Kisah Perempuan Pisau Cukur



SELAMA ini Bro hanya mendengar sahaja mengenai kisah perempuan menjadi 'pisau cukur'. Perempuan macam ni mereka tidak ikhlas untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. Mereka hadir dalam hidup lelaki itu untuk sementara bagi mengikis kekayaan lelaki berkenaan.
Demi untuk hidup mewah juga perempuan 'pisau cukur' ini seolah-olah sudah tidak mempunyai harga diri, bagi mereka apa yang penting ialah wang, wang dan wang. Demi wang juga mereka akan merelakan tubuh mereka dijamah oleh lelaki yang akan 'dicukur' oleh mereka itu, apalah ada kepada aksi yang tidak mungkin sampai 30 minit berbanding ribuan ringgit yang akan mereka kebas daripada lelaki tersebut

Bro bukannya hendak memburukkan kaum perempuan, biarpun hakikatnya ramai di antara mereka berperangai buruk tetapi ini pengalaman Bro sendiri apabila dapat berbual-bual dengan seorang wanita yang mengorbankan dirinya menjadi 'pisau cukur' semata-mata untuk hidup mewah

Melihat wajahnya Bro akuilah dia ada sedikit kecantikan yang boleh dijadikan modal untuk mencairkan kaum lelaki tetapi dia bukan taste Bro jadi Bro tidak ada apa-apa nafsu ketika berbual panjang dengannya. Memanglah sebahagian kaum perempuan memang suka menggunakan kecantikan anugerah Tuhan untuk kepentingan mereka tetapi yang selalu Bro jumpa ialah yang perasan cantik dan tubuh menarik inilah masalahnya

Oklah Bro nak kembali kepada kisah perempuan 'pisau cukur' tu yang menjadikan seorang yang dianggap bertaraf VVIP sebagai sasaran. Biarlah Bro perkenalkan dia sebagai Isabella. Kalau dari segi tubuh, Bro fikir Isabella tidak ada apa-apa keistimewaan tetapi disebabkan dia memakai baju dan seluar ketat nampaklah menarik, bagaimanapun Bro yakin kalau ditanggalkan semua pakaian tu, tubuhnya tak ubah seperti tepung roti nan yang sedang diuli

Menurut Isabella, dia memang ingin hidup mewah, kalau hendak diharapkan gaji sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta memang tak cukup. Oleh itu Isabella menjadikan VVIP yang kaya sebagai sasaran dan usahanya berjaya
Seorang VVIP yang bertaraf jutawan termasuk dalam perangkapnya. Sebagai 'modal' permulaan dia merelakan VVIP yang jauh lebih berusia daripadanya menjamah tubuhnya di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara

Apabila Bro tanya dia tak menyesalkah berbuat demikian jawapannya, ''Ala Bro, bukannya lama sangat tak sampai 15 minit pun orang tua dah terkulai, yang penting lepas tu aku dapat apa yang aku hajat."
Pujuk rayu
Memang dia berjaya, melalui pujuk rayunya VVIP tersebut bukan sahaja bersedia memberikan wang tunai mencecah beribu-ribu ringgit bila-bila masa malahan juga barang kemas. Kini Isabella yang berasal dari sebuah negeri di pantai timur sedang berusaha pula untuk mendapatkan kereta mewah dan sebuah banglo. Bila Bro tanya adakah itu akan menjadi kenyataan, Isabella menjawab, tak ada masalah punya sebab VVIP tu memang sayang kat aku, apa aku minta dia akan beri, yang mustahak bila dia nak 'benda tu' aku kena serahkan, kadang kala bila aku tidak ada mood, aku akan beri alasan tengah uzur, dia ok saja."
Bagi Isabella, tiada soal kasih, sayang atau cinta terhadap VVIP yang dipanggil 'abang' itu biar pun VVIP berkenaan sudah menjangkau hampir 60 tahun

''Bro, kau jangan kata aku sahaja jahat, ramai perempuan yang macam tu, malahan ada antara mereka lebih teruk sebab bertudung litup tetapi perangai macam syaitan, depan orang buat perangai macam ahli syurga, belakang orang hantu raya," kata Isabella menyambung perbualan sambil menyedut rokoknya dalam-dalam

Sememangnya Bro tahu ramai perempuan yang hipokrit di dunia ini dan di kalangan kita pun ramai tetapi sikap hipokrit sehingga sanggup menjadi 'pisau cukur', Bro fikir dah melampau
Bagi Bro, maaf cakaplah, perempuan yang menjadi 'pisau cukur' ini baik sikit saja daripada pelacur, kalau perempuan jalanan mereka menggadaikan tubuh kepada sesiapa sahaja tetapi perempuan pisau cukur hanya berbuat demikian untuk orang tertentu sahaja. Tetapi dari segi maruah, memang kedua-dua kelompok tidak ada maruah apatah lagi kalau dia perempuan Melayu dan beragama Islam

Di akhir perbualan Bro bertanya lagi sampai bila dia akan terus menjadi perempuan murahan dengan menggadaikan segala-galanya demi untuk hidup mewah

''Tunggulah dulu, aku masih belum puas, banyak lagi yang aku hendak beli dan miliki, kalau VVIP tu dah bosan dengan aku, aku akan cari orang lain pula, lagi pun aku dah standby 'pengganti' VVIP tu," kata Isabella penuh bangga

Bro hanya menarik nafas panjang mendengar pengakuan berani Isabella. Inilah masalah perempuan, kalau mereka dapat pergunakan seseorang lelaki, mereka akan pergunakan habis-habisan
Segala anugerah Tuhan kepada mereka disalahgunakan untuk mencari jalan yang tidak diredai oleh-Nya. Bro yakin ramai lagi perempuan macam Isabella kerana sebahagian perempuan tidak ada kerja lain, selain menggoda lelaki untuk hidup senang

Kredit : Utusan Malaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lamanqaseh.blogspot.com/2018/10/kisah-perempuan-pisau-cukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 961 hits
Assalamualaikum w b t BismillahirahmanirahimPada suatu hari Rasulullah S A W mengumpulkan kaumnya dan baginda berkata Aku adalah utusan Allah kepada kamu sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih oleh itu selamatk...
10 Tanda Wanita Pisau Cukur

10 Tanda Wanita Pisau Cukur

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1366 hits
1 Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya 2 Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut manis dan bijak berkata kata Pada mulanya si dia tidak minta apa apa ...
Kisah Sebenar Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Lidi Motosikal

Kisah Sebenar Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Lidi Motosikal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 989 hits
Kerteh Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian seragamnya terbelit di celah lidi...
Di Pertemuan Imf World Bank Jack Ma Cerita Kisah Pahit Dirikan Alibaba

Di Pertemuan Imf World Bank Jack Ma Cerita Kisah Pahit Dirikan Alibaba

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 228 hits
Dalam acara ini dia menyebut bahwa jika dirinya bisa sukses maka kebanyakan orang pasti bisa Sebab dulu Jack Ma tak punya modal sama sekali saat mendirikan Alibaba
Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 343 hits
Tamat sudah aktiviti melancong ke Vietnam 5 hari 4 malam memang awesome Ini kali pertama kali kami sini dan agak kelam kabut dari beberapa segi seperti pemilihan hotel harga barangan Vietnam serta beberapa hal yang perlu kamu ketahui semuan...
Kisah Osin Gadis 15 Tahun Yang Menjadi Menteri Kabinet Jokowi

Kisah Osin Gadis 15 Tahun Yang Menjadi Menteri Kabinet Jokowi

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 332 hits
Osin memulai aktivitas di kediaman Menko Maritim di kawasan Widya Chandra lalu bergerak ke kantor Kemenko Kemaritiman Persis sama dengan kegiatan Menko Luhut sederet rapat pimpinan maupun rapat koordinasi dengan empat kementerian di bawah k...
Beginilah Kisah Mengharukan Si Kembar Siam Yang Berbagi Tubuh Selama 70 Tahun

Beginilah Kisah Mengharukan Si Kembar Siam Yang Berbagi Tubuh Selama 70 Tahun

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 301 hits
Bagi sebagian orang tidak selamanya hidup dengan saudara selalu akur dan damai Ada kalanya sebuah pertengkaran terjadi terlebih ketika masih masa kanak kanak Nah ketika sebuah pertengkaran terjadi biasanya untuk menghindarinya dua saudara i...
Kisah Heroik Lima Jurnalis Kota Palu Antara Profesionalisme Dan Kemanusiaan

Kisah Heroik Lima Jurnalis Kota Palu Antara Profesionalisme Dan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 233 hits
Terselip kisah heroik yang dilakukan lima jurnalis televisi saat tsunami dahsyat di Pelabuhan Pantoloan Mereka mengabarkan peristiwa bencana sekaligus menolong para korban
Besar Atau Kecil Isa Tak Kisah Yang Penting Menang

Besar Atau Kecil Isa Tak Kisah Yang Penting Menang

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 382 hits
PRK PD Bekas MB Negeri Sembilan juga teruja kerana menjadi satu satunya calon yang layak mengundi di PRK Port Dickson
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga