Kisah Jutawan Dermawan Zaitun Yang Patut Kita Contohi




“Tak Perlu Berjoget Dengan Pondan, Tak Perlu Heboh-Heboh Buat Rumah Besar Gedabak”-Perkongsian Kisah Jutawan Dermawan Zaitun Yang Patut Kita Contohi.

Jatuh Bangun Jenama Zaitun.Siapa ingat lagi jenama Zaitun?Sekitar tahun 80-90an dulu jenama Zaitun memang cukup terkenal di Malaysia. Tak perlu berjoget dengan pondan, tak perlu heboh-heboh buat rumah besar gedabak, jenama Zaitun tetap dikenali ramai pada masa tu. Sampaikan Colgate Malaysia pun terancam dengan kewujudan jenama baru ni.Tapi yang menarik untuk dikongsi dengankorang semua bukanlah jenama Zaitun tu sangat, tapi keperibadian pengasas Zaitun iaitu Dato Seri Dr Mohammad Eusuff Teh.Keperibadiannya memang kita tak kan jumpa dekat mana-mana jutawan kosmetik yang ada hari ni. Baik Dato Vida, Alip Sukeri, Sajat, atau Sapi Ilyas. Tak ada.

Kau bayar lah zakat banyak mana sekali pun, tak kan sama.Jutawan jutawan kosmetik dekat Malaysia yang ada hari ni patut jadikan keperibadian Dr Mohammad Eusuff Teh ni sebagai contoh.Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh dikenali sebagai seorang Doktor perubatan Homeopathi yang hartawan dan dermawan serta memiliki sifat-sifat terpuji dan berakhlak mulia, jujur, amanah, sabar, rendah diri dan pemurah.Meskipun dikenali sebagai seorang yang hartawan, beliau mengamalkan prinsip kehidupan dengan penuh kesederhanaan dan menumpukan perhatian dalam kerja-kerja amal jariah terutamanya di Klinik Homeopathi milik beliau. Disamping memberikan ubat secara percuma kepada pesakit-pesakit dari golongan tidak berkemampuan, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan dakwah dan memberi nasihat agama disamping mengambil berat terhadap masalah mereka.





Dato’ Seri sering berdakwah akan keluhuran dan kesucian agama Islam kepada orang bukan Islam, namun beliau mengambil sikap berhati-hati sekiranya ada yang ingin memeluk agama Islam. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya diteliti sebab dan niat seseorang yang ingin memeluk agama Islam serta tahap pemahaman mereka terhadap agama Islam serta membimbing mereka untuk memahami ajaran Islam daripada terburu-buru mendorong mereka memeluk agama Islam demi mempertahankan keagungan agama Islam agar ia tidak dipermain-mainkan ataupun diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk apa jua keadaan disamping mengekang mereka dari keluar agama Islam dan murtad selepas itu.

Berikutan dari kemampuan modal dan kesedarannya untuk menunaikan fardhu kifayah, beliau telah mengasaskan Syarikat Zaitun Industri Berhad, yang merupakan syarikat perintis di Malaysia mengeluarkan produk suci dan halal khusus untuk umat Islam. Disinilah bermulanya slogan “Gunakan Tanpa Was-Was“ yang mencetuskan revolusi barangan halal dan suci dibuat oleh orang Islam, untuk pengguna Islam.Dato’ Seri dan isterinya To’ Puan Rokiah Binti Abdullah dikurniakan seramai enam orang anak, dua daripadanya lelaki iaitu Dato’ Mohd. Raihan dan Dato’ Mohd. Kamal serta empat anak perempuan iaitu Aisha, Faridah , Zaiton dan Siti Haja. Kesemua anak-anak mereka telahpun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan 16 orang cucu dan 5 orang cicit.Dato’ Seri menitikberatkan kerja-kerja amal jariah kepada kesemua anak-anaknya dan mengamalkan kaedah membuat kebajikan secara berahsia “tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”. Namun, untuk sesetengah situasi yang memerlukan lebih banyak pertolongan ataupun bantuan berskala besar, beliau membenarkan media massa untuk memaparkan sumbangannya agar liputan tersebut dapat menjadi pencetus motivasi untuk mengalakkan individu dan organisasi lain untuk turut sama memberikan sumbangan.

Antara sumbangan dan kerja amal yang telah dilaksanakan oleh Dato Seri adalah seperti berikut:

* Derma bagi mangsa peperangan di Kosovo dan Bosnia.

* Derma bagi Yayasan Markazu di India yang menghuni seribu anak-yatim yang dilengkapi sebuah hospital dan sekolah.

* Sumbangan tahunan untuk majlis berbuka puasa dan moreh kepada Masjid dan Surau angkat pada setiap bulan Ramadhan.

* Adalah menjadi tradisi pada setiap bulan Ramadhan, Dato’ Seri bersama isterinya dan kesemua anak-anak dan cucu-cucunya akan mengunjungi rumah-rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan tidak berkeupayaan untuk memberi infaq’ zakat dan sumbangan.

* Beliau juga sering mengunjungi kampung-kampung pendalaman dalam usaha mengenal pasti orang fakir dan miskin yang memerlukan bantuan termasuk membina dan membaiki rumah.

* Menyumbangkan naskah Al-Quran, sejadah dan telekung kepada Madrasah, Masjid dan Surau serta kaki prostetik kepada mereka yang memerlukan.

* Sumbangan pembinaan dan kerja penambahbaikkan Masjid, Surau dan sekolah agama serta Pusat Tahfiz Al-Quran yang disemadikan dengan nama beliau atas kehendak dan persetujuan penduduk setempat, antaranya :

i. Dewan Tahfiz Al’ Quran Mohammad. Eusuff Teh di Kuala Selangor, Selangor

ii. Sekolah Rendah Agama Dato’ Seri Dr. Hj. Eusuff Teh di Melaka

iii. Masjid Silaturrahim Mohammad. Eusufff Teh di Gombak, Selangor

iv. MASJID DR. HJ. MOHAMMAD EUSUFF TEH di Mukim Pedas, Negeri Sembilan (projek pembinaan Masjid ini telah selamat disempurnakan oleh anak sulung beliau iaitu Dato’ Mohd. Raihan bagi menunaikan niat dan hasrat Dato’ Seri untuk membina sebuah Masjid yang lengkap dan telah diwakafkan kepada penduduk Pedas Hilir, Negeri Sembilan pada 19hb. November, 2010).

Dato’ Seri mengasuh anak-anaknya agar mengamalkan sifat TAQWA dan ADIL bukan sahaja sesama manusia malahan kepada makhluk Allah yang lain iaitu haiwan/binatang. Beliau menekankan bahawa burung sepatutnya menikmati kebebasan untuk terbang bebas dan bukan dikurung dalam sangkar dan sekiranya ingin membela ikan, hendaklah dikolam yang besar dan bukannya didalam tangki ikan yang kecil. Beliau juga tidak menerima perbuatan memukul ataupun menyiksa apa jua binatang dalam apa jua keadaan. Untuk menyokong usaha-usaha mempertahankan hak haiwan, Dato’ Seri merupakan penderma kepada tabung SPCA, Malaysia iaitu badan yang menghalang Haiwan dari Seksaan.Dato’ Seri mengamalkan prinsip Islam dan tegas dalam membimbing anak-anaknya didalam soal keagamaan sebagai bekalan dunia dan akhirat. Anak- anak Dato’ Seri merasa bertuah kerana berpeluang mendapatkan nasihat dan tunjuk-ajar serta panduan samaada berhubung soal perniagaan mahupun soal hal-ehwal agama pada setiap malam semasa hayatnya yang menjadikannya seorang ayah yang istimewa dan dikenang sehingga kini.Salah satu peristiwa yang masih terpahat di memori anak sulungnya, Dato’ Mohd. Raihan yang mencerminkan ketaqwaan dan keimanan ayahnya berlaku semasa Dato’ Mohd Raihan dalam usia belasan tahun ketika berlakunya rusuhan kaum 13hb. Mei, 1969. Di waktu itu, Dato’ Mohd. Raihan masih ingat keadaan dimana ibunya yang merasa cemas mengetuk pintu bilik ayahnya berkali-kali yang ketika itu sedang mengerjakan solat Maghrib. Ibunya mengetuk pintu bilik mendesak ayah supaya keluar segera kerana khuatir para perusuh akan pecah masuk ke dalam rumah, namun ayahnya tetap mengerjakan solat sehingga selesai. Sebaik ayah keluar dari bilik beliau meningatkan ibu supaya jangan sekali-kali menggangu ketika dia bersolat dalam apa jua situasi kerana sesungguhnya, Allah sahaja yang melindungi kita dari apa jua musibah dan kepada Allah sahaja yang kita mohon pertolongan dan perlindungan.

Kecintaanya pada ketinggian dan kesucian agama Islam terserlah bila ia sering memilih untuk mengunjungi Masjid-Masjid terlebih dahulu disetiap tempat yang beliau dan keluarga lawati apabila keluar melancung ke luar-negara. Dato’ Seri tidak pernah meninggalkan isteri dan anak-anaknya walaupun untuk semalam. Beliau akan membawa mereka bersama-sama ke mana-mana sahaja walaupun untuk urusan berniaga ke luar-bandar. Kasih sayang yang begitu erat menjadi beliau seorang ayah yang amat akrab dengan semua anak-anaknya.Dato’ Seri berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa mempertahankan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Beliau pernah berkata pada anak-anaknya bahawa dia berdoa kepada Allah SWT supaya dia rela dikembalikan kepada Allah SWT dengan serta-merta daripada menjadi orang yang sesat, kerana tiada yang lebih penting dan berharga selain dari agama yang benar, iaitu agama Islam.

Diantara wasiat Dato’ Seri kepada anak-anaknya ialah sentiasa membuat amal kebajikan dengan membantu fakir miskin dan meneruskan pengagihan beras kepada mereka setiap tahun. Secara ringkasnya, amanat dan wasiat beliau diringkaskan seperti berikut :

* HULURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MISKIN DAN MEMERLUKAN

*JANGAN MEMBURU, MENGURUNG DAN MENYEKSA BINATANG

* BEBASKAN BURUNG-BURUNG DAN MAKHLUK YANG TIDAK BERDOSA

* NASIHATI ORANG LAIN SUPAYA BERHENTI MEMBUAT KEKEJAMAN SEMOGA ANDA JUGA MEMPEROLEHI PAHALA

* SETIAP AMAL PERBUATAN PASTI ADA BALASANNYA

Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad. Eusuff Teh telah kembali kerahmatullah pada 15 Muharram 1425H bersamaan 18hb. March, 2003.Meskipun selepas ketiadaan beliau, legasi Klinik Homeopathi Dato’ Seri terus beroperasi meneruskan kerja-kerja amal jariah yang dimulakan oleh beliau. Anak-anak dan cucu-cucunya pula menjunjung tinggi amanat dan wasiat Dato’ Seri dalam meneruskan kerja-kerja amal jariah dengan membentuk TABUNG AMAL KEBAJIKAN ALLAHYARHAM DATO’ SERI DR. MOHAMMAD. HJ. EUSUFF TEH bagi melaksanakan kerja-kerja amal kebajikan dengan lebih tersusun sehingga kini.Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNYA keatas roh Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad. Eusuff Teh dan menempatkannya di kalangan para solihin dan syuhada’. AL-FATIHAH. Aamiin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/02/tak-perlu-berjoget-dengan-pondan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Mereka Yang Kaya Justru Dermawan Pada Yang Mampu Tapi Perhitungan Pada Si Miskin

Kisah Mereka Yang Kaya Justru Dermawan Pada Yang Mampu Tapi Perhitungan Pada Si Miskin

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 274 hits
Lihat sekeliling banyak dari kita atau bahkan kita sendiri yang menunjukkan kekuasaan atas mereka yang miskin tetapi murah hati pada mereka yang tidak membutuhkan bantuan Mau tidak mau kejadian kejadian terebut menjadi realitas yang sering ...
Kisah Cinta Megawati Dan Taufiq Kiemas Akan Diungkap Dalam Film Taufiq

Kisah Cinta Megawati Dan Taufiq Kiemas Akan Diungkap Dalam Film Taufiq

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 297 hits
Terutama mengisahkan masa remaja Taufiq Kiemas dan kemudian menjadi aktivis mahasiswa yang mendukung Presiden Soekarno Karena aktivitasnya tersebut Taufiq Kiemas semasa hidupnya pernah mendekam di dalam penjara pada masa rezim Orde Baru
Kisah Tentera Kita Askar Melayu Dengan Salji

Kisah Tentera Kita Askar Melayu Dengan Salji

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 543 hits
Kisah Tentera kita Askar Melayu dengan salji Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian2 yg pernah saya alami baiklah saya akan bercerita sikit setakat yg saya boleh cerita 1995 saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja Se...
Kisah Awal Tahun

Kisah Awal Tahun

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 1066 hits
Alhamdullillah dah sebulan kita melalui tahun 2019 Mama Yan dah kurang update Fecebook Tapi tetap skroll Facebook utk melihat gosip gosip dan membawangs Okay jejoms kita semak Sama tak berita viral di newsfeed kita 1 Elfira selamat bernikah...
Kisah Adik Beradik Cina Terlibat Urusan Pengebumian Ayah Yang Masuk Islam

Kisah Adik Beradik Cina Terlibat Urusan Pengebumian Ayah Yang Masuk Islam

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 526 hits
Kisah adik beradik Cina yang terlibat dengan pengurusan pengkebumian ayah mereka yang telah memeluk Islam BICARA DARI BILIK MAYAT Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima satu kes kematian warga emas yang mualaf ...
Pelbagai Kisah Dunia 9100

Pelbagai Kisah Dunia 9100

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 415 hits
China Tawarkan Diskon Gede Agar Proyek Kereta Cepat di Malaysia Tetap Jalan TerusJumat 1 Februari 2019 03 29 WIBOroyek East Coast Railway Link di Malaysia didanai pinjaman dari Pemerintah China TRIBUNNEWS COM KUALA LUMPUR menawarkan pengura...
Kadang Kadang Minum Air Je Menitis Air Mata Neelofa Dengar Kisah Adik Ini Di Sekolah

Kadang Kadang Minum Air Je Menitis Air Mata Neelofa Dengar Kisah Adik Ini Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 642 hits
Neelofa adalah selebriti yang tak asing lagi di tanahair seorang yang mampu mengugat hati lelaki yang memandangnya dan lagipun dengan kerjayanya sebagai pengacara dan model membawa namanya bermain di bibir peminat peminat Namun begitu hiday...
Kisah Youtube 9099

Kisah Youtube 9099

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 435 hits
Identitas Warga Miskin Jadi Sasaran Penunggak Pajak Mobil Mewah Mereka Ditagih Pajak Jutaan Rupiah Penunggak pajak mobil mewah pakai identitas palsu BY Hindari pajak mobil mewah via Pencurian identitas ternyata tidak hanya bisa dilakukan di...
Kisah Tj Sassani Sangup Berhijrah Untuk Bisnes

Kisah Tj Sassani Sangup Berhijrah Untuk Bisnes

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 275 hits
13 tahun lalu dalam satu penerbangan dari San Fransisco ke Boston seorang perunding bisnes muda TJ Sassani duduk sambil perhatikan dari jauh seorang lelaki lain Lelaki itu berumur sekitar 65 tahun dan kelihatan letih itu sedang masukkan beg...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678