Kisah Romantik Wanita Bandar Lelaki Desa 3 Sebab Kena Layan Hometown Cha Cha Cha
Dah masuk bulan Ogos, maknanya semakin dekat kita dengan tayangan drama terbaru Kim Seon-ho dan Shin Min-ah iaitu “Hometown Cha Cha Cha”.
Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.
Dah nampak keserasian antara dua pelakon ini, ramai yang dah tak sabar nak menyaksikan gandingan mereka serta plotnya yang menarik.
Pertemuan dua watak yang menyenangkan
Plot drama ini mengisahkan gadis bandar, Yoon Hye-jin dan pakar pelbagai kerja kampung, Hong Doo-shik. Disebabkan dua watak yang berbeza personaliti berjumpa, mesti ramai sangkakan pertemuan itu menzahirkan rasa yang akan membuatkan penonton berdebar. Walaubagaimanapun, kisah romantik mereka akan bercambah sedikit demi sedikit berdasarkan hati masing-masing. Jadi, proses perubahan perasaan itu dan bagaimana mereka merasai perasaan berbeza akan menjadi kunci utama kepada drama ini.Setiap watak mempunyai persona tersendiri namun apabila kedua watak itu bersama, sinergi bercambah mereka akan membuatkan semua berasa teruja.
Lagi pula, penduduk kampung juga akan disukai semua. Setiap watak mempunyai kisah tersendiri, daripada kanak-kanak sehingga nenek berusi 80 tahun dan bagaiman mereka semua sesuai bersama akan menjadi perhatian bagi penonton. Apabila Hong Doo-shik dan Yoon Hye-jin membina hubungan dengan penduduk kampung yang lain, drama ini akan menjadi lebih sempurna.
Gabungan kisah romantik dan kehidupan seharian
Salah satu kunci utama yang membezakan drama ini dengan naskhah yang lain ialah bagaiman kisah menyejukkan hati penduduk kampung yang akan menambah perisa kepada hubungan di antara watak utama. Bukan hanya menjadi kisah sampingan, cerita penduduk itu akan memberikan pandangan yang mendalam kepada hubungan Yoon Hye-jin dan Hong Doo-shik. Sementelah wanita itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di desa sambil membina hubungan dengan Hong Doo-shik, kisah masyarakat di situ akan menjadi sumber ketawa selain tangisan dan kesakitan buat penonton.
Sebagai hasilnya, penonton akan tertanya-tanya sama ada genre drama ini boleh dikategorikan sebagai romantik yang menyembuhkan. Malah ianya menarik perhatian ramai memandangkan kisah ini akan digabungkan secara semula jadi bagi menetapkan latar belakang kepada perkampungan persisiran pantai yang tenang dan cantik itu. Bukan sahaja dipenuhi kisah yang membuatkan hati berdebar, malah penonton juga pastinya akan tenang apabila menonton drama ini.
Pertemuan ‘sifu’ keserasian
“Hometown Cha Cha Cha” diarahkan oleh Yoo Je-won, di mana dia dikenali kerana pengarahannya yang sensitif dan terperinci sehingga melahirkan pelbagai drama popular seperti “Oh My Ghostess” dan “Tomorrow With You”. Merupakan kali kedua lelaki ini bekerja dengan Shin Min-ah selepas drama “Tomorrow With You”, peminat tak sabar menantikan gabungan tenaga antara mereka berdua lagi. Ditambah pula dengan kemampuan Kim Seon-ho untuk menjayakan pelbagai hubungan termasuklah ‘bromance’ dipenuhi pertelingkahan dan barisan pelakon lain untuk drama ini, pastinya “Hometown Cha Cha Cha” akan merebut hati penonton.
Apa macam? Mesti dah tak sabar nak tengok kan?
Nantikan “Hometown Cha Cha Cha” di Netflix pada 28 Ogos okay?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kisah-romantik-wanita-bandar-lelaki-desa-3-sebab-kena-layan-hometown-cha-cha-cha/