Kisah Romantik Ringan Rating Drama Lonely Enough To Love Kian Menaik
Siapa yang minat drama romantik yang ringan dan tak memeningkan, anda mesti tonton drama baru “Lonely Enough To Love” di MBC.
Sinopsis “Lonely Enough To Love”
Drama ringan ini membawa kisah orang muda yang tinggal di dalam rumah kongsi yang sama. Mereka mahu bercinta tetapi tak sukakan sesuatu yang serius. Mereka suka bebas tapi takut apabila bersendirian.
Cha Kang-woo (Ji Hyun-woo) ialah seorang lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai seorang pakar psikiatri. Dia sangat teruja ingin mengetahui tentang kehidupan manusia. Walaupun seorang yang kacak tetapi lelaki ini tak sukakan hubungan romantik kerana trauma dengan kisah silamnya. Pun begitu, perkenalan dengan seorang wanita baru berjaya membuka pintu hatinya yang sudah sekian lama tertutup.
Lee Na-eun (Kim So-eun) pula ialah seorang editor yang bekerja secara sendiri. Meskipun baik dengan orang lain tapi dia tak sukakan ketidakadilan. Mempunyai impian untuk menjadi novelis suatu hari nanti tapi kerana situasinya yang tidak dijangka, dia sudah pun hidup solo selama 4 tahun. Mulakan kehidupan di sebuah rumah kongsi, wanita itu mula merasai semua kehangatan rasa cinta.
Kisah romantik ringan
Sebenarnya dalam diam, ramai sahaja yang suka tonton K-Drama yang ringan seperti “Lonely Enough To Love” ini. Bukan apa, kadang-kadang terbeban dengan masalah seharian jadi ramai yang menjadikan ‘dunia K-Drama’ sebagai tempat untuk lari daripada dunia realiti.
Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak bertenang apabila menonton drama! Naskhah ini juga dibarisi oleh pelakon berbakat iaitu Kim So-eun yang terkenal daripada “Boys Over Flower” dahulu dan juga Ji Hyun-woo yang turut mencipta nama daripada drama “Queen Inhyun’s Man”.
Meskipun hanya mampu meraih rating sebanyak 0.6% pada awal tayangan tetapi ia meningkat naik dengan banyak semasa tayangan episod keduanya (17 Ogos). Catatan rating untuk episod terbarunya ialah 2.3% dan 2.8%. Nampaknya ramai yang dah mula menunjukkan minat pada “Lonely To Be Enough”!
Yang sedihnya cuma drama ini hanya menayangkan satu episod setiap minggu iaitu pada hari Selasa sahaja. Apa pun, jangan lupa menonton drama ini sekiranya anda sukakan drama romantik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kisah-romantik-ringan-rating-drama-lonely-enough-to-love-kian-menaik/