Kisah Lulu Nafisah Di Awal Kelahiran


Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, kinah akan kongsikan kisah si Lulu Nafisah semasa di awal kelahirannya. Agak lama kinah nak ambil masa untuk tulis ni. Sebab sebelum ni kinah tak berapa kuat nak kongsi dengan korang masalah Lulu.
Masa awal kelahiran duluBila dapat tahu je mengandung, for sure kita akan ke klinik untuk buat pengesahan sekali bukak buku pink. Pada awal kehamilan, dah menjadi kebiasaan bagi ibu hamil untuk minum air gula untuk mengenal pasti sama ada kita ni ada GDM atau pun tak. Kinah pun tak terkecuali sebab ada sejarah GDM masa mengandungkan si kakak 6 tahun yang sudah. Nak tak nak kena la minum air gula.
Bila dapat tahu result sangkut, macam biasa la kena buat BSP dan kena pergi klinik ibu anak dua minggu sekali plus kita akan dirujuk ke pakar O&G. Pilihan kinah masa tu Hospital Selayang je la.
Sepanjang mengandung, kinah tak pernah masuk ward, atau alami apa-apa masalah. Setakat GDM dan tekanan darah tinggi tu je la. Tapi semua tu terkawal dan sepanjang buat scan, perkembangan baby pun normal dan takde sebarang masalah.


Lulu Nafisah Setelah Dilahirkan
Sebaik saja Lulu dilahirkan dan doktor buat pemeriksaan Lulu dalam keadaan Hypo dan bagi mengelakkan masalah yang lain timbul, Lulu terpaksa dimasukkan ke NICU untuk dipantau dengan lebih rapi di sana. 
Kita sebagai ibu pada masa tu, dapat pegang, peluk cium sekejap sebelum dihantar ke sana. Sayunya hati. Takpela untuk kebaikan dia jugak.
Keesokan harinya, yop bawak kinah melawat Lulu di NICU untuk tengok keadaannya di sana. Doktor kata Lulu nampak semakin ok. Apa apa pun kena tunggu betul-betul ok. Pada masa tu, kinah dah nampak sikit Lulu macam ada tanda-tanda kena jaundis. Pengalaman masa si kakak dulu membuatkan kinah lebih alert pasal hal ni.
Memang seperti yang disangka, Lulu kena jaundis pulak. Mujurlah pada masa tu, Lulu memang dah ada di wad NICU, jadi doktor terus pasangkan lampu biru dibawahnya.
Korang tau je la keadaan baby bila duduk bawah lampu tu macam mana. Hanya pakai pampers, dengan mata tertutup saja tanpa sebarang baju. Semasa duduk bawah lampu biru tu, doktor perasan Lulu bernafas agak laju. Jadi, prosedur biasa bagi doktor akan ambik darah untuk tengok jika ada masalah lain pula.
Selepas keputusan darah keluar, Lulu clear dengan sebarang jangkitan kuman, paru-parunya pun clear. Tapi ada yang membimbangkan para doktor sebenarnya. Setelah didiagnosis, Lulu ada masalah pada jantungnya.
Hati ibu mana yang tegar apabila mendengar keputusan tu dari mulut doktor. Masalah Lulu ni akan dirujuk terus ke Hospital Sedang pula, sebabnya di sana saja ada pakar jantung kanak-kanak. Hospital Selayang hanya ada paedriatik biasa saja dan kekangan peralatan. Sementara tunggu tarikh appointment di Serdang, Lulu masih ditempatkan lagi di NICU untuk pemantauan lebih rapi, di samping doktor masukkannya ubat untuk kuatkan jantung dan perlu sokongan oksigen pada masa tu. Agak lama jugak Lulu di NICU, boleh dikatakan dah jadi rumah kami yang ke dua. Mujurlah kakak pada masa tu dekat rumah mak.
Semasa daycare Lulu, nurse yang menjaga Lulu ada bagitau, jika sampai tarikh appointment Lulu tak discaj, kami akan ke Serdang dengan menaiki ambulans. Aduhhh. Kami hanya mampu berdoa saja.


Lulu Dibenarkan Pulang Ke RumahAlhamdulillah, dua minggu Lulu di NICU, Lulu dibenarkan pulang ke rumah. Perasaan pada masa tu, seronok tak terkata. Bau asem si Lulu usah la kata. Di wad, mana ada mandi pun. Walau macam mana sekalipun appointment di Serdang kena pergi jugak ye tapi kena pergi sendiri. Tak perlu naik ambulans. Lega dengar tau, korang faham-faham je la bila naik ambulans ni. Tak sakit boleh sakit jadinya.
Bila dapat discaj tu, macam-macam amanat dari doktor dan nurse sementara tunggu tarikh appointment. Semasa di rumah, kami kena lebih alert dengan keadaan Lulu, bila nampak biru kena terus pergi ke emegency, dan nurse pula ajar cara-cara bagi ubat kuatkan jantung pada Lulu. Agak leceh jugak pada masa tu. Sebab ada ubat lulu jenis yang tablet. Jadi, sebelum bagi pada Lulu kena tumbuk halus dulu. Sepanjang tempoh tersebut, kinah ni dah rupa dukun ubat pulak hahah.
Syukur alhamdulillah, sepanjang Lulu balik ke rumah, tak ada sebarang masalah dan Lulu pun nampak sihat je hinggalah ke tarikh appointment di Serdang.


Pergi Appointment Di Hospital SerdangBerdebar sebenarnya nak ke sana. Sepanjang perjalanan, tak putus kinah berdoa moga Lulu baik baik aje. Dah la first time ke Serdang, selok beloknya kami pun tak tak tahu. Dengan PKP lagi. Tapi kami redah jer. Parking kereta pun jauh nun di Maeps Serdang. Mujurlah ada shuttle free ke hospital, kalau tak masak le kami, dengan panas terik lagi.
Selepas pendaftaran, kami terus ke Klinik Pediatrik, mujur dekat je dengan kaunter pendaftaran. Selepas diteliti surat lampiran yang Hospital Selayang bekalkan, kami dibenarkan masuk ke dalam dan nama pun dah ada dalam list mereka. Ingatkan pergi ke sini untuk ambil tarikh appointment je, rupanya z
Selepas beberapa lama menunggu giliran, akhirnya nombor giliran kami dipanggil untuk pemeriksaan. Macam biasa, doktor yang in charge akan tanya kita, bagaimana keadaan Lulu semasa di rumah, makan ubat apa? Sejarah kesihatan kita, ehh semua la. Selepas diperiksa, kami diminta untuk menunggu untuk proses seterusnya iaitu scan di bahagian jantung.
Pada masa ni, agak ramai jugak yang menunggu giliran untuk di scan. Hmm rupanya, masih ramai baby yang mengalami masalah jantung. Cuma antara kritikal dan tak saja.
Setelah agak lama menunggu giliran, akhirnya nama Lulu dipanggil. Agak gelap bilik scan tu. MA yang bertugas minta Lulu dibaringkan, tapi ntah macam mana Lulu tak bagi kerjasama pulak. Bila tak bagi kerjasama, agak susah untuk mereka scan dengan tepat. Kami diminta untuk tenangkan lulu di luar. Ehhhh sabor je la dengan si Lulu ni. Bagi susu apa semua pun tak jalan. Seolah-olah dia tau pulak, dia nak kena scan.
Selepas beberapa minit, kami dipanggil masuk semula ke dalam. Pada masa ni, Lulu masih tak beri kerjasama, solution akhir doktor pakar pada masa tu kalau tak silap Dr Tan, ambil alih dan minta MA berkenaan berikan Lulu glucose untuk tenangkannya. Hmm dapat glucose tu, senyap je la makcik tu. Siap pakej renyih. Habis rasa glucose, dia mengamuk, MA tu tembak sikit lagi glucose, baru dia senyap sampai doktor pakar tu habis scan.
Selesai scan, kami diminta tunggu di luar bilik dan tunggu saja nombor giliran dipanggil sekali lagi untuk doktor review hasil scan tersebut. Pada masa tu debornya usah cerita la.


Doktor Diagnosis 3 Masalah Di JantungBeberapa minit kemudian, nombor giliran naik. Dan hanya kinah saja dibenarkan masuk bersama Lulu, ayahnya kena tunggu kat luar. Selepas diteliti hasil scan tersebut, doktor jumpa 3 masalah minor pada Lulu. Pertama, masalah jantung tebal. Benda ni berlaku disebabkan si ibu ada kencing manis semasa hamil, kedua, saluran jantung berlubang dan ketiga jantung berlubang. Tapi setelah mendengar penerangan dari doktor, masalah pertama dan kedua tu lambat laun akan jadi normal. Manakala, jantung berlubang tu hanya lubang kecil saja dan tak perlu sebarang pembedahan sebabnya lambat laun akan tutup dengan sendirinya.
Alhamdulillah, satu kelegaan bagi kami bila dengar doktor explain macam tu. Dan pada masa tu, segala ubat-ubatan yang diberikan kepada Lulu semasa di Selayang, doktor suruh off. Tak payah makan dan bertumbuk bagai dah.
Seperti biasa, bagi kes-kes macam ni pastinya akan ada follow up untuk melihat keadaan kesihatan Lulu. Jadi, kami perlu datang lagi ke Serdang 6 bulan lagi. Sementara tunggu appointment di Serdang, di Selayang pun kami perlu follow up untuk monitor lulu sepanjang 6 bulan.


Pergi Follow Up Ke Hospital SerdangAlhamdulillah pejam celik, dah 6 bulan. Kami sekali lagi berkelana ke Serdang. Nak buat macam mana kan. Macam biasa, semasa scan kali ni, Lulu bagi kerjasama. Sekejap je dah selesai, yang scan pulak DR Tan tu juga. Alhamdulillah. Selepas scan, Lulu perlu buat ECG pula. Alhamdulillah result ECG pun normal.
Selepas siap semuanya, kami dipanggil semula untuk review keputusan scan tersebut. Alhamdulillah, antara 3 masalah yang diberitahu oleh DR Tan tu, 2 masalah minor tu dah normal. Cuma, PDA nya masih belum tutup sepenuhnya. Walaupun begitu, lubangnya pada jantungnya semakin mengecil. Alhamdulillah, syukur sangat bila dengar berita tu.
Dan kami diminta untuk datang sekali lagi dalam tempoh setahun lagi. Lega sangat bila doktor bagitau hal ni.


Lulu Semakin AktifLulu sekarang pun umurnya dah 9 bulan dan semakin aktif dah, kalau tak sebelum ni agak pasif je. Kejap je masa berlalu. Rasa baru je bersalinkan dia. Masa pemeriksaan berkala di KKIA pun doktor bagitau dah tak dengar bunyi lagi dah pada jantungnya. Kalau benar apa yang dikatakan doktor, alhamdulillah. 
Haa ini lah budaknya
Haaa begitula cerita serba sikit mengenai anak kedua aye tu. Tapi ni bukan sikit ni, dah panjang berjela rasanya. Tapi takpe, sedikit sebanyak bila luah kat sini ada jugak kenangan boleh dibaca kemudian hari.
Pada ibu hamil yang tengah membaca ni, harap sangat korang jaga pemakanan, makan suplemen yang dapat dari nurse tu. Ada sebabnya mengapa nurse, doktor selalu bising pasal jaga makan, berat naik dan macam-macam hal lagi. Kekadang efeknya pada baby kita nanti. Kesian dia tau, kecik lagi nak kena hadapi semua ni.
Okaylah itu je setakat ni ye. Semakin panjang pulak karangan ni.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2021/06/kisah-lulu-nafisah-di-awal-kelahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Palestin Menang Bola Lawan Malaysia Disiar Anak Pm Israel Untuk Sebar Kebencian

Kisah Palestin Menang Bola Lawan Malaysia Disiar Anak Pm Israel Untuk Sebar Kebencian

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 235 hits
Manusia kalau hatinya sudah hitam apa sahaja yang dilakukan tetap niat mahu mendurjanakan Jika sudah jadi begini apa sahaja prinsip kemanusiaan akan diabaikan Tiada lagi istilah betul atau moral yang akan menjadi pertimbangan Itulah yang be...
Kisah Menyayat Hati Sebuah Keluarga

Kisah Menyayat Hati Sebuah Keluarga

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 354 hits
Ni gambar raya baru ni lengkap semua ada Ni kisah di Sg Besi Ibunya kena Covid asbab gi urus jenazah yg disembunyikan status covid Beberapa jam selepas isteri meninggal si ayah pula meninggal Dua meninggal kelmarin Pagi tadi anak bongsu men...
Drama Kisah Cinta Kita

Drama Kisah Cinta Kita

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 1248 hits
Nantikan drama bersiri Kisah Cinta Kita menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson Drama terbitan A Aida Production dibawah arahan Riza Baharudin Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Jun nanti JUDUL KISAH CINTA KI...
Kegagalan Membuat Postmortem Kegagalan Deb Selama 50 Tahun Sedikit Kisah Nabi Daud

Kegagalan Membuat Postmortem Kegagalan Deb Selama 50 Tahun Sedikit Kisah Nabi Daud

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 597 hits
Yang berikut ini adalah analisa oleh penulis Murray Hunter berkenaan kegagalan DEB atau Dasar Ekonomi Baru selama 50 tahun Sebelum ini beberapa kali dan berkali kali saya telah sebut bahawa DEB itu adalah Dasar Ekonomi Bebal Sila baca hurai...
Kisah Sukses Sundar Pichai Ceo Google Asal India Dulu Hidup Susah Sekarang Jadi Miliarder

Kisah Sukses Sundar Pichai Ceo Google Asal India Dulu Hidup Susah Sekarang Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 326 hits
Tertarik dengan teknologi sejak kecil meski saat itu televisi pun ia tak punya Beruntungnya ia tetap bisa menempuh pendidikan terbaik
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 285 hits
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa Alim ulama pernah berkata Orang yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan banyak karya namun seorang yang luar biasa mamp...
Kisah Ibu Pinik Seorang Pebisnis Telur Asin

Kisah Ibu Pinik Seorang Pebisnis Telur Asin

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 360 hits
Kali ini ada ini memulai usaha telur asin rumahan Karena terinspirasi dengan banyaknya peminat telur asin Tapi masih sedikit pebisnis yang melirik bisnis ini Sementara bahan baku berupa telur bebek segar di daerahnya sangat berlimpah ruah M...
Kisah Purdi E Chandra Pendiri Primagama

Kisah Purdi E Chandra Pendiri Primagama

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 540 hits
Topik kita sekarang yaitu Kisah sukses pengusaha kecil pendiri sebuah lembaga pedidikan atau bimbel yang awalnya hanya punya 1 atau 2 murid saja Kini sudah punya ratusan ribu murid yang hampir tersebar di seluruh Indonesia dari Sabang hingg...
Kisah Gadis 11 Tahun Di Irak Jadi Pemulung Demi Hidupi Keluarga

Kisah Gadis 11 Tahun Di Irak Jadi Pemulung Demi Hidupi Keluarga

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 261 hits
Kisah Gadis 11 Tahun di Irak Jadi Pemulung Demi Hidupi Keluarga Sehari hari Sahar Shaaban ditemani dua adik laki lakinya mendatangi sejumlah tempat pembuangan sampah untuk mengumpulkan kaleng minuman bekas dan potongan logam Hasil memulung ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord