Beberapa Isu Dalam Memahami Sifat Allah Taala


 


 BEBERAPA ISU DALAM MEMAHAMI SIFAT ALLAH TAALA

Muhammad Nuruddin Bin Bashah[1]

Isu-isu yang penulis masukkan dalam tulisan ini adalah isu yang kerap dibahas dalam dunia ilmu kalam dan juga merupakan persoalan penulis sendiri semasa mengharungi lautan mempelajar ilmu kalam.

Makna Salbiyah

Dalam Syarah Ummul Barahin Imam Sanusi berkata:

 

قَوْلُهُ: وَ الْخَمْسَةُ بَعْدَهَا سَلْبِيَّةً، يَعْنِيْ أَنَّ مَدْلُوْلَ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهَا عَدَمٌ، أَيْ لَا يَلِيْقُ بِمَوْلَانَا جَلَّ وَ عَزَّ، وَ لَيْسَ مَدْلُوْلُهَا صِفَةً مَوْجُوْدَةً فِيْ نَفْسِهَا كَمَا فِي الْعِلْمِ وَ الْقُدْرَةِ وَ نَحْوِهِمَا مِنْ سَائِرِ صِفَاتِ الْمَعَانِي الْآتِيَةِ.

 

“Ungkapan Matan (وَ الْخَمْسَةُ بَعْدَهَا سَلْبِيَّةً) maksudnya adalah, sungguh masing-masing madlūl-nya (cerminan) setiap satunya bangsa tiada. Ertinya tidak harus bagi Allah , dan tidak berupa sifat yang maujud dengan mempertimbangkan dirinya sendiri sebagaimana ‘ilmu, qudrah, dan sifat-sifat ma‘ānī dan ssmisalnya yang akan dijelaskan”.

Pengarang matan Ummul Barahin memilih pengertian sifat salbiyyah dengan wazan ifti’ala افتعال yang membawa maksud ‘insilab’  اِنسِلاب, yang membawa maksud ‘ternafi’. Hal ini adalah berdasarkan ta’rif salbiyyah نفيٌ ما لا يليق به   yang bermaksud “ternafi perkara yang tidak layak”, dan bukan  “menafikan perkara yang tidak layak”.

‘Menafikan’ adalah  terjemahan majoriti  ulama ilmu Kalam dalam manuskrip kitab-kitab ilmu tauhid Jawi.

Manakala pendekatan matan Bakurah al-Amani yang dikatakan kontroversi sebenarnya ia  mendefinsikan terjemahan  sifat salbiyyah ini selari dengan huraian al-Syeikh `Abdullah bin al-Hijazi dalam kitab Hasyiyah Syarqawi `ala al-Hudhudi alSyarqawi.

Hasyiah Syarqawi ala Syarah Hud hudi menyatakan:

قوله ومعنى سلبية : نفيية، احترز بذالك عن السلب بمعنى المسلوب كالشريك لله تعالى، فكما يطلق السلب على نفي امر لا يليق الخ، يطلق على مسلوب عن المولى تبارك وتعالى وليس مرادا هنا.

وقوله نفي اي انتفاء نقص

 

"Kata syarih makna salbiyyah itu nafyiyyah, terkecuali dari makna ini adalah penolakan dengan makna sesuatu yang ditolak (maslub) seperti sekutu bagi  Allah (yang dianggap setara Allah) seperti mengitlakkan penolakan atas nafi sesuatu yang tidak layak bagi Allah, mengiitlak atas maslub (yang tertolak) dari Allah, ini bukan makna disini".

"Makna nafyun di sini adalah intifa’ iaitu tertolak daripada kekurangan”.

Al intifa’ الانتفاء di dalam isu  ini bermaksud ternafi iaitu perkara-perkara yang dengan secara semulajadi/azali tertolak seperti sifat mandul seseorang,  terminologi yang bermaksud keaadan seseorang tidak boleh memperolehi anak sejak semulajadi. Oleh itu sifat kemandulan itu secara automatik menjadi ternafi (ketidaan) baginya mempolehi anak.

Jika dirujuk kaedah Matan Bakurah al-Amani, maka terjemahan menggunakan ‘menafikan’ yang digunakan secara lazim oleh para ulama ilmu Kalam dalam kitab-kitab ilmu tauhid Jawi Melayu dianggap sebagai tidak tepat.

Menurut Zawaid Al Kamilah ta’liq bagi syarah Bakurah menyatakan jika salbiyah itu diterjemah menafikan atau melawankan bermakna seolah-olah perkara yang mustahil itu ada kerana itu perlu dinafi. Jika diterjemah ternafi bermakna sejak asal sifat mustahil itu memang tiada.

Manakala dalam kitab Hasyiah al-Dusuqi karangan  Syeikh Muhammad bin Ahmad bin ibnu ‘er Fah al-Dusuqi,  Hasyiah Dusuqi disebutkan:

"Tidak dihendaki dengan kalimah salbiyyah itu dengan keadaannya salbiyyah bahawasanya maslub, sifat yang dinafi dari zat Allah S.W.T (bukan salib– “menafi sifat yang ada lawan”) atau maslub (sifat yang dibuang dari Allah S.W.T) atau maslub `anhu sifat yang tanggal  daripada zat Allah S.W.T tetapi insilab".

 

Hasyiah Al Bajuri Ala As Sanusiyah menyatakan:

انما نسبت للسلب لانها مفسرة به اذ القدم سلب اولية الوجود والبقاء سلب آخرية الوجود والمخالفة للحوادث سلب المماثلة اها

“Sesungguhnya yang ditolak kerana ia menafsirkan dengannya jika qidam menolak ada permulaan, wujud dan baqa’ menolak ada akhirnya, wujud dan berlawanan yang baharu menolak penyerupaan denganNya”.

Kembali kepada kitab Bakurah, penekanan terjemahan yang tepat akan sifat salbiyyah ini sangat dititikberatkan oleh Pak Da Eil.

Kitab lain seperti kitab `Aqidah al-Najin karangan al-Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih dikenali sebagai Tuan Minal menjelaskan sifat salbiyyah seperti yang berikut:

“Sifat yang menunjukkan atas nafi barang yang tidak layak dengan Allah ‘azzawajala maka telah lalu makna nafi itu maka sekalian yang dinafikan itu tidak patut bagi Allah ‘azzawajala”.

Tuan Minal menggunakan perkataan dinafikan berbeza dengan penekanan penggunaan perkataan ketiadaan atau ternafi, insilab.

Hurian rinci tentang terjemahan terminologi salbiyyah dengan makna insilab dapat membezakan konsep terjemahanan di antara ‘ketiadaan’ dan ‘menidakkan’ secara jelas di dalam ta’rif sifat salbiyyah. Istilah nafyu diterjemahkan sebagai ‘tertidak atau ketiadaan atau tertolak’ bukan bermakna menidak atau menafi tetapi bermakna ternafi. Justeru sifat salbiyyah itu ketiadaan sifat yang tidak layak bagi Allah S.W.T bukan menafikan barang yang tidak layak. Oleh kerana lawan bagi sifat yang wajib bagi Allah S.W.T kesemuanya bermakna menafikan lawan iaitu sifat mustahil bagi Allah S.W.T, maka kata ‘ternafi’pada ta’rif salbiyyah itu merupakan padanan paling cocok bagi kata Arab insilab.

Contoh terjemahan Pak Da Eil:

Qidam diterjemahkan sebagai:“ertinya Sedia Allah Ta’ala yang zati”.Pak Da Ail menterjemahkan maksud Qidam sebagai  maknanya ketiadaan permulaan bagi adanya”

Baqa  diterjemahkan sebagai: “ertinya kekal ada Allah Ta’ala”

Pak Da Ail menterjemahkan maksud baqa sebagai maknanya “ ketidaan hilang ada sekali-kali”

Penjelasan menggunakan istilah ‘ternafi’ atau ‘ketiadaan’ sebegini tiada diperjelaskan secara terperinci di dalam kitab jawi lain seperti `Aqidah al-Najin dan al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan Usul al-Tawhid karangan Tuan Husin Kedah.

Kufurkah kita jika kaitkan  Allah Taala dengan arah?

Kifayatul Awwam menjelaskan:

 وَ الرَّابِعَةُ الْمُمَاثَلَةُ ضِدُّ الْمُخَالَفَةِ فَيَسْتَحِيْلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ يُمَاثِلَ الْحَوَادِثَ فِيْ شَيْءٍ مِمَّا اتَّصَفُوْا بِهِ فَلَا يَمُرُّ عَلَيْهِ تَعَالَى زَمَانٌ وَ لَيْسَ لَهُ مَكَانٌ وَ لَيْسَ لَهُ حَرَكَةٌ وَ لَا سُكُوْنٌ وَ لَا يَتَّصِفُ بِالْأَلْوَانِ وَ لَا بِجِهَةٍ فَلَا يُقَالُ فَوْقَ الْجِرْمِ وَ لَا عَنْ يَمِيْنِ الْجِرْمِ وَ يَنْسَ لَهُ تَعَالَى جِهَةٌ فَلَا يُقَالُ إِنِّيْ تَحْتَ اللهِ فَقَوْلُ الْعَامَّةِ إِنِّيْ تَحْتَ رَبِّنَا وَ إِنَّ رَبِّيْ فَوْقِيْ كَلَامٌ مُنْكَرٌ يُخَافُ عَلَى مَنْ يَعْتَقِدُهُ الْكُفْرُ.

 

“Dan yang keempat adalah mumātsalah (menyamai) lawan dari mukhālafah maka mustaḥīl atas Allah s.w.t. menyamai segala yang baru pada sesuatu dari apa-apa yang mereka bersifat dengannya. Maka masa atau zaman tidaklah berlalu atas Allah s.w.t. dan tidak ada bagi-Nya tempat, tidak ada bagi-Nya gerakan, tidak ada bagi-Nya diam dan Dia tidak bersifat dengan warna-warna serta tidak pula (bersifat) dengan jihat (arah), maka tidaklah dikatakan (Allah itu) di atas jirim dan tidak pula di kanannya jirim. Dan tidak ada bagi Allah s.w.t. itu jihat (arah) maka tidaklah dikatakan: Sesungguhnya saya di bawah Allah. Maka ucapannya orang awam dengan: Sesungguhnya saya di bawah Tuhan kita dan sesungguhnya Tuhanku di atasku, adalah perkataan yang mungkar yang dikhawatirkan atas orang-orang yang mengi‘tiqadkannya akan kekafiran (menjadi kafir).”

Dalam Tahqiqul Maqam syarah matan di atas menyatakan:

(يخاف الخ): أفاد ذلك أنه ليس بكافر وهو كذلك لأن معتقد الجهة لا يكفر على الصحيح كما قاله ابن عبد السلام وقيده النووي بأن يكون من العامة كما هو فرض الكلام هنا وإنما خيف عليه ما ذكر لأنه ربما جره ذلك إلى اعتقاد ان المولى كالحوادث وهو كفر والعياذ بالله تعالى.

 

“Kalimah يخاف  ini menunjukkan bahawa yang berkata itu  tidak kafir (hanya dibimbangi jadi kufur), dan dia begitu, kerana kepercayaan arah  itu tidak menjadikannya kafir, menurut pandangan yang sahih, seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Abd al-Salam, dan al-Nawawi pula meletak syarat (qaid) jika dikata daripada orang awam, sebagaimana kewajipan ucapan di sini, tetapi apa yang disebutkan itu dikhuatiri baginya kerana itu mungkin menyebabkan dia percaya bahawa Allah Taala itu seperti baharu, maka yang itu dia jadi Kufur, Semoga tuhan Yang Maha Kuasa melindungi kita”.

 

Manakala dalam kitab Tuhfatul murid hasyiah bajuri ala jauharah:

واعلم ان معتقد الجهة لا يكفر كما قال العز بن السلام وقيده النووي: بكونه من العامة .وابن جمرة بعسر فهم نفيها، وفصل بعضهم فقال: ان اعتقد جهة العلو لم يكفر لان جهة العلو فيها شرف رفعة في الجملة وان اعتقد جهة السفل كفر لان جهة السفل خسة ودناءه

“Ketahuilah bahawa beriman kepada sesuatu arah itu tidak termasuk kekufuran, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Izzuddin ibn al-Salam, dan al-Nawawi meletakkan  qaid (syarat): Kerana dia kalangan orang awam. Dan Ibn Jamrah dengan susah payah memahami penafiannya , dan sebahagian daripadanya mereka berpisah dan berkata: Jika dia beriman kepada arah yang tinggi, dia tidak menjadi kafir, kerana arah yang tinggi mempunyai kemuliaan tinggi dalam sesuatu kalimat, dan jika dia percaya kepada arah yang lebih rendah, itu adalah kafir, kerana arah yang lebih rendah adalah hina, dan kejinya”.

Isu Allah Taala bercakap tidak henti-henti

Ibn Furok al Ashbahani mengatakan: “Kami (Ahlussunnah wal Jama’ah) tidak berkeyakinan Allah swt hanya berfirman pada azalinya, dan tidak berfirman lagi setelah itu/ Kami berpendapat, Allah swt senantiasa berfirman dan tidak pernah diam (sukut). Dan firman Allah swt mencakup seluruh perintah, larangan, informasi atau menjawab dari pertanyaan”

Tidak ada dalil baik dari al Qur’an atau al Hadits yang menyatakan Allah swt berdiam setelah berfirman.







Tetapi adakah Allah seperti kita tidak berhenti cakap bermakna bercakap tanpa henti siang dan malam? Maha Suci Allah dari pemahaman itu. Allah swt selalu mutakalliman tanpa terikat dengan waktu dan tempat.

Dalam Taqribul Ikhwan, Ayah Dir Sekam menjelaskan:

“Dan fasal ada padaNya Ta’ala sifat itu, maka  sedia kala dansentiasalah ia mesediakan perkataan atau  sedia kala dan sentiasa nak berkata-katadengan siapa-siapa yang Ia kehendak. Maka pasal sungguh dan berlaku perkara inilah dikatakan Tuhan tak diam. Bukalah boleh dikatakan tak diam itu dengan sebab Dia berkata dan bercakap selama-lama, dengan tidak berhenti dan tidak berputus- putus. Hanya selama-lama dan tidak terputus-putus itu dua perkara jua di sini, iaitu :

Satunya, ada sifat kalam (nafsi) padaNya.
Keduanya, mensediakan perkataan atau nak berkata sebagaimana disoreh dengan yang kedua di dalam kitab yang bernama Taudhih al ‘Aqa-id . Dan juga difahamkan dengan  selatas-latas paham daripada ibarat ‘Aqa-id  Nasafi”.
Isu berkata tidak henti-henti ini dijelaskan oleh Muhammad Rashidi (2022) yang merujuk kitab Kitab Bahrul Kalam, sifat kalam atau pekata pada Allah itu dikatakan kekal yakni Allah Taala itu sentiasa berkata-kata dan mustahil ia diam. Dalam kitab arab dinyatakan لَم يَزَل مُتكلما دائما و ابَدا

Maksudnya:  “Allah taala itu sentiasa berkata-kata”.

Ibarat ini  bukanlah dengan makna Allah taala itu tidak diam sejak azali lagi iaitu Dia sentiasa berkata-kata sepanjang masa. Namun yang dimaksudkan dengan Allah sentiasa berkata-kata ialah, لم يَزَل مُتصِفا بِصِفة الكَلام.

Iaitu “Tidak hilang sifat Kalam (nafsi yang qadim) pada Allah”.

Inilah juga dikatakan sukut nafsi atau sukut nafsani bagi yang menjalani thoriq Pak Da Eil dalam Bakuratul Amani. Antara rujukan isu ini adalah kitab  Aqaid an-Nasafiyah, Syarah Kubro, Mabhasul Kalam, Bahrul Kalam atau lainnya.

Menurut Maulana Ihsan (2021). Berkata-kata berbeza dengan berkata. Berkata-kata itu memiliki sifat kalam (takallum). Ada pihak anggap Allah mahu bercakap Dia bercakap, ingin diam Dia akan diam jika Dia asyik bercakap tidak henti macam orang gila. Ini pandangan menyamakan  dengan baharu pada sifat kalam Allah.

Menurut Maulana Ihsan (2020). Pembahagian sifat kalam kepada 4 bahagian iaitu kalam nafsi, kalam nafsani, kalam masdari, hasil kalam masdari tiada dalam sumber kitab arab mu’tabar asyairah. Maka pembahagian itu hanya satu bentuk taqribul fahmi ulama’ patani (Toriq Pak Da Eil) untuk memahamkan masyarakatnya.

Tuan Guru Ahmad Ridhauddin (2018)  berkata jika Allah bersifat berkata-kata maka Al Quran akan semakin tebal banyak daripada yang ada sekarang. Yang ada pada Allah itu sifat Pekata bukannya berkata-kata tidak henti. Pentingnya kita menterjemah PEkata pada Allah (pada kalam nafsi) adalah kerana lawan PEkata (mampu berkata) itu adalah Bisu (tidak mampu berkata). Manakala jika terjemah berkata-kata lawannya adalah Diam tidak berkata-kata bukannya bisu. Disebabkan kitab-kitab telah lama meletak BISU sebagai lawan KALAM, maka Kalam elok diterjemah PEkata bukannya berkata-kata yang lawannya diam itu.

Ustaz Syed Faiz Al Idrus (2023) menjelaskan dalam Bakurah Amani, Pak Da Eil tidak fokus kepada ta’alluq bagi sifat Kalam. (Suluhil Qadim, Tanjizil Qadim, Tanjizil Hadis) Yang difokus adalah sifat wujudi Maani itu( Kalam). Tetapi Pak Da Eil tidak tolak ta’alluq kerana dalam kitab murid-muridnya menjelaskan taa’lluq yang mereka pelajari daripada Pak Da Eil. Beliau juga mengatakan Tuan Guru Ahmad Ridhauddin berkata jika Allah berkata-kata maka Allah bercakap-cakap tidak henti-henti kerana Tuan Guru itu menyatakan fahaman toriq Pak Da Eil adalah berkata-kata terus difahami sebagai Kalam Lafzi (makhluk). Kalam Lafzi memang ada berkata-kata (takallum).

 



Menolak sifat maknawiyyah jadi kafir

Dalam kitab Aqidah An-najin:

Maka barang siapa menafikan sesuatu sifat  daripada tiga bahagi yang pertama itu (nafsiyah, salbiyah dan ma’nawiyah) , atau dikatanya baharu/hadis, atau syak ia pada baharunya atau qadimnya, maka dia boleh menjadi kafir. Ini kerana  jika kita  menafikan sifat ma‘ani seperti kaum Mu‘aththilah (mu’tazilah) , tiada kufur  kerana ia masih isbatkan hal sifat Allah pada zat. Yang dinafi hanya sifat yang berdiri berasingan dari zat.

Maknanya golongan ini (muktazilah) berkata Allah itu adalah Qadir (ma’nawiyyah, isim fa’il) tetapi  tiada qudrat (sifat maani).

Allah itu adalah  murid (sifat ma’nawiyyah/isim fail) dengan tiada iradah (sifat maani). Jadi tidak kufur cuma kata-kata ini menjadi fasiq.

Yang kufur bila kita mengatakan Allah ada sifat Qudrah (maani)  tetapi tiada ma’nawiyyah, Allah tidak berkeadaan berkuasa (Qadir). Kita jadi kufur kerana sifat ma’nawiyyahlah yang ada dalil dalam al Quran bukannya ma’ani.

Imam Al Asy’ari bukan pula menafikan sifat ma’nawiyyah sebaliknya beliau menganggap sifat maani itu sudah membawa makna hal (ma’nawiyyah) tidak perlu dibilang berasingan sifat ma’nawiyyah. Ia isbat ma’nawiyyah pada maani bukan membuang ma’nawiyyah yang membawa kepada kekufuran.

Menurut Maulana Ihsan (2020).yang menjadi jumhur adalah menolak kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan da semua sifat ma’nawiyyah akan jadi kafir kerana kita menolak dalil al Quran bahawa Allah itu قدير, مريد . Ia dinaqal (dalam al Quran) dalam bentuk sifat musyabbahah (isim fail). Tetapi menafi sifat maani itu tidak pula kufur. Secara teori ulama’ kalam. sifat maani melazimkan adanya sifat ma’nawiyyah, tetapi jika aspek naqli, dalil yang keluar sifat ma’nawiyyah dahulu, manakala istilah maani (qudrah, sama’ dll ) semua tidak ada dalam dalil sebaliknya  hanya diisytiqaq (dipecah) dari kalimah isim fa’il/ sifat musyabbahah itu sahaja.

 

Pandangan al-Iiji ulama ahli sunnah yang selaras dengan muktazilah (Kalam Allah itu berhuruf)

Menurut Hasyiah Al Bajuri Ala As Sanusiyah :

لكن اَجِيب عن ذلك بان حروفنا انما جاءها التقَدُم والتأخُر  من اختلاف المخارج ومن تنزهَ عن ذلك تنزَهَ كلامُه عن ذلك الكلام انما سرى للعَضُدِ من الحشوية فلا يُعَول عليه

 

وقال جماعة نسبوا انفسهم الى الحنابلة : انه بحروف واصوات لكن ان نسبت اليه تعالى كانا قديمة وان نسبت الى الحوادث كانت حادثه ولا يخفى بطلان هاذا الكلام

“Tetapi aku (Al Bajuri)  jawab tentang itu dengan bahawasanya huruf huruf kita hanyasanya datang ia dengan permulaan dan pengakhiran dari makhraj yang berbeza-beza dan suci Allah dari itu. Maha Suci kalamNYa dari kalam itu. Bahasanya tersebar luas terhadap Adhudi al Iiji dari golongan al Hawasyiyah, maka tidak terima ke atas pandangannya”.

 

“Dan berkata sekelompok dari hanabilah : sesungguhnya kalamNYa dengan huruf dan bersuara tetapi jika dinisbah kepada Allah Taala maka ia qadim jika dinisbah kepada mahkluk maka ia hadis (baharu) dan tidak tersembunyi (tidak syak lagi) batil pandangan ini”.

 

Hasyiah As Syarqawi ala syarh hud hudi

وقال العَضُد: انه بحروف قائمةٌ بذاته تعالى مُنزَهةٌ عن الترتيبِ والحدوثِ والزوالِ. 

قال: انه بحروف واصوات لانها لا تُشبِهُ حروفنا ولا اصواتنا 

Al-Adhudi Al Iiji berkata: Bahawasa sesungguhnya (kalam) Ia adalah dalam berhuruf-huruf yang ada pada zar-Nya, Yang Maha Kuasa, bebas ia daripada susunan, baharu, atau hilang.

Beliau berkata: Bahawasanya Ia adalah dengan huruf dan bunyi kerana ia tidak menyerupai huruf atau bunyi kita.

 

Mengapa Pak Da Eil meletak PE pada sifat berkata-kata dan semua sifat maani?

Sifat maani jenisnya wujudi (ada). Maka, terjemahan sifat kalam kepada berkata-kata dianggap  kurang tepat kerana ia menjatuhkan darjat sifat maani yang wujudi kepada martabat amrun iktibari.

Jika dinisbahkan kepada kita,  berkata-kata itu adalah dibayagkan sahaja kerana yang wujud adalah bergerak bibir mulut. Kaedah penterjemahan ini menggunakan terjemahan kepada sifat dengan makna ismi bukan makna masdari berdasarkan alasan “barang yang menunjuk di atas zat”dan makna masdari itu menunjuk di atas perbuatan dan perbuatan itu setengah dari al-umur al-i’tibari.

Justeru, Syeikh Wan Ismail Al-Fathani (Pak Da Eil Mekah) menterjemahkan sifat kalam dengan PEkata kerana hendak menunjukkan kepada suatu yang wujud iaitu sifat zat Allah yang bersifat berkata.

Menurut Maulana Ihsan (2021). dalam satu siri pengajian dalam taliannya beliau tidak suka menterjemh sifat maani kerana punca pertelingkahan sifat maani adalah apabila pertembungan terjemahan  ikut toriq majoriti ulama’ jawi dengan toriq Tuan Guru Pak Da Eil Mekah antara bentuk ismi seperti Pedengar, Pekata (dianggap wujudi oleh Pak Da Eil) berbanding bentuk masdari seperti mendengar, berkata-kata (dianggapnya amrun I’tibari).

Menurut Maulana Ihsan (2020). Punca beza ini adalah pada pemahaman sifat maani yang mesti wujud dan qaim pada zat Allah. Dalam Hasyiah Ibnu Amir ala Ithaful Murid Syarah jauharah Tauhid, adalah menyatakan jika sifat maani masdari (berkata-kata, mendengar, melihat) ia menjadi amrun I’tibari yang tidak wujudi pada zat hanya sungguh (tahaqquq) sahaja pada zat bukan wujudi. Maka sebab itulah Pak Da eil menterjemah sifat maani dalam bentuk ismi. Memang mesti hamalkan (guna) makna ismi bukan masdari pada sifat maani jika ingin wujudi. Tetapi sebenarnya sifat maani itu wujudi juga adalah khilaf di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Jika faham makna masdari pada maani pun tidak salah sebenarnya iaitu menyatakan kalam itu berkata-kata, ia tidak salah[i]. Imam Fakhrur razi juga mengatakan sifat maani bukan wujudi tetapi idhafat/nisbi. Jadi di sini kita dapati bahawa tidak wajib usaha terjemah sifat maani bentuk ismi hingga terpaksa letak PE. Dari aspek bahasa dan uruf orang melayu pun istilah PE kita tidak bayangkan pada sifat. Maulana persoal kenapa ulama arab tidak berusaha letak kalimah yang berkait wujudi bagi sifat maani mengapa semasa terjemah bahasa melayu pula kita perlu paksa orang cakap kalimah PE untuk faham ia makna wujudi.

 



Golongan menerima wujud itu sifat nafsiah dan menolak

Dalam kifayatul Awwam menyatakan isu ini:

Golongan pertama: Wujūd adalah selain Zāt (iaitu hal atau sifat)

Golongan kedua:  Zat itu adalah wujūd.

Golongan pertama yang menyatakan Wujud itu sifat Nafsiah.

(الْأَوَّلُ) مِنَ الصِّفَاتِ الْوَاجِبَةِ لَهُ تَعَالَى: الْوُجُوْدُ وَ اخْتُلِفَ فِيْ مَعْنَاهُ فَقَالَ غَيْرُ الْإِمَامِ الْأَشْعَرِيْ وَ مَنْ تَبِعَهُ: الْوُجُوْدُ هِيَ الْحَالُ الْوَاجِبَةُ لِلذَّاتِ مَا دَامَتِ الذَّاتُ وَ هذِهِ الْحَالُ لَا تُعَلَّلُ بِعِلَّةِ.

 

“Yang pertama dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. adalah wujūd. Dan diperselisihkan perihal ma‘nanya. Maka berkatalah selain Imām Asy‘arī (ya‘ni Imām ar-Rāzī) dan para pengikutnya: Wujūd itu adalah hal (sifat) yang wājib bagi dzāt selama tetap dzāt itu dan hal ini tidak disebabkan dengan satu sebab.”

Hal di sini adalah sifat Allah iaitu sifat wujud. Ini kerana sifat Allah ada dalam bentuk

wujudi (ma’ani),
‘adami (salbiyah)  
dan hal (nafsiah dan ma’nawiyah)
Golongan kedua yang menyatakan wujud itulah zat yang maujud.

وَ قَالَ الْأَشْعَرِيُّ وَ مَنْ تَبِعَهُ الْوُجُوْدُ عَيْنُ الْمَوْجُوْدِ فَعَلَى هذَا وُجُوْدُ اللهِ عَيْنُ ذَاتِهِ غَيْرُ زَائِدٍ عَلَيْهِ فِي الْخَارِجِ وَ وُجُوْدُ الْحَادِثِ عَيْنُ ذَاتِهِ.

 

“Dan berkata Imām Asy‘arī dan para pengikutinya: Wujūd adalah maujūd itu sendiri, maka berdasarkan pendapat ini wujūd Allah adalah dzāt-Nya sendiri, tidak lebih atasnya di luar dan wujūd yang baru itu adalah dzātnya sendiri.”

 

وعَلَى هذَا لَا يَظْهَرُ عَدُّ الْوُجُوْدِ صِفَةً لِأَنَّ الْوُجُوْدَ عَيْنُ الذَّاتِ وَ الصِّفَةُ غَيْرُ الذَّاتِ.

 

“Berdasarkan ini, tidaklah jelas menganggap wujūd itu sebagai sifat karena wujūd itu adalah dzāt itu sendiri sedangkan sifat adalah selain dzāt.”

وَ مَعْنَاهُ عَلَى الثَّانِيْ أَنَّ ذَاتَهُ تَعَالَى مَوْجُوْدَةٌ مُحَقَّقَةٌ فِي الْخَارِجِ بِحَيْثُ لَوْ كُشِفَ عَنَّا الْحِجَابُ لَرَأَيْنَاهَا

Dan ma‘nanya berdasarkan pendapat yang kedua (Imam Al Asyaari)  adalah bahawa dzāt Allah itu maujūd serta taḥqīq (dapat dipastikan dengan dalīl) di luar sekira kalau disingkapkan ḥijāb untuk kita niscaya kita dapat melihatnya.”

 

Golongan yang kira sifat 13 dan sifat 20

Kenapa berlakunya perbezaan Sifat 20 dan sifat 13?

Ianya kerana berlaku perbezaan pandangan diantara sebahagia Ulama Asya'irah dan Maturidiyyah dan lain-lain.

Dari aspek pengiraan sifat Allah SWT yang wajib diketahui, terdapat perbezaan pandangan antara al-Sanusi dengan al-Ash‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi. Ini kerana menurut al-Ash‘ari sifat Allah SWT hanyalah tiga belas sifat sahaja, sedangkan al-Maturidi dan al-Sanusi mengira sehingga dua puluh sifat.

Ulama' yang berpegang 20 sifat kerana mereka mengisbatkan adanya "hal". Al-Baqillani berkata: “Setiap sifat bagi yang maujud yang tidak bersifat dengan wujud, maka ia adalah hal. Sifat ma’nawiyyah sifat yang sentiasa tetap ada pada Zat Allah dan tidak mungkin pada satu ketika, Allah SWT tidak bersifat sedemikian

Bezanya hanyalah pada sifat Ma’nawiyah.Imam abu Hasan Al Asya`ri menggariskan 13 sifat wajib bagi Allah manakala Imam Abu Mansur Almaturidi telah menambah lagi sebanyak 7 sifat ma’nawiyah dan menjadikannya berjumlah 20 kesemuanya.

Di sisi Imam Asyaari, sifat ma’nawiyah ialah ibarat daripada adanya sifat maani pada Zat Allah. Iaitu ia nama bahawa ada sifat maani pada Zat Allah. Maksudnya, di sisi Imam Asyaari, sifat maknawiyah ialah amrun iktibari.

Di sisi Imam Maturidi, sifat ma’nawiyah ialah suatu kelakuan yang melekatkan sifat maani pada Zat. Maksudnya, di sisi Imam Maturidi, sifat maknawiyah ialah hal (kelakuan di antara ada dan tiada yang melekatkan sifat jenis ADA pada Zat.)

Justeru, Imam Maturidi menyabitkan sifat maknawiyah, di sisinya Allah ada 20 sifat yang wajib (qaul masyhur).

Imam Asyaari tidak menyabitkan sifat maknawiyah, di sisinya Allah ada 13 sifat yang wajib (qaul muktamad).

 

Tingkatan kewujudan sesuatu:

WUJUDI tu ialah benda yang jenisnya ADA. (Seperti pokok, batu dan segala warna)
HAL ialah suatu perkara yang di antara ada dan tiada.  Ia seolah2 pelekat yang melekatkat arod pada jirim atau yang melekatkat sifat jenis ada pada dzat. (Seperti keadaan kehijauan yang melekatkan sifat hijau pada daun)   
AMRUN IKTIBARI ialah perkara yang jenisnya SUNGGUH. (Seperti diri panjang pada kayu)
MA'DUM ialah perkara yang jenis dirinya TIADA. (Seperti sifat mustahil dan banyak lagi)
 

Khilaf antara Imam Asyaari dan Imam Al Maturidi

Dalam kitab ‘Isyarat al-Maram fi ‘Ibarat al-Imami’ yang banyak membincangkan mengenai perbezaan pendapat mereka menyatakan jumlah permasalahan ini sebanyak 50 persoalan.

Bil

Al-Asy’ari

Al Maturidi

1

kehendak Allah s.w.t. tidak terikat dengan apa pun.

manusia mempunyai kebebasan kehendak

2

Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa boleh menyalahi ancaman-Nya

Allah s.w.t. yang Maha Benar tidak boleh menyalahi ancaman-Nya

3

bahagia atau celakanya pada kematian seseorang sudah ditentukan sejak azali

kebahagiaan atau kecelakaan seseorang adalah merupakan keadaan sekarang

4

harus atau boleh jika seseorang itu untuk menyebut, “Insya Allah, saya mukmin. Imam al-Juwaini dalam kitabnya al-Irsyad  berkata: “Kita mengatakan bahawa iman itu ada pada waktu sekarang tanpa ragu. Akan tetapi iman yang dimaksudkan Insya Allah itu adalah mohon yang akan datang

tidak boleh mengucapkan, “Insya Allah, saya mukmin”

Hujah Imam Abu Hanifah,  jika pada manusia itu ada kepercayaan dan pengakuan, maka bolehlah baginya untuk mengatakan: “Aku beriman dengan sebenar-benarnya” untuk meyakinkan lagi keimanannya itu, dan tidak harus baginya mengatakan: “Aku beriman, insyaallah.

5

Qadha kembali kepada sifat zat atau ianya Qadim (Bukan Baharu)

Qadha kembali kepada sifat perbuatan

6

Qadar kembali kepada sifat perbuatan atau ianya Jadid (Baharu

Qadar kembali kepada sifat Ilmu

7

para nabi lebih mulia daripada para malaikat. Dan para malaikat lebih mulia daripada manusia selain nabi

para Rasul dalam kalangan manusia lebih mulia daripada para rasul dalam kalangan malaikat, Manakala, para rasul malaikat lebih mulia daripada manusia secara umum (selain rasul). Dan para manusia selain rasul lebih mulia daripada malaikat secara umum.   

8

taubat tidak akan diterima pada waktu ghargharah (saat nyawa dicabut) dan pintu taubat akan ditutup apabila matahari terbit pada arah Barat.

taubat orang kafir yang tidak diterima secara khusus, tetapi taubat orang yang beriman yang melakukan maksiat masih dapat diterima.   

9

sifat Maani ada tujuh

menambah satu lagi sifat Maani, iaitu Takwin, dan jumlah menjadi lapan

10

sifat perbuatan (fi’il) merupakan kejadian yang baharu

sifat perbuatan (fi’il) Allah merupakan sifat yang Qadim (Bukan Baharu) dan berdiri dengan zat Allah.

 

sesungguhnya tidak wajib ke atas Allah Ta’ala sesuatu apapun kerana Dia adalah pemerintah kerajaanNya yang mana segalanya berlaku mengikut kehendakNya. Maka di sini boleh jika dikatakan Allah akan mengazab binatang-binatang, kanak-kanak, orang gila dan orang yang berakal. Dan jika Allah s.w.t ingin memberi hak hamba yang berlaku baik dengan tidak mengazabnya, maka haruslah bagi Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya dan juga menghukum sesiapa yang dikehendakiNya.

Berkata Imam Abu Hanifah bahawa tidak harus bagi Allah Ta’ala secara mutlak samada dari segi syara’ atau akal untuk mengazab hamba yang taat.

Mengazab golongan yang taat ini pada syarak tiada, dan ini disepakati oleh kedua mazhab ini. Cuma Asya’irah mengharuskannya pada akal  kerana Allah merupakan pemerintah kerajaannya dan samada ingin mengazab mukmin atau sebaliknya, semua itu harus pada akal. Manakala pada syara’ pula tidak harus kerana Allah telah mengkhabarkan bahawa golongan kafir akan diazab dan tidak harus bagiNya mendustakan perkhabaran itu, kerana Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

 

para nabi itu maksum daripada kekufuran samada sebelum kenabian atau selepas kenabian. Mereka juga maksum daripada segala dosa-dosa besar secara mutlak dan tidak pada dosa-dosa kecil.

bahawa para rasul itu juga maksum daripada segala dosa kecil dan wajib ditakwilkan apa sahaja yang meragukan pada hak para nabi di sepanjang apa yang mereka lalui melalui kitab dan sunnah. Para nabi adalah suci daripada dosa kecil dan besar, dan daripada segala kemaksiatan. Berkata Imam al-Maturidi mengulas mengenai kesucian nabi daripada dosa ini: Kemaksuman ini bukanlah satu dugaan atau kepayahan. Tidaklah mereka itu dipaksa untuk taat dan dicegah melakukan maksiat, tetapi semua itu adalah belas kasihan daripada Allah dengan dikekalkan pilihan sebagai satu tribulasi.

11

wajibnya mengenali Allah (Makrifatullah) melalui hukum Syarak dan disyaratkan juga penyertaan akal

kewajipan mengenali Allah (Makrifatullah) adalah dengan akal

 

Segala perbuatan manusia itu adalah ciptaan Allah dan manusia padanya ada usaha (al-kasb). Pandangan al-Asy’ari ini adalah berdasarkan kepada qudrat Allah yang meliputi dan umum kepada seluruh takdir manusia, kerana apa sahaja yang Allah inginkan pasti berlaku dan begitulah sebaliknya. Allah s.w.t mencipta adat yang perlu ada pada perbuatan manusia itu iaitu kuasa dan pilihan.

Dalil Al Asy’ari:

هُوَۚ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوْهُ ۚوَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ وَّكِيْلٌ

Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka sembahlah Dia.

(Al An’am ayat 102)

telah sabit bahawa pada hamba itu, wujudnya qudrat dan kehendak yang memberi kesan pada sesuatu perbuatan itu, namun qudrat dan kehendak itu tidak memberi kesan kepada penciptaan dan penghasilan perbuatan itu, tetapi ia dinisbahkan kepada sifat sesuatu perbuatan itu samada untuk taat atau ingkar, dan qudrat ini dilihat pada niat dan pilihan yang dibuat. Dan berdasarkan niat dan pilihan inilah, Allah Ta’ala menciptakan bagi manusia qudrat maka dengan itu terciptalah satu perbuatan itu

Dalil Maturidi adalah:

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Maksudnya: Dan kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.                                                     

  (al-Hajj ayat 77) 

 

Rujukan:

Dahlan, M., & Abd Latif, F. (2016). KONSEP Penterjemahan Sifat salbiyyah Dan Ma`ani Menurut Wan Ismail Al-Fatani (pak da ail) dalam matan Bakurah al-Amani. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 199–234. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2016no1.8

 

Mohammad, S. (2014, November 20). Perbezaan Asyairah Dan Maturidiyah. Academia.edu. https://www.academia.edu/9418502/PERBEZAAN_ASYAIRAH_DAN_MATURIDIYAH

 

Al-Asy’ari Dan al-Maturidi. Al-Asy’ari dan al-Maturidi. (2011). https://lutfi-latif.blogspot.com/2011/02/al-asyari-dan-al-maturidi.html#

 

ibn ’Abdullah,  al-F. D., & Salleh, A. W. M. (2013). Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang yang Beriman. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

Latif, F. A., & Hamid, A. F. A. (2013). Perbahasan Mengenai Sifat-Sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal. ULUM ISLAMIYYAH: Malaysian Journal of Islamic Sciences.

Razif, M. (2017). Laman Utama. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1023-irsyad-al-fatwa-ke-174-perbezaan-sifat-ma-ani-dan-ma-nawiyyah

 

Hurairah Channel. (2021). Siri 19 : Kifayatul Awam ; Maulana Ihsan. Retrieved October 31, 2023, from https://www.youtube.com/watch?v=aeMuCj4sB3U&list=PLIgtCpRHlBzm7eTPdk6vjxdYAv-if391e&index=19&t=557s.

 

Hurairah Channel. (2021). Siri 16 : Kifayatul Awam ; Maulana Ihsan. Retrieved November 1, 2023, from https://www.youtube.com/watch?v=nF0rlVriEQ0&list=PLIgtCpRHlBzm7eTPdk6vjxdYAv-if391e&index=16.

 

The Ambu. (2020). Maulana Ihsan -Asal Usul Toriq Pak Da Eil. Retrieved October 31, 2023, from https://www.youtube.com/watch?v=msya6EC0Y0U.

 

Audiokuliah. (2018). SIFAT KALAM ALLAH SWT " TG AHMAD RIDHOUDDIN ABDUL WAHAB. Retrieved November 1, 2023, from https://www.youtube.com/watch?v=BiSI_GFqrIE.

 

Ustaz Syed Faiz Al Idrus PU Faiz. (2023). Ulasan Muzakarah Santai Sifat Kalam. Retrieved November 1, 2023, from https://www.youtube.com/watch?v=Iu2Sg_MAl3I.

 

Sekam, Abdul Qadir (n.d.). Taqrib al-Ikhwan fi Ta’allum ’aqa’id al-Iman. Saudara Press Pattani.

Rashidi, M. (2022). ALLAH TAALA SENTIASA BERKATA-KATA. https://www.instagram.com/p/CbcO8R2LBUx/

 

Al-Syarqawi, A. B. Hi. (2013). Hasyiah As Syarqawi ’ala Syarh Hud Hudi. Darul Kutub Islamiyah.

 

Al Bajuri , A. I. (2019). Hasyiah al-Baijuri ’ala Jauharah al-Tauhid. Dar As Salam .

 

Al Bajuri, A. I. (2017). Hasyiah Al Bajuri ’ala Al Sanusiyyah. Dar Omar al Mokhtar .

 

Al Bajuri , A. I. (2013). Tahqiq al Maqam ’ala Kifayah Al Awwam.  Darul Kitab Sdn Bhd.

 


[1] Penulis merupakan penulis bebas, lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM,  Diploma Pengajian Islam KPTI, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam OUM, sedang mengikuti Sarjana Pengajian Islam OUM (Master). Boleh dihub”ungi di 0176291368 dan email [email protected]


[i] Link asal video https://www.youtube.com/watch?v=VJb7sYUGcYE&list=PLIgtCpRHlBzm7eTPdk6vjxdYAv-if391e&index=15



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2023/11/beberapa-isu-dalam-memahami-sifat-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kalimah Allah Majlis Raja Raja Akan Putuskan Minggu Ini

Isu Kalimah Allah Majlis Raja Raja Akan Putuskan Minggu Ini

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 264 hits
Oleh Abdullah ZaidIsu berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Raja Raja yang dijangka bermula pada 25 hingga 27 Oktober ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cada...
Manfaat Aplikasi Kefahaman Taaluq Sifat Allah Dalam Kehidupan Kita

Manfaat Aplikasi Kefahaman Taaluq Sifat Allah Dalam Kehidupan Kita

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 238 hits
MANFAAT APLIKASI KEFAHAMAN TAALUQ SIFAT ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITAMuhammad Nuruddin BashahTa alluq hanya berlaku pada sifat Maani sahaja Sifat maani adalah sifat wujudiyah yang boleh dilihat pancaindera jika dibuka hijab kita Menurut Tuan G...
Pm Tiba Di Turkiye Bincang Lanjut Isu Palestin

Pm Tiba Di Turkiye Bincang Lanjut Isu Palestin

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 152 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Turkiye untuk bertemu presiden negara itu bagi membincangkan lebih lanjut isu keganasan Israel ke atas Palestin PM dijangka akan bertemu Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdogan sebelum ...
Kalau Pakai Singlet Ok Je Tak Ada Lah Kena Pakai Baju Menutup Aurat Elisya Sandha Jawab Isu Penampilan Seksi

Kalau Pakai Singlet Ok Je Tak Ada Lah Kena Pakai Baju Menutup Aurat Elisya Sandha Jawab Isu Penampilan Seksi

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 155 hits
Melalui sesi temubual bersama pihak hLive pelakon Elisya Sandha jawab tentang isu dirinya dikecam memakai pakaian seksi serta didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin Kata Elisya dia hanya menjadi diri sendiri dan isu pakaian seksi bukanl...
Dia Paling Bermasalah Suami Terkait Isu Dadah Jeon Hyejin Turut Terpalit Kontroversi Lee Sunkyun

Dia Paling Bermasalah Suami Terkait Isu Dadah Jeon Hyejin Turut Terpalit Kontroversi Lee Sunkyun

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 214 hits
Isu penyalahgunaan dadah oleh aktor Lee Sun kyun semakin besar dan sementara jenama yang menggunakan dia sebagai model iklan mula menghentikan kerjasama bersamanya impak negatif itu juga turut terpalit kepada isterinya iaitu Jeon Hye jin AR...
Perlu Ada Perdamaian Politik Dalam Ekonomi Untuk Selesai Isu Hutang Negara Kata Ahli Parlimen

Perlu Ada Perdamaian Politik Dalam Ekonomi Untuk Selesai Isu Hutang Negara Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 424 hits
PERLU ada perdamaian politik dalam ekonomi untuk mencari penyelesaian kepada isu hutang negara kata Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah nbsp Beliau berkata isu hutang negara tidak perlu dijadikan modal politik untuk meraih sokonga...
Isu Pelajar Terkandas Selesai Perbincangan Pm Sheikh Al Azhar

Isu Pelajar Terkandas Selesai Perbincangan Pm Sheikh Al Azhar

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 269 hits
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sheikh Al Azhar Prof Dr Ahmed Al Tayyeb pada lawatan kerjanya ke Mesir membawa berita gembira Hasil perbincangan diadakan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi 60 pelajar dari Pahang y...
Kalau Penerbit Nak Kita Bakar Line Kita Buat Janna Nick Tak Rasa Salah Isu Perli Pengacara Lain Ada Dalam Skrip

Kalau Penerbit Nak Kita Bakar Line Kita Buat Janna Nick Tak Rasa Salah Isu Perli Pengacara Lain Ada Dalam Skrip

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 429 hits
Pengacara dan pelakon Janna Nick berkata dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan selebriti Elly Mazlein susulan timbul dakwaan bahawa dia perli pengacara berkenaan di pentas Famili Duo 2 minggu lalu Kata Janna atau nama sebena...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga