Kisah Nadir Yang Bersyukur Atas Usaha Pmx




 





Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya disatukan. 


Penghargaan tidak terhingga buat sahabat saya Presiden Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama yang diberikan.


NADIR AL NAURI


183 Hari Yang Panjang :


Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.


Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari. Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam.


Hasbunallah Wani'mal Wakeel


Dengan segala ujian, Allah pasti bersama kita kerana Dialah selayaknya wakil susah senang hambanya..


Kisah bermula saat G sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri. Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.


Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas 'saya akan bantu' dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.


Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan 'Kepada Allah jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.


Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tn Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di G. 


Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.


Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan..


Saya sudah biasa melalui perang di G, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. Tetapi misi ini saya katakan 'Misi Gila' kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.


Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.


Tetapi watak utama dalam 'Misi Gila' ini adalah Perdana Menteri kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri!


Suka beliau atau tidak, dalam soal P umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti.


Tindakan PMX menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hms dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa.


Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.


Untuk PMX, PMO, (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.


Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kisah-nadir-yang-bersyukur-atas-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Nadir Ni Bukan Isu Terpencil Sebelum Ini Pun Pmx Dah Bantu Kerajaan Thailand

Kes Nadir Ni Bukan Isu Terpencil Sebelum Ini Pun Pmx Dah Bantu Kerajaan Thailand

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 57 hits
Rupanya kes tu bukan kes terpencil Sebelum ni pun ada kes kes termasuk ketika DS Anwar masih lagi Bayangkanlah sebagai hanya Ketua Pembangkang pun DS Anwar mampu lakukan Lebih menarik juga turut dapatkan bantuan DS Anwar untuk Ini sekali gu...
Terkini Pas Hargai Usaha Pmx Muhyiddin Tetap Mahu Dibebas Suspek Te

Terkini Pas Hargai Usaha Pmx Muhyiddin Tetap Mahu Dibebas Suspek Te

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 90 hits
1 Jana Wibawa Muhyiddin mohon 5 hakim dengar semakan 2 Terima kasih PM satukan keluarga Nadir Al Nuri Fadhli 3 Rafidah tegur ahli politik tabur pasir dalam periuk nasi orang 4 Wanita UMNO gesa kerajaan ambil tindakan terhadap Hezry Yasin 5 ...
Selepas Usaha Panjang Akhirnya Kami Disatukan Nadir Al Nuri

Selepas Usaha Panjang Akhirnya Kami Disatukan Nadir Al Nuri

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 79 hits
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya lebih Bahagia buat Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman apabila akhirnya dapat menyambut lebaran bersama keluarganya di Malaysia nbsp Melalui perkong...
Kisah Cinta Permainan Atas Talian Moon Gayoung Choi Hyunwook Dilamar Terajui He S The Black Dragon

Kisah Cinta Permainan Atas Talian Moon Gayoung Choi Hyunwook Dilamar Terajui He S The Black Dragon

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 83 hits
Moon Ga young dan Choi Hyun wook dikatakan akan membintangi drama baru Artikel Berkaitan Pada 2 April media telah melaporkan bahawa Moon Ga young dan Choi Hyun wook akan membintangi drama adaptasi webtoon He s The Black Dragon yang kini sed...
Tular Kononnya Pmx Di Bebel Seorang Makcik Ini Video Original Nya

Tular Kononnya Pmx Di Bebel Seorang Makcik Ini Video Original Nya

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 74 hits
Tular kononnya video PMX terkedu dibebel seorang makcik semasa lawatannya di sebuah bazar kat Perlis semalam Yang Mak Naga up siap compress edited sound bagi vokal makcik tenggelamkan suara PMX supaya nampak PMX terkedu siap caption gempak ...
Ishhh Isshhh Ni Mesti Usaha Mahathir Kan

Ishhh Isshhh Ni Mesti Usaha Mahathir Kan

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 66 hits
W FAUDZINSelepas Perlis dapat peruntukan tambahan dari kerajaan pusat Kelantan pula dapat wang ehsan dari kerajaan pusat Ini semua usaha Mahathir selaku penasihat 4 negeri lebai kan
Pertempuran Pemberontak Myanmar Dan Junta Lambat Usaha Hantar Pulang Pelarian

Pertempuran Pemberontak Myanmar Dan Junta Lambat Usaha Hantar Pulang Pelarian

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 99 hits
IMPHAL Pertempuran antara pasukan pemberontak Myanmar dan junta pemerintah melambatkan usaha India untuk menghantar pulang pelarian tanpa izin dari negara jirannya yang memasuki negeri sempadan timur laut Manipur Menurut pegawai keselamatan...
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Jengah Kebun Melihat Tanaman

3 Top Rated Things To Do In Jakarta



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei

Arab Saudi Mahu Gencatan Senjata Kekal

Kembali Bersama Engku Emran Ini Jawapan Erra Fazira Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya