Kisah Lebuhraya Karak Yang Masih Kekal Misteri





Suatu ketika dulu, sepasang suami isteri bersama seorang bayi yang masih kecil sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak pada waktu malam. Mereka memutuskan untuk melakukan perjalanan pada waktu malam untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas. Pada malam itu jalan raya kelihatan lengang dan sunyi dari bunyi kenderaan. Pada awalnya pemanduan mereka berjalan dengan lancar dan tiada masalah.

Ketika si suami sedang asyik memandu, tiba-tiba kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin kereta mati di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Si suami terkejut dan merasa pelik, kerana dia yakin bahawa dia sudah memeriksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan yang panjang pada malam itu demi keselamatan keluarganya. Tanpa pilihan lain, mereka terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan
Pada awalnya suami isteri tersebut memutuskan untuk menunggu sampai hari siang untuk meminta bantuan sebelum meneruskan perjalanan. Mereka hanya mampu mendiamkan diri di dalam kereta untuk beberapa ketika kerana dihantui perasaan seram dengan keadaan kepekatan malam ditambah lagi dengan suasana yang sunyi. Tidak lama kemudian, si suami memutuskan untuk keluar dari kereka untuk memeriksa enjin yang mungkin berlaku kerosakan di mana-mana bahagian
Manakala si isteri hanya menunggu di dalam kereta ditemani anaknya yang masih kecil. Selang beberapa minit, si suami muncul kembali dan memberitahu isterinya bahawa dia tidak menemui sebarang kerosakan atau sebrang masalah pada enji kereta. Si suami kemudian cuba untuk menghidupkan kembali kereta mereka, namun cubaannya ternyata sia-sia kerana kereta itu tetap tidak berjaya dihidupkan setelah mencuba beberapa kali. Mereka diam sejenak sambil cuba untuk menenangkan fikiran
Pada mulanya mereka ingin menunggu sahaja di dalam kereta sehingga ada kereta lain yang lalu di situ dan meminta bantuan. Namun setelah lebih 20 minit berlalu, tiada satu pun kenderaan yang melalui kawasan itu. Walaupun terasa berat hati untuk meninggalkan keluarganya, si suami tiada pilihan lain. Dia nekad untuk keluar mencari pondok telefon awam yang berdekatan untuk meminta pertolongan
Sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan pergi mencari pondok telefon, dia sempat berpesan kepada isterinya supaya mengunci pintu kereta dan jangan keluar dari kereta sehingga dia kembali. Si isteri yang melihat suaminya berjalan pergi mula rasa tidak sedap hati. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikirannya. Si isteri berdoa agar ada sesiapa yang melalui tempat di mana kereta mereka rosak dan menawarkan bantuan. Dia juga bimbang dengan keadaan dirinya yang ditinggalkan bersama dengan anaknya yang masih kecil di tepi Lebuhraya Karak yang sunyi


Setelah beberapa jam berlalu, bayang suaminya masih belum kelihatan dan membuatkan isterinya bertambah risau. Berbagai bayangan buruk mula bermain-main di minda, dia bimbang jika sesuatu yang buruk menimpa suaminya. Dalam kerisauan, tiba-tiba dia dari kejauhan dia ternampak ada cahaya biru dan merah yang datang dari sebuah kereta peronda. Dia melihat seorang anggota polis keluar dari kereta peronda tersebut melalui cermin pandang belakang
Anggota polis tersebut kemudian mengisyaratkan supaya si isteri keluar dari kereta dengan senyap dan jangan sesekali pandang belakang. Walaupun tidak mengerti mengapa beliau dipanggil oleh anggota polis itu, beliau tetap akur dan keluar dari keretanya yang tersadai di tepi jalan bersama bayinya. Dengan senyap, beliau berjalan ke arah kereta peronda seperti yang diarahkan. Tetapi malangnya, semasa dia berjalan mendekati kereta peronda polis, dia telah menoleh ke belakang dan terlihat olehnya satu kepala tanpa badan tergolek di atas bumbung keretanya yang rosak




Apabila dia perhatikan dengan teliti dia mendapati bahawa kepala tersebut adalah milik suaminya sendiri. Dipercayai bahawa sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, si isteri ada terdengar beberapa bunyi dentuman yang datang dari atas bumbung kereta tersebut. Namun, si isteri tidak berani untuk keluar memeriksa bunyi tersebut, lagi pula dia sudah berjanji dengan suaminya untuk tidak keluar dari kereta sehingga suaminya kembali
Sehingga kini badan suaminya masih belum ditemui dan apa yang menyebabkan kepala suaminya terputus juga tidak diketahui angkara siapa atau lebih tepat lagi angkara apa? Kisah ini terus kekal menjadi misteri hingga kini dan terus menghantui pengguna Lebuhraya Karak terutama bagi mereka yang memandu seorang diri pada waktu malam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/09/kisah-lebuhraya-karak-yang-masih-kekal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Telur Pun Masih Mahal Ada Hati Hendak Kawal Harga Barang Najib

Harga Telur Pun Masih Mahal Ada Hati Hendak Kawal Harga Barang Najib

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 407 hits
Telur ayam antara barangan keperluan yang didakwa masih mahal KUALA LUMPUR Meskipun pada tahun lalu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan harga telur turun 2 sen tetapi hakikatnya pada masa ini harga telur masih lagi tinggi D...
Ribuan Ikan Mati Mendadak Dan Terdampar Di Sejumlah Pantai Di Ambon Penyebabnya Masih Misterius

Ribuan Ikan Mati Mendadak Dan Terdampar Di Sejumlah Pantai Di Ambon Penyebabnya Masih Misterius

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 269 hits
Ribuan ekor ikan mendadak mati dan terdampar di beberapa pantai di sejumlah desa di Pulau Ambon dalam beberapa hari terakhir Selain ikan sejumlah jenis biota laut lainnya juga ikut mati secara misterius Fenomena langkah ini pun membuat hebo...
Perpaduan Kita Masih Hanya Pada Permukaan Sahaja

Perpaduan Kita Masih Hanya Pada Permukaan Sahaja

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 301 hits
1 Masa zaman awal awal buat blog dulu sekitar tahun 2012 aku dan rakan penulis lain begitu ghairah mengecam orang Bila ada ahli politik buat benda merepek kutuk Bila berlaku suatu isu panas kecam Bila orang buat benda bodoh viralkan 2 Namun...
Harga Telur Gred E Masih Lebih Tinggi Najib Tegur Kerajaan

Harga Telur Gred E Masih Lebih Tinggi Najib Tegur Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri mempersoalkan kemampuan kerajaan mengawal harga barang kerana harga telur gred E C dan AAA sekarang masih lebih tinggi berbanding sebelum pilihan raya umum ke 14 Najib Razak berkata harga telur masih 32 s...
Hati Hati Mie Berbahan Formalin Dan Boraks Masih Marak Beredar

Hati Hati Mie Berbahan Formalin Dan Boraks Masih Marak Beredar

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 220 hits
Dedi menyebut lokasi pemasaran mie dengan bahan berbahaya ini mencakup DKI Jakarta dan sejumlah kawasan di Jawa Barat meliputi Bandung Cianjur Bogor Bekasi dan Sukabumi
Pemerintah Malaysia Akan Sita Tanah Petani Yang Masih Membakar Lahan

Pemerintah Malaysia Akan Sita Tanah Petani Yang Masih Membakar Lahan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 226 hits
Para petani yang bersalah sejauh ini belum ditangkap karena mereka melakukan pembakaran hutan terbuka pada malam hari atau dini hari
Jerebu 115 Sekolah Di Selangor Masih Ditutup 25 Sekolah Di Putrajaya Dibuka Semula Esok

Jerebu 115 Sekolah Di Selangor Masih Ditutup 25 Sekolah Di Putrajaya Dibuka Semula Esok

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 528 hits
Berikutan kualiti udara yang masih berada di tahap berbahaya dan tidak menyihatkan sebanyak 115 buah sekolah di Selangor masih ditutup esok yang membabitkan sekolah di daerah Sepang Kuala Langat Hulu Langat Klang dan Sabak Bernam Keputusan ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar