Kisah Kesultanan Banjar Kesultanan Banjarmasin


Kisah Kesultanan Banjar Kesultanan Banjarmasin [Sumber diakses oleh nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta pada 26 Disember 2022 @ 2:01 am]
Lokasi kota Banjar.

Menarik kisah ini. Jom baca.Kesultanan Banjar atau kesultanan Banjarmasin adalah sebuah kerajaan Islam yang berdiri di Kalimantan. Kerajaan ini pada mulanya berpusat di Banjarmasin Kalimantan Selatan, tetapi kemudiannya berpindah ke Martapura di Kabupaten Banjar. Kesultanan Banjar adalah penerus kerajaan Negara Daha, sebuah kerajaan Hindu yang beribu kota di kecamatan Daha Selatan. Ketika di Banjarmasin, Kesultanan ini mendapat nama sebagai Kesultanan Banjarmasin.
SEJARAH
Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah takluknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabkan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang Raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman.
Banjar Region
Bendera Wilayah BanjarWilayah Banjar (Bahasa Indonesia: Daerah Banjar, ejaan lama Bandjar) adalah kawasan autonomi yang dibentuk di bahagian tenggara pulau Borneo Indonesia oleh Belanda pada tahun 1948 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menubuhkan semula jajahan Hindia Belanda semasa Indonesia. Revolusi Kebangsaan. Banjar menjadi sebahagian konstituen Amerika Syarikat Indonesia pada tahun 1949. Pengerusi Majlis Banjar ialah Mohammed Hanafiah. Wilayah ini dibubarkan pada 4 April 1950 dan digabungkan dengan Great Dayak dan Persekutuan Borneo Tenggara untuk membentuk Provinsi Kalimantan. Hari ini, wilayah bekas wilayah itu merangkumi sekitar dua pertiga daripada Provinsi Kalimantan Selatan.
InShaallah bersambung.
emoga bermanfaat Kisah Kesultanan Banjar Kesultanan Banjarmasin ni. Siapa keturunan Banjar? Kita gang. 😁
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta
SUMBER : Wikipedia Kesultanan BanjarBanjar Region


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.blogieta.com/2022/12/kisah-kesultanan-banjar-kesultanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Cawan Seramik Dan Cawan Plastik

Kisah Cawan Seramik Dan Cawan Plastik

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 175 hits
Oleh JebatSetiap daripada kita akan menghormati seseorang itu bersandarkan kepada pangkat atau posisi yang dipegang oleh seseorang itu dalam organisasi syarikat mahupun komuniti Itu adalah lumrah yang tidak boleh sesiapa pun nafikan Namun s...
Kisah Poong Woo Couple Bermula Kim Minjae Kongsi Perkembangan Plot Poong The Joseon Psychiatrist 2

Kisah Poong Woo Couple Bermula Kim Minjae Kongsi Perkembangan Plot Poong The Joseon Psychiatrist 2

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 182 hits
Ih tak sabar betul nak tengok Poong The Joseon Psychiatrist musim kedua ARTIKEL BERKAITAN Umum pasti sudah mengetahui mengenai drama Poong The Joseon Psychiatrist yang bakal kembali dengan musim kedua dan masih mengekalkan pelakon sama sepe...
Drama Akim Mira Kisah Cinta 1999 Lakonan Adam Lee Mimi Lana

Drama Akim Mira Kisah Cinta 1999 Lakonan Adam Lee Mimi Lana

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 300 hits
Tonton Drama terbaharu Gempak Original Series Akim dan Mira Kisah Cinta 1999 Full Episod gandingan Adam Lee dan Mimi Lana ditayangkan pada setiap hari Rabu jam 9 30 malam mulai 21 Disember 2022 melalui saluran Astro Ria serta turut boleh di...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan