Kisah Rumahtangga Yang Sedih 1
Sebuah kisah rumahtangga yang sedih
Ada sebuah kisah rumah tangga yang sedih. Si lelaki jatuh cinta kepada seorang intern di tempat kerjanya tanpa mengetahui wanita tersebut ialah anak pemilik syarikat koglomerat tersebut
Apabila si lelaki mengetahui perkara sebenar, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Kemudian mereka berkahwin setelah wanita tersebut mencarinya dengan menaiki helikopter ke kampungnya dan berjanji akan mempertahankan suaminya di hadapan keluarga wanita tersebut
Namun, setelah berkahwin 3 tahun, mereka sering bergaduh di tempat kerja dan terdengar gosip ura-ura mereka akan bercerai. Jadi, mereka memanggil wartawan untuk membuat temuramah bagi membersihkan gosip tersebut
Si suami sudah tidak tahan dengan perkahwinan tersebut terlebih lagi apabila dia baru mengetahui bahawa isterinya telah membuat wasiat awal-awalnya sebelum berkahwin lagi supaya harta tidak akan jatuh kepada suaminya kelak apabila bercerai hidup atau mati
Dia baru mengetahui dan menyedari isterinya memperlakukan dia seperti kerbau dicucuk hidung. Dia akan senantiasa mengikut ke mana sahaja yang diajak oleh isterinya.
Petang itu, dia kecewa dan tidak lagi mahu mengikut isterinya berpergian
Kehidupan rumah tangga mereka tidak bahagia. Dia tinggal bersama ibu bapanya, mak cik, pak ciknya dan datuk bersama teman wanitanya di bawah satu bumbung. Semua perayaan disambut situ termasuk perayaan mengingati kematian datuk moyang sebanyak 15 kali setahun yang mana semua menantu lelaki terlibat menyediakan semua perkhidmatan manakala anak lelaki mereka malas untuk menyertai mereka menyediakan persiapan majlis tersebut
Tempat kerjanya di bawah isterinya sebagai CEO. Beliau sebagai ketua pegawai undang-undang
Beliau pulang ke kampung seketika untuk menenangkan fikiran. Namun teruk dimarahi oleh kakaknya kerana semua perayaan tidak balik dan yang paling penting ialah tidak balik semasa sambutan hari jadi bapanya yang ke-60 tahun
Apabila beliau menyatakan hasratnya mahu bercerai seluruh keluarganya membantah. Kakak dan abangnya mengungkit pasal pengorbanan yang mereka telah lakukan bagi memberikannya laluan untuk masuk universiti dan mempunyai peluang masa depan yang cerah. Apabila berkahwin dengan anak tokoh terhebat, lagilah besar dan cerah masa depannya
Beliau nekad untuk bercerai apabila mahu berbincang dengan isterinya. Namun, hasratnya itu terpaksa dipendam apabila isterinya menyatakan dia akan mati 3 bulan lagi. Berkali-kali dia menanyakan isterinya seakan dia tidak percaya apa yang didengarinya walaupun isterinya bercakap jelas, terang dan tepat (straight to the point).
Beliau berjanji akan melayani sebaiknya isterinya sepanjang 3 bulan tersebut
Bersambung.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sha-myheart.blogspot.com/2024/08/kisah-rumahtangga-yang-sedih-1.html