula dibentuk pada 1949.

Pun begitu, orang dari Berlin Timur berhijrah ke Berlin Barat tanpa halangan, menyebabkan ramai warga Jerman Timur melarikan diri ke Barat.

Salah seorangnya ialah Conrad Schumann, seorang tentera Jerman Timur yang berpaling tadah dengan melarikan diri ke Barat.

Tembok Berlin mula dibina pada 13 Ogos 1961 dan memisahkan keluarga, sahabat, serta banyak hubungan terputus akibat pembinaan tembok ini.

Tembok ini dalam jargon rejim Jerman Timur sebagai Antifaschistischer Schutzwall, atau Tembok Perlindungan Anti Fasis, berdiri di tengah bandaraya Berlin selama 28 tahun.

Glasnost dan Perestroika

Segalanya bermula dari dasar glasnost dan perestroika yang dilaksanakan oleh pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.

Glasnost bermaksud ‘keterbukaan’, sementara perestroika bermaksud ‘perubahan’.

Gorbachev mahu mengubah ekonomi Soviet yang selama ini tidak berkembang dengan melakukan perubahan terutamanya dalam ekonomi dengan membenarkan pasaran bebas dengan kawalan kerajaan komunis (sesuatu yang kemudiannya ditiru Republik Rakyat China dan berjaya melakukannya).

Pada tahun 1988, Presiden AS, Ronald Reagan melawat Berlin Barat. Dalam ucapannya, beliau mencabar Gorbachev untuk “runtuhkan tembok” jika benar mahukan glasnost dan perestroika berjaya.

Pada April 1989, Czechoslovakia dan Hungary mencabut pagar elektrik yang bersempadan dengan Austria, seterusnya menyebabkan orang dari blok komunis memasuki blok Barat melalui Austria.

Melihat keadaan itu, ramai warga Jerman Timur membanjiri kedutaan Jerman Barat di Prague, sehingga Menteri Luar Jerman Barat Hans Genscher mendesak Timur melonggarkan sempadan.

Masalah utama Jerman Barat dan Timur sebenarnya ialah berkenaan isu hutang Timur kepada Barat.

Sementara Czechoslovakia berjaya melunaskan hutang kepada Jerman Barat, Jerman Timur gagal, menyebabkan ahli politik di Barat menggunakan ini sebagai peluang populis untuk kempen pilihan raya.

Canselor Jerman Barat Helmut Kohl telah memujuk semua kuasa besar Eropah untuk menyelesaikan isu tentang Jerman Timur ini.

Selepas demonstrasi besar-besaran yang bermula di Leipzig, seminggu sebelum peristiwa ini, kerajaan Jerman Timur didesak kuasa besar untuk melonggarkan sempadan seperti Czechoslovakia, atau Jerman Barat menekan lagi berkenaan isu hutang.

Kesilapan 'Kecil'

Günter Schabowski

Akhirnya, pada 9 November 1989, jurucakap kerajaan Jerman Timur, Günter Schabowski, mengeluarkan kenyataan yang beliau tersilap baca.

Kesilapan beliau mengakibatkan Tembok Berlin sudah tiada maknanya, dan bermulalah keruntuhan kerajaan Jerman Timur.

Seorang pegawai bernama Gerhard Lauter diarahkan untuk mendraf ucapan Schabowski.

Lauter telahpun menulis bahawa undang-undang baru akan berkuatkuasa pada hari esok, dimana warga Jerman Timur boleh memohon passport baru itu di pejabat imigresen mulai 10 November 1989.

Tetapi, apabila wartawan bertanya kembali tentang bila undang-undang baru ini bermula, Schabowski yang tidak membaca draf yang ditulis Lauter dengan betul, mengumumkannya, “serta-merta”.

Laporan itu disiarkan secara langsung di kaca TV Jerman Timur, menyebabkan ribuan rakyat terus berjalan menuju ke sempadan di Checkpoint Charlie.

Tentera Jerman Timur keliru kerana mereka mendapat arahan surat pekeliling menurut apa yang di draf Lautner, tetapi apabila sudah ratusan ribu warga Berlin Timur mula mengasak pos kawalan tersebut mengakibatkan tentera Jerman Timur hilang kawalan dan akhirnya hanya membiarkan sahaja rakyat Jerman Timur ke Berlin Barat.

Pada 3 Oktober 1990, kedua Jerman disatukan dan kerajaan Jerman Timur sudah tidak wujud lagi.

Tembok Berlin, yang menjadi mercu tanda Perang Dingin antara dua blok kuasa besar dunia telah diruntuhkan.

Dan lagu dari kumpulan Scorpions, Wind of Change, menceritakan sejarah tembok ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Peru Wall of Shame, Dinding Pemisah Orang Kaya dan MiskinTembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/11/kisah-runtuhnya-tembok-berlin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 577 hits
9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil Musim cuti sekolah pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan bagi yang ada anak anak dan anak kecik mesti banyak benda nak fikirkan Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menja...
Gastrik Sejak Kecil Sampai Migrain Akhirnya Sembuh

Gastrik Sejak Kecil Sampai Migrain Akhirnya Sembuh

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 269 hits
Gejala gastrik berbeza dalam kalangan individu dan pada ramai orang tidak ada gejala Hanya yang mengalaminya sahaja tahu penderitaan sebenar Walau bagaimanapun gejala yang paling kerap termasuklah mual atau sakit perut yang berulang kembung...
Ini Penyebab Janin Tetap Kecil Kendati Ibu Sudah Banyak Makan

Ini Penyebab Janin Tetap Kecil Kendati Ibu Sudah Banyak Makan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 228 hits
Dokter spesialis kebidanan dan kandungan Ulul Albab mengatakan selain faktor asupan gizi ada beberapa faktor yang memengaruhi berat janin yakni kesehatan ibu ari ari dan janin
Anak Kecil Susah Penat Selagi Tak Suruh Tidur Boleh Main Memanjat Berjam Jam

Anak Kecil Susah Penat Selagi Tak Suruh Tidur Boleh Main Memanjat Berjam Jam

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 299 hits
Pernahkah anda tertanya tanya kenapa kanak kanak mempunyai banyak tenaga Mereka tidak seperti orang dewasa Jalan sedikit sudah letih lari sedikit mulalah mengah baru lompat sedikit sudah rasa hendak pitam Kanak kanak tidak begitu DARI MANA ...
Hiburan Rugi Ramai Yang Tak Sedar Kesilapan Ini Ketika Asyik Membeli Belah

Hiburan Rugi Ramai Yang Tak Sedar Kesilapan Ini Ketika Asyik Membeli Belah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 317 hits
Biasanya setiap kali musim jualan murah ramai antara kita yang akan terus serbu pasar raya berhampiran untuk membeli belah dengan harga yang rendah Tak kira lah lelaki ataupun perempuan semuanya akan jadi gila bila dengar perkataan SALE dek...
8 Kesilapan Kritikal Semasa Temuduga Cuti Dan Handphone

8 Kesilapan Kritikal Semasa Temuduga Cuti Dan Handphone

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 1603 hits
Kesilapan 2 Bertanya mengenai Cuti Tahunan Cuti Sakit Ya semua soalan berkaitan cuti Adalah menjadi satu kesilapan jika apabila diberi peluang untuk anda bertanya anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti Tahukah anda soalan berkaitan cuti...
Penguatkuasaan Car Seat Kerajaan Beri Kelonggaran Kepada Keluarga Punyai Ramai Anak Kecil

Penguatkuasaan Car Seat Kerajaan Beri Kelonggaran Kepada Keluarga Punyai Ramai Anak Kecil

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 642 hits
Tindakan penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak dalam setiap kereta persendirian berkuatkuasa 1 Jan hadapan dilakukan dengan mengambil pendekatan pendidikan dan nasihat serta bukannya tindakan keras terhadap mereka yang ga...
Tak Perlukan Kos Mahal Pun 7 Bahan Di Rumah Mampu Rangsang Sensori Anak Kecil Rugi Tak Buat

Tak Perlukan Kos Mahal Pun 7 Bahan Di Rumah Mampu Rangsang Sensori Anak Kecil Rugi Tak Buat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 415 hits
Anak anak kecil sebenarnya perlu dirangsang derianya supaya dia bijak menggunakan kesemua anggota tubuh dan tidak kekok untuk menggunakannya Malah cara ini juga merangsang sensori anak sekaligus meransang perkembangan otak anak sebaiknya Ta...
4 Foto Masa Kecil Ariel Tatum Buktikan Sudah Cantik Sejak Belia

4 Foto Masa Kecil Ariel Tatum Buktikan Sudah Cantik Sejak Belia

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 484 hits
Paras cantik dan menggemaskan Ariel Tatum ternyata sudah dimilikinya sejak belia Terbukti dengan beberapa foto masa kecil Ariel Tatum berikut ini
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat