Kisah Pesalah Termuda Dihukum Mati Dengan Kerusi Elektrik Didakwa Jadi Mangsa Kerana Berbeza Warna Kulit


21 Oktober lalu merupakan ulangtahun kelahiran George Stinney Jr, individu termuda dikenakan hukuman mati di Amerika Syarikat dalam abad ke-20.
George, 14 dihukum maut dengan kejutan elektrik sekuat 5,380 volt atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia yang dituduh membunuh dua kanak-kanak berlainan warna kulit mengaku tidak bersalah dan sentiasa membawa Bible di tangannya setiap kali perbicaraan.
Nasib malang menimpa remaja itu apabila jasad Betty, 11 dan Mary, 7 ditemui tidak bernyawa dalam keadaan mengerikan akibat dihentak paku landasan keretapi (railroad spike) dan dibuang berhampiran kediaman George sekeluarga di pekan Alcolu, South Carolina.
Ketika itu, kejiranan golongan berkulit putih dan hitam di pekan berkenaan dipisahkan dengan landasan kereta api.
Mary (kiri) dan Betty dibunuh menggunakan paku landasan keretapi (gambar contoh) Sehari sebelum ditemui maut, Mary dan Betty telah berbasikal berhampiran landasan berkenaan dan bertanya kepada George itu lokasi untuk memetik bunga maypop.
George yang ketika itu bersama adik perempuannya (Amie) membawa lembu peliharaan mereka meragut rumput memberitahu kedua-dua kanak-kanak itu bahawa mereka tidak tahu lokasi yang dimaksudkan.
Mary dan Betty kemudiannya pergi meninggalkan mereka.
Sebagai saksi terakhir yang melihat kedua-dua mangsa ketika mereka hidup, George ditahan bersama abangnya semasa ibu bapa mereka tiada di rumah.
Abangnya dilepaskan manakala George terus ditahan sebagai suspek utama.
Kredit: The New York Times Menurut portal Post and Courier, terdapat kisah lain yang menyatakan Mary dan Betty telah mengajak seorang wanita untuk menyertai mereka mencari bunga berkenaan. Namun wanita tersebut menolak.
Anak lelaki wanita itu yang sedang mengeluarkan barang daripada trak kemudian mengajak kedua-dua kanak-kanak itu mencari bunga yang dimaksudkan.
Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan itu langsung tidak dijadikan suspek oleh pihak polis.
Pendakwaan tidak adil Ketika perbicaraan sedang dijalankan, kesemua juri terlibat terdiri daripada satu kaum. Perbicaraan pula hanya berlangsung selama 2 jam manakala keputusan dikeluarkan dalam tempoh 10 minit sahaja.
Sepanjang 81 hari dipenjarakan sebelum menerima hukuman, George dilarang untuk bertemu orang tuanya. Dia dikurung dalam sel sejauh 80km dari rumahnya dan dibicarakan tanpa ibu bapa serta peguam di sisi disebabkan peraturan yang melarang individu berkulit hitam memasuki kawasan perbicaraan.
Berikutan ketegangan yang timbul di kejiranan akibat pembunuhan kejam itu, keluarga George menerima kecaman orang sekeliling sehingga memaksa mereka membawa diri.
George ketika menuju ke bilik eksekusi. (Kredit: LipstickAlley.com) Hari eksekusi Dengan ketinggian kurang 5 kaki pada ketika itu, George terpaksa didudukkan di atas buku agar kepalanya dapat mencapai ‘topi’ yang bakal ‘memasak’ otaknya di atas kerusi elektrik yang sepatutnya diduduki orang lain.
Disebabkan saiznya yang kecil dan tidak sesuai dengan kerusi khusus diciptakan buat orang dewasa, petugas eksekusi menghadapi kesukaran untuk mengikat kakinya dengan kemas pada kerusi. Besi elektrod terlalu besar untuk kakinya.
George akhirnya meninggal dunia setelah hampir 4 minit elektrik berkuasa tinggi disalurkan ke dalam badannya.
Kredit: FitNews Topeng muka yang dipakainya terjatuh, menampakkan wajahnya yang menahan kesakitan dengan air mata dan mulut yang berbuih. Matanya terbuka.
Salah seorang paderi yang diminta hadir oleh bapa George sebagai wakil, Lloyd Batson berkata, dia dapat menghidu bau daging terbakar ketika kejadian.
“Saya masih dapat menghidu bau terbakar,” kata Lloyd bertahun selepas menyaksikan eksekusi itu.
Kes dibuka semula selepas 70 tahun Pada 2014, seorang peguam muda berusia 24 tahun, Matt Burgess bersama majikannya, Steve McKenzie mendapati terdapat kelompongan dalam kes berkenaan.
Pertamanya, objek yang digunakan dalam pembunuhan tersebut agak berat (lebih 19 kg) untuk diangkat remaja berusia 14 tahun berbadan kecil itu, apatah lagi untuk menghentakkannya dengan kuat pada kepala kedua-dua mangsa sehingga membunuh mereka.
Berita pembukaan semula kes George sampai ke pengetahuan salah seorang paderi yang pernah menyertai pencarian kanak-kanak yang hilang 70 tahun lepas, Francis Batson.
Francis yang berusia 15 ketika itu menceritakan bahawa mereka menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan digenangi air. Menurutnya, mayat mangsa ditemui dengan keadaan tidak banyak darah walaupun mengalami kecederaan serius di kepala.
Lokasi penemuan Betty dan Mary suatu ketika dahulu. (Kredit: Post and Courier) Hal ini menimbulkan keraguan bagi seorang remaja 14 tahun untuk mengheret kedua-dua mangsa ke lokasi berkenaan pada waktu tengah hari tanpa disedari orang lain.
Batson yang menarik mangsa pembunuhan kejam itu keluar daripada tempat berkenaan diminta pulang ke rumah dan tiada pihak berkuasa yang mendatanginya untuk meminta maklumat.
Selain itu, dakwaan anggota polis yang menyatakan George mengaku membunuh kedua-dua mangsa tersebut turut disangkal.
Keluarga serta beberapa organisasi gereja tempatan, dan National Association for the Advancement of Colored People (NAACP) telah menulis surat kepada Gabenor Olin D. Johnson untuk meringankan hukuman ke atas George.
Namun Johnson mendakwa George telah mengaku membunuh kanak-kanak perempuan yang lebih muda dan ingin memperkosa mangsa yang berusia 11 tahun.
Walaubagaimanapun laporan perubatan tidak menemui tanda-tanda diperkosa melainkan lebam pada kawasan sulit yang dipercayai kerana menunggang basikal.
Bahkan, kewujudan pengakuan bertulis itu juga tidak dapat dibuktikan.
Selain itu, pada 17 Disember 2014, Hakim South Carolina, Carmen T. Mullen mengesahkan bahawa penghakiman pada ketika itu tidak adil apabila hanya melibatkan juri semuanya satu warna kulit.
Beliau mendakwa pengakuan George ketika itu kemungkinan akibat dipaksa dan tidak boleh dipercayai berikutan wujud perbezaan kuasa dan kedudukan antara remaja 14 tahun yang disoal siasat pihak berkuasa.
Carmen turut mendakwa peguambela yang dilantik mahkamah seakan-akan tidak menjalankan peranan sepenuhnya untuk mempertahankan George.
Kredit: Vintage Everyday Akibatnya, George Stinney Jr. telah maut terhukum atas jenayah yang tidak dilakukannya. Mayatnya telah dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda di belakang gereja.
Kisah tragis ini telah dilakarkan di dalam buku bertajuk The Green Mile oleh Stephen King dan dijadikan salah sebuah filem bertajuk The Current pada 2017.
Tragedi ini digelarkan media antarabangsa sebagai satu jenayah, tiga mangsa kanak-kanak- Mary, Betty dan George.
Berikut adalah lakonan semula bagi menggambarkan detik ‘hukuman’ dijalankan.

Sumber: Post and Courier, Good Films Make Your Life Better, Washington Post, Vintage Everyday


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/23/videokisah-pesalah-termuda-dikuhum-mati-dengan-kerusi-elektrik-didakwa-jadi-mangsa-kerana-berbeza-warna-kulit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesalah Homoseksual Akan Dihukum Mati Menteri Uganda

Pesalah Homoseksual Akan Dihukum Mati Menteri Uganda

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 362 hits
Uganda telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan semula rang undang undang yang akan membawa hukuman mati bagi pesalah homoseksual di negara Afrika Timur Undang undang tersebut dikenali sebagai Rang Undang undang Membunuh Golongan Ga...
Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 382 hits
Kalau korang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warga Britain yang merupakan seorang pedofil dan telah mencabul lebih 200 orang kanak kanak Malaysia dan Kemboja Akibat dari itu dia telah dipenjara dan menja...
7 Kisah Tragis Mangsa Ahlong Dari Fail Ppim

7 Kisah Tragis Mangsa Ahlong Dari Fail Ppim

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 580 hits
7 Kisah Tragis Mangsa Ahlong Dari Fail PPIM Kematian mengejut seorang lelaki berbangsa Cina pertengahan tahun lalu mendapat perhatian PPIM apabila pihak kami sendiri turut terpalit diatas kematiannya Hasil siasatan pihak PDRM mendapati pang...
Kisah Lalat Dan Semut Ubah Caramu Untuk Takdir Yang Berbeza

Kisah Lalat Dan Semut Ubah Caramu Untuk Takdir Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 1012 hits
Kisah Lalat Dan Semut Ubah Caramu Untuk Takdir Yang Berbeza Bila kita mengharapkan sesuatu hasil yang luar biasa adakah kita perlu berdiam dan masih melakukannya dengan cara lama Berusaha ala kadar sahaja Jika kamu keluarkan modal RM100 kam...
Kisah Si Kerbau Mati Gara Gara Sebuah Kata Fitnah

Kisah Si Kerbau Mati Gara Gara Sebuah Kata Fitnah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 435 hits
1 Sepulang dari sawah Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang kawan saya sangat penat besok nak rehat sehari 2 Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok Tadi say...
16 Termasuk Pengetua Madrasah Dihukum Mati Kerana Bunuh Remaja Dengan Bakar

16 Termasuk Pengetua Madrasah Dihukum Mati Kerana Bunuh Remaja Dengan Bakar

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 518 hits
Reuters Tertuduh dibawa keluar dari premis mahkamah selepas dijatuhi hukuman mati di Feni Bangladesh 24 Okt 2019 DHAKA Seorang pengetua sekolah agama di Bangladesh adalah antara 16 orang dijatuhi hukuman mati hari ini atas tuduhan membunuh ...
Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 2089 hits
Jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini lapor Harian Metro Majistret Siti Hajar Ali membuat...
Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 334 hits
Di dalam dunia perubatan terdapat banyak usaha untuk mencari organ gantian kerana umum diketahui tidak banyak manusia yang menderma Oleh itu antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan organ dari khinzir Terkini pen...
Bunuh Rakan Kerana Komplen Masakan Tak Sedap Tertuduh Dihukum Gantung Sampai Mati

Bunuh Rakan Kerana Komplen Masakan Tak Sedap Tertuduh Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 468 hits
Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rosli Naqur G...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner