Kisah Durian Betong
Assalamualaikum
Salam dari Betong,Thailand. Masih menghabiskan sisal cuti di sini. Seperti mana tujuan asal kami ke sini adalah untuk menikmati musim buah di sini selain nak berehat menikmati suasana kampung.
Kami masuk border Betong pun dah hampir 11 malam time Malaysia, duit pun takda tak sempat tukar,baki duit lama adalah dalam 200-300 bath saja. Perkara pertama selepas pastikan bilik memang confirm dapat, ayah terus top up simkad yang dah sedia ada beli semasa kami ke Pak Bara beberapa bulan lepas. Terus cucuk duit di Atm saja(guna HSBC) dan isi perut anak-anak walau dah tengah malam. Memang tak sempat makan pun sebab terkejar- kejar nak masuk sebelum border tutup.
Semasa sedang makan ada abang ni tegur beramah mesra tanya dari mana, datang untuk apa bla bla. bla. Terus terang saja kami bagitau datang nak cari durian. Selesai kami makan terus masuk kereta sebab dah terlalu lewat badan pun letih sangat. Tiba- tiba abang tu bawa ke pickup dia keluarkan durian dari bakul. Rupanya tokey durian. Dia pelawa rasa durian. Masya Allah, terkejut kami dijamu durian boleh orang yang tak di kenal. Dah habis makan, dia bersungguh bagi beberapa biji lagi untuk bawa balik tapi kena peram belum masak betul katanya. Durian sini kan di potong dari pokok dan di peram. Korek lagi bakul nak bagi tapi kami tolak. Segan sangat, ye la di Malaysia harga durian kan mahal! Ambil sebiji je
Peram punya peram, tadi baru kami belah duriannya. Nak tau mana simpan durian tu?
Tepi kereta tempat kami parking di hotel. Hehehe.. Punya la takut kereta berbau. Siap sorok tepi rumput lagi tu. Disebabkan kan durian tu cuma sebiji, kes segan nak terima banyak durian free tu maka tadi lepas solat Jumaat ayah survey durian untuk bawa balik esok. Tokey tu sedekah 2 biji pula. Masya Allah pen jual durian sini memang suka sedekah durian ke?
Dah rezeki kami, alhamdulillah tak hilang durian yang di peram dan elok isinya. Durian yang tokey sorang lagi sedekah pun elok sedap, alhamdulillah
Agaknya sebab LM selalu sebut 'balik kampung' bila nak ke Betong sebab tu orang sini kemain peramah dan murah hati dengan kami kot? Apa pun syukur, murah rezeki bila berada kat sini. Dapat jumpa orang baik - baik tak kira usia dan Agama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/09/kisah-durian-betong.html