Kisah Marhaen Lintas Negeri Kah


 
Gara-gara Instastory, pasangan suami isteri berbulan madu dipenjaraApril 21, 2021 [DIKEMASKINI] Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana ‘honeymoon’ dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, mereka yang juga usahawan produk inai, didapati melakukan kesalahan itu ketika membuat permohonan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk merentas negeri ke Johor, telah memberi maklumat palsu secara bertulis.
Ia di mana tertuduh mengetahui bahawa maklumat yang diberi kepada Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Fairul Nizam Anuar itu adalah tidak benar.
Kesalahan dilakukan di Balai Polis Wangsa Maju, pada jam 2 petang, 15 Mac lalu.
Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 22 (D) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi hukuman denda yang minima.
Iram Naz berkata, ketika kejadian, mereka meneruskan perjalanan ke Johor kerana pihak penginapan tidak dapat membatalkan tempahan atau mengembalikan deposit.
“Maaf Yang Arif, Instastory yang saya buat hanya untuk keluarga dan rakan IG saya, yang menularkan cerita ialah orang yang saya tidak kenali.
“Saya rayu kepada mahkamah agar tidak mengenakan hukuman penjara kerana saya adalah penanggung tunggal keluarga, malah kami menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya sebak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mencadangkan, demi kepentingan awam, kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman penjara.
Ini kerana katanya, Instastory yang dibuat oleh tertuduh pertama (Iram Naz) mengandungi perkataan yang tidak patut ditulis antaranya ‘rayu polis’.
“Sedangkan PKPB memberi kesan terhadap orang awam kerana tidak boleh merentas negeri.
“Walaupun kelonggaran diberi namun ia bukan untuk tujuan lain, maka saya mohon ia diambil serius oleh semua pihak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya.
Ketika menjatuhkan hukuman, Chai Sia turut menegur kedua-dua tertuduh, kerana tindakan mereka menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberi, memberi contoh buruk kepada masyarakat.
“Sememangnya Instastory dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tetapi ia boleh disebarkan oleh orang lain.
“Alasan bahawa tempahan tidak dapat dibatal atau wang tidak dapat dikembalikan, maka tidak seharusnya kamu meneruskan perjalanan,” katanya.
Sebelum ini, tular gambar pasangan berusia lingkungan 20-an itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan PKPB ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. – SH






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kisah-marhaen-lintas-negerikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Raba Meraba Kah

Kisah Raba Meraba Kah

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 302 hits
BOB KELANANGRaba bontot unhook bras raba private parts stories from the sekolah asrama penuh
Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin 26 Positif Covid 19

Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin 26 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 493 hits
KUALA TERENGGANU Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun Terengganu semata mata untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya membawa padah selepas 11 ahli keluarganya di samping 15 tetamu disahkan positi...
Kenyataan Media Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Kedah

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 302 hits
ISU TULAR IKLAN JUDI HARI RAYA TINDAKAN TEGAS WAJIB DIAMBILTelah tular dan hangat diperkatakan mengenai satu klip video iklan yang disiarkan oleh syarikat judi atas talian GDBET333 memanipulasi iklan Hari Raya menjadi iklan judi untuk mempr...
Tiada Lagi Kebenaran Melangkawi Negeri Kecuali Melibatkan Kecemasan Kematian Pjj Ketua Polis Negara

Tiada Lagi Kebenaran Melangkawi Negeri Kecuali Melibatkan Kecemasan Kematian Pjj Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 620 hits
The ReporterSusulan dari peningkatan kes Covid 19 yang semakin menjadi jadi Polis Diraja Malaysia kini mengetatkan kebenaran untuk merentas negeri bermula hari ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani ABdullah Sani berkata kebe...
Selamat Berangkat Ke Negeri Abadi Allahyarham Uncle Abu Bakar Omar Azhan Rani

Selamat Berangkat Ke Negeri Abadi Allahyarham Uncle Abu Bakar Omar Azhan Rani

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 414 hits
Pagi jumaat yang mulia bersamaan 4 Ramadan telah perginya pelakon veteran tanahair Abu Bakar Omar Pemergian pelakon ini ibarat negara kehilangan sebutir permata yang tidak ada tolok bandingnya
Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 297 hits
Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan o...
Sekolah Ditutup Berdasarkan Penilaian Bersama Pkd Kpm Dan Kerajaan Negeri

Sekolah Ditutup Berdasarkan Penilaian Bersama Pkd Kpm Dan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 257 hits
Penilaian itu mengambil kira bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau pengawasan dan pemerhatian di rumah Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Gambar Bernama Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes...
Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah Negeri

Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 625 hits
CONTOH SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH NEGERI Situasi penularan wabak Covid 19 di Malaysia yang tidak menentu kerajaan melaksanakan PKP PKPB PKPPP mengikut keperluan dan keadaan Jadi kepada individu yang ingin melakukan pergerakan rentas nege...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin