Kisah Motivasi Memahami Ayat Al Quran
Ada satu kisah seorang ulama besar, sebulan sebelum meninggal dunia nampak azab sangat. Dia sakit teruk sampai bernanah busuk.
Ada seorang anak murid dia cakap,
"Agak-agaknya Tok Guru kita ni amalan dia tak diterima sebab tu dia kena azab ni. Teruk sangat dia nak sakarat ni. Mungkin dia ada makan duit haram ke, duit pondok ke."
Sakitnya teruk, ada nanah dibelakang badan. Dah pergi berubat pun tak sembuh. Nanah tu membesar di bahagian pinggang sebelah kanannya. Bau busuk sangat sehingga tak ada siapa boleh tahan baunya.
Apa berlaku selepas itu
Pada waktu Subuh anak-anak muridnya bertemu ulama ni dalam keadaan sujud. Pada 4.30 pagi dia sujud lama sampai azan Subuh pun tak bangun-bangun
Tiba-tiba anak murid tolak, jadi dia jatuh dan rupanya dah meninggal dunia selepas azan Subuh tu.
Anak murid yang mulut cabul tadi, selepas kematian Tok Guru dia mimpi Tok Gurunya berpakaian cantik. Elok senyum.
Tok Guru tu cakap pada dia,
"Terima kasih, Alhamdulillah. Terima kasih, Alhamdulillah."
Dia pun susah hati seminggu lebih
Dia tanya orang-orang alim apa maksud mimpi dia.
Orang-orang alim ni jawab,
"Allah tak nak dia terima balasan di barzakh, Allah tak nak dia dimasukkan ke dalam neraka. Maka Allah balas semua dosa-dosa dia yang kecil ke yang besar Allah balas ketika dia hidup lagi."
Sakit sampai nanah membesar dan membusuk dalam masa lama.
Itulah keadaan Allah cuci semua dosa dia
Kenapa Tok Guru cakap Alhamdulillah dan terima kasih?"
Kami tak boleh tafsir kata-kata tu
Cuma ada seorang alim ni tanya,
"Kenapa agaknya Tok Guru tu cakap macam tu dalam mimpi awak
"Mungkinlah kamu teringat dekat dia, selalu doakan kebaikan untuk dia, kamu jadi anak murid paling baik dengan selalu beristhgfar dan jaga perkataan."
MasyaAllah Tabarakallah
Sahabat-sahabat, disebabkan mulut dia cabul, cakap main lepas sahaja, langsung tak ada tapis kemudian dia mimpi
Anak murid ni jadi orang yang bertaubat. Dia rasa ada teguran Allah dalam mimpinya. Dia baiki cara bercakap cabul tadi, sentiasa bercakap dalam keadaan berhati-hati.
MasyaAllah Tabarakallah
Begitulah kehidupan
Sahabat² ustaz, macam mana nak dapatkan hati yang baik ustaz dan menjaga percakapan dan akhlak kita
Ada satu syair Imam Nawawi sebut, ubat hati ada 5 perkara
Imam Nawawi ni seorang penghafaz hadis. Bermazhab Syafie. Dia selalu ke ladang-ladang kurma bertemu sahabat-sahabat untuk solat jemaah
Lepas solat jemaah dia sampaikan pengisian
Ada masa dia sampaikan hadis ada masa dia syair
Syair ni, penyanyi Opick daripada Indonesia jadikan lagu
"Ubat hati ada lima perkaranyaYang pertama baca Quran dan maknanyaYang kedua solat malam dirikanlahYang ketiga berkumpul dengan orang solehYang keempat perbanyakkan berpuasaYang kelima zikir malam berpanjangan."
Baca Quran bukan sekadar mengaji tanpa mengkaji. Tapi ustaz sedih, umat akhir zaman lebih suka menyanyi dan menari
Pada 1970 an ada seorang pakar Matematik, Prof Dr Gary Miller
Satu hari anak muridnya bangsa Arab genius dalam ilmu Matematik dapat PHD. Anak muridnya hadiahkan satu buku kerana Dr Gary telah hadiahkan dirinya ilmu. Dia ambil, rupanya Al Quran terjemahan Inggeris.
Dr Gary Miller kata sebelum ni dia koyakkan Bible, sebab dia temui banyak kesilapan.
"Aku akan buktikan AL Quran lebih banyak kesilapan berbanding Bible. Aku perlukan 3 hari sahaja." Azamnya dalam hati
Dr Gary Miller baca. Kata 3 hari. Dia ambil masa 3 minggu dia kaji
Akhirnya pada 1974 dia lafaz syahadah
Diantara orang yang banyak berdakwah adalah dia walaupun dia bekas pengkhutbah Bible.
Kadang-kadang janganlah kita pandang orang kafir itu kafir, tapi pandanglah orang kafir itu belum islam.
Antara orang yang peluk islam ketika itu kerana suka cara Dr Garry Miller ini ialah peninju terkenal Muhammad Ali
Itu baru satu ubat hati, baca quran dan maknanya impaknya besar. Bayangkan kalau kita buat semua 5 perkara ubat hati tadi
Jom kita ikhlaskan hati kita untuk baca Quran dengan makna.
Dr Gary Miller baca terjemahan sahaja dulu dapat hidayah
Kita yang dah berkali-kali khatam dalam bahasa Arab apa agaknya kesannya kalau baca tanpa baca terjemahan melayu
Tanya diri kita, bila kali terakhir kita KHATAM QURAN DALAM BAHASA MELAYU
Ustaz teringat kawan Ust, namanya Mr H Takano. Dia pengurus projek. Dalam bulan Ramadan dia tengok Ust baca Quran. "Apa yang kamu baca? Ustaz terangkanlah
Dia kata "Saya banyak tanya orang melayu, dia baca Quran tapi tak faham. Kenapa kamu perlu bazir masa baca sesuatu yang kamu tak faham?"
Oh betul juga kan
Tapi Allah tak gelarkan tu bazir masa, biar pun begitu Allah tetap beri pahala
Jom kita upgrade dalam hati kita untuk baca Quran dan terjemahannya. Ustaz merayu, lets go
Baca Quran jadi ini juga penawar hati yang sakit, hati yang mati yang bisa jadikan mulut berkata² jahat
"Ustaz ada tip tak nak jadikan Quran macam novel yang suka kita baca?"
Tip yang ustaz buat untuk rumah pemulihan ustaz. Ini teknik ustaz ya bukan daripada mana-mana ulama:
1. Mulakan baca terjemahan daripada Surah Al Furqan2. Kemudian Surah As Syu'ara3. Sampai Surah An-Nas4. Kemudian baca balik dari Al Fatihah sampai Al Furqan semula
Kita mulakan dengan baca kisah-kisah ahli syurga, neraka. Bestlah baca. Ada suspen semua. Kita akan rasa lain bila baca Quran
Jom pujuk hati, mulakan hari ini baca SURAT CINTA daripada TUHAN yang menciptakan cinta, yang membisikkan rindu.
Nak berbicara dengan Allah, solatlah
Ingin mendengar bicara Allah, bacalah Al Quran dan maknanya
#UstazHanafiMalek
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/10/kisah-motivasi-memahami-ayat-al-quran.html