Kisah Cinta Hyper Realistik Pelajar 19 Tahun Saksikan Nevertheless Secara Eksklusif Di Netflix
Ramai rasanya yang dah tak senang duduk sebab tak sabar ingin melihat gandingan rakan-sama-umur Song Kang dan Han So-hee dalam drama “Nevertheless” kan?
Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernam Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun suka mengorat.
Menerusi sidang media khas bersama kedua pelakon itu dan pengarahnya iaitu Kim Ga-ram, mereka telah berkongsi lebih banyak kisah mengenai “Nevertheless”.
Romantik hyper-realistik
Dinamakan sebagai drama dengan tema romantik yang hyper-realistik, pastinya ia menjadi tanda tanya penonton mengani perbezaannya dengan naskhah romantik lain.
Jelas pengarah Kim Ga-ram, ia adalah merupakan naskhah yang realistik kerana ramai yang boleh memahami perhubungan di antara watak utamanya.
Perkataan ‘Nevertheless’ membawa maksud, meskipun tahu bahawa awak akan disakiti, namun awak masih tetap sukakan seseorang itu.
Ikhsan Netflix
Percubaan pertama selepas “The World Of The Married”
Menempa populariti selepas membawa imej perempuan kedua di dalam drama “The World Of The Married”, sudah semestinya ramai yang ingin menantikan watak terbaru Han So-hee.
Ramai yang rasakan saya memilih ‘Nevertheless’ bagi mengubah imej saya selepas ‘The World Of The Married’, tapi sebenarnya saya sangat sama dengan Yoo Na-bi dalam dunia sebenar. Berbanding ‘perubahan’, saya berasa seperti menyarungkan baju yang padan dengan saya.
Seiras dengan watak
Umum mengetahui bahawa ramai yang terpersona melihat kemiripan Song Kang dan Han So-hee dengan watak Park Jae-eon dan Yoo Na-bi di dalam webtoon asalnya. Malah mereka berdua juga tidak menafikannya.
Kata Han So-hee,
Saya berasa 50% sama dengan Na-bi. Dia tahu perhubungan dengan Park Jae-eon adalah berbahaya namun dia terjerumus juga. Saya juga seperti Na-bi suatu ketika dahulu, namun selepas mengalaminya, saya bukan lagi orang yang sama. Tapi saya boleh memahaminya.
Ikhsan Netflix
Song Kang juga mengatakan bahawa dia mempunyai persamaan sebanyak 50% dengan wataknya, Park Jae-eon.
Pengarah Kim Ga-ram juga bersetuju mengenai persamaan mereka berdua dengan watak drama itu,
Han So-hee dan Yoo Na-bi adalah satu dan sama. Terdapat ketika di mana saya keliru dengan mereka berdua. Saya berterima kasih dengannya. Song Kang dan Park Jae-eon mempunyai tekstur berbeza. Ramai bertanya, ‘Bagaimana si muda dan naif Song Kang padan dengan pemikat Park Jae-eon?’, tapi keduanya mempunyai persona tersendiri. Boleh dikatakan bahawa sedikit daripada Song Kang telah pun ditambah kepada watak asal Park Jae-eon.
Pengorbanan Song Kang
Song Kang mengakui bahawa dia banyak berfikir bagaimana cara untuk menampilkan watak Park Jae-eon selain mendapatkan pandangan pengarah. Malah lelaki itu memilih untuk mengurangkan berat badannya untuk menjayakan watak itu,
Sekali pandang, Park Jae-eon nampak seperti seorang yang lembut, tapi dia mempunyai aura yang lebih dingin berbandingnya. Bagi menekankan aspek itu, saya rasakan lebih baik untuk memiliki penampilan yang tajam, jadi saya kurangkan berat badan sebanyak 5kg.
Ikhsan Netflix
Satu episod seminggu
Kalau anda nak tahu, “Nevertheless” hanya mempunyai 10 episod sahaja. Semestinya ia merupakan sesuatu yang unik mengenai drama ini.
Kongsi pengarah Kim Ga-ram,
Hanya mempunyai 10 bahagian, kalau tayang 2 episod seminggu, pastinya ada yang akan terasa rugi. Disebabkan itu, kami banyak berfikir bagi kepuasan hati penonton.
Rating 19+ untuk tingkah laku watak 19 tahun
Apabila diumumkan bahawa beberapa episod akan diberikan rating had umur 19 tahun ke atas, rata-rata penonton mempersoalkan sebab disebalik keputusan itu. Jelas pengarah,
Ramai yang memikirkan hal tidak baik mengenai rating itu tapi sebenarnya ialah kesemua watak ialah 19 tahun dan ke atas, jadi mereka berkelakuan seperti lebih daripada 19 tahun. Oleh sebab itu, sesiapa di bawah umur 19 tahun tidak boleh menyaksikan sesuatu seperti itu.
Ikhsan Netflix
“Nevertheless” juga banyak memaparkan aktiviti dan kehidupan pelajar jurusan seni di universiti, jadi korang pasti akan rasakan ‘vibe’ kampus yang menyeronokkan.
Siapa yang dah tak sabar, boleh menonton drama cinta hyper-realistik ini di Netflix pada setiap Ahad. Korang boleh mula menonton bermula malam ini (20 Jun) okay?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kisah-cinta-hyper-realistik-pelajar-19-tahun-saksikan-nevertheless-secara-eksklusif-di-netflix/