Kisah Doa Orang Dizalimi Dimakbul




Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan. Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.

Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.
Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. Beberapa kali dicuba, namun tiada.
Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya. Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.
Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.
Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. Kepada jiranku juga harus diberikan. Selebihnya barulah aku jualkan.
Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperoleh.
Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baharu diperoleh nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan.
Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan.
Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.
Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.
Maka, ikan itupun dibawa pergi.
Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas.
Kepada siapa hendak dia mengadu..?
Hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.
Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.
Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.
Lama kelamaan mula bernanah.
Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya.
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya.
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. Seorang tabib dari luar di bawa. Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. Ketika itu, akurlah sang raja.
Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.
Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan. Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.
" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.
"Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.
"Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan.
Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..
"Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.
Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.
"Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.
"Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.
"Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.
Akhirnya nelayan itu pun berkata, "Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."
"Apa doamu?", soal raja
Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata, “Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah KekuasaanMu ke atasnya”.
-TAMAT-
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Muadz ke Yaman dan Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa, kerana kezaliman itu membawa akibat penyesalan
Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga, dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.
Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2020/11/frh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sihir Kisah Benar Rakaman Cctv Wanita Letak Minyak Zikir Doa Pendinding Diri

Sihir Kisah Benar Rakaman Cctv Wanita Letak Minyak Zikir Doa Pendinding Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 1291 hits
SIHIR KISAH BENAR Rakaman CCTV wanita letak minyak ZIKIR DOA PENDINDING DIRIkisah benar sihir rakaman cctv wanita letak minyak di handle kereta si mangsaIni Video Rakaman CCTV wanita letak minyak di handle kereta mangsa AMALKAN ZIKIR MUSTAJ...
Doa Ampuh Untuk Membuat Pagar Gaib Rumah Sendiri

Doa Ampuh Untuk Membuat Pagar Gaib Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 318 hits
Salam dari Saya Ki Sabrang Alam Pakar Mistik Nusantara Apa kabar Semoga Anda selalu dalam keadaan baik sehat selalu dan apa yang menjadi hajad atau keinginan Anda segera di kabulkan dan di dekatkan oleh Tuhan YME Amin Pada tulisan kali ini ...
Dikabarkan Positif Terjangkit Covid 19 Mamah Dedeh Banjir Doa Namanya Sampai Jadi Trending Topic

Dikabarkan Positif Terjangkit Covid 19 Mamah Dedeh Banjir Doa Namanya Sampai Jadi Trending Topic

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 280 hits
Udah mendapat perawatan semoga Mamah bisa secepatnya denger curhatan ibu ibu pengajian kembali ya
Amalan Zikir Dan Doa Ketika Memasak

Amalan Zikir Dan Doa Ketika Memasak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 367 hits
AMALAN ZIKIR DAN DOA KETIKA MEMASAK Nak menjaga anak dan memberikan yang terbaik untuk anak anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar Sebagai ibu tak terkecuali umi sering dan sangat perlu untuk belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbai...
Doa Dan Amalan Waktu Pagi

Doa Dan Amalan Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 360 hits
Doa Dan Amalan Waktu Pagi Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dariNya dapat KakYa berkongsi ilmu buat sahabat pembaca blog KakYa untuk malam ini Malam ni KakYa nak kongsikan satu perkongsian daripada Datuk Dr Ustazah Norh...
Cara Dapatkan Doa Rasulullah

Cara Dapatkan Doa Rasulullah

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 316 hits
Dr Ahmad Sanusi Azmi Digalakkan membaca doa selesai azan seperti diajar Rasulullah 1 SETIAP kita barangkali rindu untuk mendapat doa dari Rasulullah Di sini disenaraikan beberapa hadis yang menjelaskan tentang beberapa golongan yang didoaka...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya