Kisah Carl Emil Pettersson Kelasi Yang Menjadi Raja Suku Kanibal


Carl Emil Pettersson, pada usia 17 tahun, sudah mula bekerja sebagai seorang kelasi bersama sebuah syarikat perdagangan Jerman bernama Neuguinea-Compagnie yang beroperasi di kawasan kolonial terawal Jerman, German New Guinea yang kini digelar Papua New Guinea.


Seorang rakyat Sweden, Carl lahir pada bulan Oktober tahun 1875, anak kepada Carl Wilhelm dan Johanna Pettersson, beliau hidup dalam keluarga yang menghadapi perceraian.

Takdir membawanya belayar diatas kapal dengan Carl banyak menghabiskan masa di lautan.

Pada hari Krismas tahun 1904 semasa menaiki kapal Herzog Johann Albrecht, kapalnya mengalami masalah dan tenggelam.

Carl bernasib baik di bawa arus sehingga terdampar di pantai yang terletak di sebuah pulau bernama Pulau Tabar, salah satu pulau di bahagian timur laut Papua New Guinea.

Bermata Biru

Carl membuka matanya dan mendapati dia berada di sebuah kawasan cantik, dipenuhi pokok bunga raya yang mengindahkan pandangan.

Walaupun begitu, pengalamannya sebagai kelasi kapal membuatkannya menyedari dia sebenarnya berada di sebuah pulau yang penduduknya masih lagi mengamalkan amalan kanibalisme.

Bagaimanapun, selepas ditangkap penduduk tempatan, Carl dibawa menghadap Raja mereka ketika itu, Raja Lamy yang tertarik dengan matanya yang kebiru-biruan.

Mungkin itu adalah kali pertama mereka melihat seseorang individu mempunyai mata berwarna biru, Raja Lamy membenarkan Carl tinggal di pulau mereka.

Bercinta dengan anak Raja

Tinggal di Pulau Tabar tanpa ada jalan pulang, Carl menghabiskan lebih 3 tahun hidup di kalangan penduduk dan belajar cara hidup masyarakat di situ.

Kerajinan Carl memikat hati anak kepada Raja Lamy, Puteri Singdo dan pada tahun 1907, Carl dan Puteri SIngdo dikahwinkan mengikut adat istiadat kaum Pulau Tabar.

Perkahwinan mereka membuka jalan kepada Carl untuk mula memberanikan diri cuba memperkenalkan perkara yang dia tahu kepada masyarakat di situ.

Carl menggunakan kemahirannya dan mula memulakan tempat pemprosesan kelapa kering untuk dijual selain berjaya membina sebuah ladang kelapa, bagi memenuhi permintaan pembeli.

Budaya baru yang diperkenalkan Carl membuatkan penduduk di situ mula menerima beliau sebagai sebahagian daripada mereka.

Akhirnya, selepas kematian ayah mertua beliau Raja Lamy, Carl dinaikkan sebagai pengganti takhta dan menjadi Raja baru Tabar.

Penabalan Carl sebagai Raja Tabar sampai ke pengetahuan wartawan di Sweden yang menerbitkan artikel berkenaan kisah beliau.

Jejak mencari permaisuri


Hasil perkahwinan dengan Permaisuri Singdo, Raja Carl dikurniakan sembilan orang anak.

Keluarga besar itu tidak menghalang pembukaan dua lagi ladang di jajahannya, di kawasan Maragon dan juga Londolovit.

Malangnya, ekoran fasiliti kesihatan yang masih belum lengkap serta sistem penjagaan yang kurang baik, Permaisuri Singdo mengalami jangkitan kuman di rahim yang menyebabkannya sakit dan meninggal dunia pada tahun 1921, 14 tahun selepas perkahwinan mereka.

Mempunyai anak-anak yang masih kecil, Raja Carl pulang ke Sweden bagi mencari calon isteri baru dan berkahwin dengan seorang wanita bernama Jessica Louisa Simpson pada tahun 1923.

Selepas berkahwin, Raja Carl dan Permaisuri Jessica pulang ke Pulau Tabar, mendapati operasi pemprosesan kelapa mereka sudah diabaikan tanpa sesiapa mengawalnya.

Detik akhir Raja Carl Emil Pettersson

Usaha mengembalikan semula kilang dan ladang kelapa mereka sukar, berikutan beban kewangan yang perlu mereka tanggung.

Rahsia wujudnya lombong emas di salah satu pulau di bawah jajahannya pula telah diketahui pihak-pihak tertentu dan menyukarkan beliau untuk mendapatkan emas daripada kawasan tersebut.

Raja Carl dan Permaisuri Jessica akhirnya diserang penyakit malaria dan terpaksa mendapatkan rawatan, dengan Australia menjadi pilihan mereka.

Jessica sampai ke Australia terlebih dulu, bagi mendapatkan rawatan sebelum Carl tiba di sana.

Walaupun berjaya mendapatkan rawatan serta kembali ke Sweden, Permaisuri Jessica menghembuskan nafas terakhir pada 19 Mei 1935 di Stockholm dan Carl yang masih berada di Australia tidak dapat berada di sisi isterinya.

Lebih malang lagi, Carl akhirnya meninggal dunia di Sydney, Australia pada 12 Mei 1937 selepas terkena serangan sakit jantung. Harapannya untuk kembali ke Sweden hancur berkecai.

Tidak diketahui adakah Carl meneruskan kehidupan sebagai seorang kanibal selepas terdampar di Pulau Tabar.

Dan tidak diketahui apa yang terjadi pada anak-anak hasil perkahwinannya dengan mendiang Permaisuri Singdo selepas itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh TerkenalRahsia Pindaan Kuasa Raja-raja Melayu
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/kisah-carl-emil-pettersson-menjadi-raja-suku-kanibal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dayang Senandong Kisah Puteri Raja Yang Di Sumpah Menjadi Hitam

Dayang Senandong Kisah Puteri Raja Yang Di Sumpah Menjadi Hitam

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1165 hits
Nama watak Dayang Senandung biasanya dikaitkan dengan filem klasik yang diterbitkan dalam bentuk hitam putih pada tahun 1965 yang mengisahkan seorang puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan Al kisah...
Kisah Raja Batak Dan Kiyai Dari Acheh Cerita Popular Pulau Samosir

Kisah Raja Batak Dan Kiyai Dari Acheh Cerita Popular Pulau Samosir

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 565 hits
Semasa bercuti di Medan Indonesia salah satu tempat yang menjadi itenari lawatan ialah Pulau Samosir yang terletak di daerah Parapat Sumatera Utara Di pulau inilah letaknya perkampungan kaum Batak yang terkenal dengan pelbagai kisah menarik...
Padah Menjadi Tali Barut Sindekit Penyeludupan Mirgan 3 Pegawai Imigresin Ditangkap

Padah Menjadi Tali Barut Sindekit Penyeludupan Mirgan 3 Pegawai Imigresin Ditangkap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 443 hits
Gambar Sekadar Hiasan Bak Pepatah Sepandai pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ketanah juga begitulah nasib 3 Pegawai Jabatan Imigresin Malaysia dan seorang anggota Pasukan Polis Marin This is a content summarry Visit my website for full l...
Face Depixelizer Ai Yang Menukar Gambar Resolusi Rendah Menjadi Jelas

Face Depixelizer Ai Yang Menukar Gambar Resolusi Rendah Menjadi Jelas

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 887 hits
Terdapat sejenis kecerdasan buatan baru yang dapat menukar gambar beresolusi rendah menjadi lebih jelas dengan kaedah penstrukturan semula menggunakan algoritma komplex Ia dicipta berdasarkan kepada repositori PULSE Self Supervised Photo Up...
Tak Perlu Keluar Duit Beribu Ribu Lelaki Ini Transform Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif

Tak Perlu Keluar Duit Beribu Ribu Lelaki Ini Transform Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 862 hits
Ohmedia rasa tertarik dengan perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Arif Jemali di laman Twitter kerana baru baru ini dia menunjukkan cara cara untuk hiaskan bilik air sehingga nampak seperti lebih eksklusif Murah jer gais Koran...
Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

Bahaya Durian Dan Nangka Boleh Menjadi Racun Yang Membunuh

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 497 hits
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUHPerkongsian dari Doktor Pakar yang menerangkan dengan jelas dan terang bahawa Durian dan Nangka boleh menjadi buah yang beracun hingga mengakibatkan kehilangan nyawa Sejak seminggu dua ini di hospital tempa...
Hiburan Nampak Remeh Tapi 6 Tabiat Rakyat Malaysia Yang Menjadi Punca Masalah Kulit Berminyak

Hiburan Nampak Remeh Tapi 6 Tabiat Rakyat Malaysia Yang Menjadi Punca Masalah Kulit Berminyak

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 426 hits
Rakyat Malaysia ternyata bertuah kerana dapat bermandi cahaya matahari sepanjang tahun tanpa mengira musim ini kerana kedudukan negara Malaysia yang terletak di atas garisan khatulistiwa Disebabkan telah terbiasa dengan cuaca yang baik seja...
Puas Hati Aku Lelaki Ini Transform Tandas Rumah Ibunya Menjadi Lebih Teratur Dan Nampak Ekslusif

Puas Hati Aku Lelaki Ini Transform Tandas Rumah Ibunya Menjadi Lebih Teratur Dan Nampak Ekslusif

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 592 hits
Seperti yang diketahui kebersihan tandas terutamanya di rumah sendiri adalah sangat penting untuk dijaga Perkara ini adalah kerana tandas merupakan tempat yang dipenuhi dengan kekotoran sekiranya tidak dibersihkan dengan kerap Pasti ada dia...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usung Keranda Untuk Siapa

Mahathir 40 Bilion Dan Bayang Kekayaan Yang Tak Terjawab

Sbdj Siri 231 Pawang 99 Isteri

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari