Kisah Pilu 6 Beradik Kematian Ibu Akibat Covid 19


GAMBAR kenangan Faridah Omar bersama lima daripada enam orang anaknya.


SUNGAI PETANI: “Jaga adik-adik dengan baik dan dengar semua nasihat nenek.”

Itulah pesanan terakhir seorang ibu, Faridah Omar, 35, kepada salah seorang anaknya, Muhd. Syakir Safwan Muhd. Saifol, 10, sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

Faridah yang tinggal di Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini mempunyai enam orang anak berusia antara empat tahun hingga 15 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Menurut Muhd. Syakir, dia tidak menyangka ungkapan itu merupakan pesanan terakhir ibunya sebelum meninggal dunia.

“Saya akan mengingati pesanan ibu saya itu demi masa depan kami semua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Nipah, semalam.

Dua abang Muhd. Syakir adalah Muhd. Afiq Ikhwan, 15, dan Muhd Aidil Asraf, 14, serta tiga lagi adiknya, Muhd. Syafiq Haikal, 8, dan Muhd. Faris Iskandar, 6, dan Muhd. Amsyar Hakimi, 4.

Tambahnya, dia sedih dengan kehilangan ibu ketika semua adik-adiknya masih kecil dan memerlukan kasih sayangnya.

“Kami kini kehilangan orang tersayang yang menjadi tempat kami adik beradik bergantung,” katanya.

Menurutnya, dia bersama ibunya dan dua adiknya, Muhd. Syafiq Haikal dan Muhd. Faris Iskandar sebelum ini menetap di rumah datuk dan neneknya, Omar Ahmad, 70, dan Che Gayah Hamzah, 69, di Kampung Teluk Nipah sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, abangnya, Muhd. Afiq Ikhwan dan Muhd. Aidil Asraf serta adik bongsunya, Muhd. Amsyar Hakimi pula tinggal dan dipelihara keluarga angkat yang mempunyai talian persaudaraan di Pulau Pinang.

Katanya, mereka terpaksa berjauhan selepas ibu dan bapa mereka tinggal berasingan ekoran masalah rumah tangga.

Sementara itu, emak saudara Muhd. Syakir, Siti Farahana Omar, 31, berkata, Faridah yang bekerja sebagai seorang operator di sebuah kilang di Pulau Pinang membuat ujian saringan di sebuah klinik swasta pada Sabtu lalu selepas demam.

“Keputusan ujian itu positif Covid-19 dan sejak itu, Faridah hilang selera makan sebelum me­ngalami sesak nafas, sakit dada dan pening yang teruk,” ujarnya.

“Pada Isnin, Faridah telah dikejarkan ke HSAH selepas kesihatannya semakin merosot dan keadaannya semakin kritikal ketika menerima rawatan di ICU.

“Bagaimanapun pada pukul 8.30 pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada doktor bertugas mengatakan kakak saya itu telah meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi akibat Covid-19,” ujarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/kisah-pilu-6-beradik-kematian-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini Angka Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 1 500 Kasus

Hari Ini Angka Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 1 500 Kasus

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 285 hits
Jumlah kasus aktif hingga hari ini bertambah menjadi 30 625 kasus di seluruh Indonesia Daerah yang paling banyak menyumbang jumlah kasus aktif adalah Jawa Tengah dengan total 4 980 kasus dan Jawa Barat sebanyak 3 174 kasus
Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 297 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya Lebih memilukan ibunya dikatakan meninggal dunia dalam keadaan hamil lima bulan pada Isnin ...
Ibu Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Ebi Kornelis Dan Bapa Juga Positif Masih Jalani Kuarantin

Ibu Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Ebi Kornelis Dan Bapa Juga Positif Masih Jalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 479 hits
Ebi Kornalis bersama ibu dan bapanya dijangkiti Covid 19 DUGAAN buat penyanyi Ebi Kornelis apabila ibunya iaitu Reni Bakar meninggal dunia di usia 81 tahun pada Selasa akibat Covid 19 di Unit Isolasi Hospital Queen Elizabeth 1 Sabah Lebih m...
Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 443 hits
Ibu meninggal dunia akibat Covid 19 Ebi Kornelis dan bapa juga positif masih jalani kuarantin KOTA KINABALU Ibu penyanyi dan pelakon Ebi Kornelis iaitu Reni Bakar 81 meninggal dunia akibat Covid 19 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu ...
Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 397 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya
Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

Kasih Pak Long Tpm Bantu Lapan Beradik Yatim Piatu Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 325 hits
Kasih Pak Long TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid 19 Nazurah Nabilah Benyajeed 19 bersama tujuh adik beradik lain yang kisahnya tular selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 baru baru ini akan diserap masuk menjadi anak an...
Selepas Ayah Ibu Irwansyah Pula Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Selepas Ayah Ibu Irwansyah Pula Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 331 hits
Belum hilang duka dan kesedihan kehilangan ayah Umar Efendi akibat COVID 19 pada 8 Julai lalu hari ini pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia Irwansyah terpaksa melepaskan ibunya pula Herlianah Herlianah dilaporkan menghembuskan nafas tera...
Hiburan Dugaan Lagi Ibu Dan Adik Beradik Achey Kini Positif Covid 19

Hiburan Dugaan Lagi Ibu Dan Adik Beradik Achey Kini Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 438 hits
Pelawak Achey dari kumpulan Bocey memaklumkan bahawa ibu tercinta serta dua adik beradiknya yang lain telah disahkan positif COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMaklum Achey lagi keputusan ujian saringan COVID 19 yang diterima semalam t...
Saya Sempat Ajar Ibu Mengucap Ibu Tunggal Temui Ajal Akibat Radang Paru Paru 5 Beradik Hilang Tempat Bergantung

Saya Sempat Ajar Ibu Mengucap Ibu Tunggal Temui Ajal Akibat Radang Paru Paru 5 Beradik Hilang Tempat Bergantung

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 309 hits
Lima beradik di Kampung Bukit Depu Terengganu dirundung kesedihan selepas ibu yang merupakan satu satunya tempat mereka bergantung hidup dan bermanja kini telah pergi buat selama lamanya Ibu menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan saya ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point