Kisah Arw4h Tok Guru Nik Aziz Dengan Lambang Salib Yang Hilang Di Kelantan


Sejak minggu lalu isu bangunan yang memaparkan lambang salib di Pulau Pinang menjadi perdebatan hangat.
Ia kini dalam siasatan kerajaan negeri selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa syarikat pemaju terlibat dalam agenda Kristianisasi memandangkan salah seorang pengasasnya dikaitkan dengan pertubuhan Kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Beliau juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan pemaju Nova Mulia Development Sdn Bhd cuba mengelak isu itu dengan mendakwa lampu yang dipasang memaparkan abjad Cina bermaksud ong (nasib baik) dan bukannya salib.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy pula menggesa pemaju agar lebih berhati-hati dan tidak membuat provokasi.
Hari ini Chow berkata kerajaan negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu.
Bekas Pengerusi Kelab Penyokong PAS Hu Pang Chaw mengimbas kembali satu lagi insiden berkenaan lambang itu melibatkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bercakap dengan Malaysiakini, beliau berkata pejabat Nik Aziz ketika menjadi menteri besar Kelantan terletak bertentangan dengan Gereja Our Lady of Fatima of the Holy Rosary di Kota Bharu.
“Dulu saya bekerja di pejabat kerajaan negeri dari tahun 2000 hingga 2004. Saya yang mengendalikan isu itu tetapi tidak ingat secara tepat bila ia berlaku.
“Pada satu pagi, seorang anggota exco hubungi saya. Dia beritahu saya yang Tok Guru (Nik Aziz) sedar lambang salib sudah tiada di bumbung gereja dan mahu tahu apa yang berlaku.
“Exco itu kata Nik Aziz memberitahunya jika orang PAS yang minta salib itu diturunkan, tolong letakkannya semula (di bumbung). Jadi exco itu tanya saya apa yang terjadi,” katanya.
Beliau berkata bekas mursyidul am PAS itu perlu melakukan pusingan U di depan gereja itu untuk ke pejabatnya.
“Saya fikir dia mesti perasan yang salib itu sudah tiada,” katanya lagi.
Hu yang kini bersama Amanah – parti serpihan PAS – berkata beliau kemudian bertanya kepada pihak gereja tentang perkara itu.
“Saya diberitahu salib itu diturunkan buat sementara untuk kerja penambahbaikan kerana bumbung bocor dan akan dipasang semula apabila kerja itu selesai.”
Insiden itu juga disebut seorang bekas guru besar di Kelantan, Jerome Jeremiah, dalam sebuah artikel yang diterbitkan semula di akhbar Katolik, Herald, pada Mac 2015, sebulan selepas kematian Nik Aziz.
Dalam artikel bertajuk “The Tok Guru I Knew” (Tok Guru yang saya kenali), Jeremiah berkata Nik Aziz memberitahu pihak gereja bahawa pejabat menteri besar akan menanggung kos penambahbaikan.

Beliau juga berkata Nik Aziz ada bertanya sama ada vandalisme menjadi punca kerosakan.
“Satu hari paderi terima panggilan daripada pejabat menteri besar. Pegawai berkata Tuan Guru sedar salib di bumbung gereja sudah tiada.
“Paderi berkata ia bukan kerana vandalisme. Salib itu jatuh kerana ribut pada malam sebelumnya,” katanya.
Artikel itu berkata lagi, selepas berbincang dengan Nik Aziz, pegawai itu berkata: “Menteri besar mahu gereja gantikan salib dan hantar bil ke pejabat menteri besar untuk pembayaran. Menteri besar merasakan sebagai ketua kerajaan beliau bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.”
Pada April 2015, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyebut kejadian itu. Dalam versinya, Wan Azizah berkata Nik Aziz melawat gereja itu dan bertanya tentang salib yang hilang.
Menurut Wan Azizah, Nik Aziz kemudian diberitahu ia diturunkan sementara kerja penambahbaikan berjalan.
“Beliau benar-benar ambil berat dan inilah Islam,” kata Wan Azizah ketika itu.
Pada masa itu Wan Azizah mengulas tentang protes di Taman Medan di Petaling Jaya di mana sekumpulan mendesak lambang salib di sebuah bangunan gereja di situ diturunkan.
Seorang tokoh yang dihormati rakan dan lawan, Nik Aziz meninggal pada tahun 2015 ketika berusia 84 tahun. Beliau berundur dari jawatan menteri besar dua tahun sebelumnya.
Sumber Artikel: MKINI
The post Kisah Arw4h Tok Guru Nik Aziz Dengan Lambang Salib Yang Hilang Di Kelantan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/kisah-arw4h-tok-guru-nik-aziz-dengan-lambang-salib-yang-hilang-di-kelantan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Akaun Giro Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Pastinya Menyentuh Perasaan Kita Semua

Kisah Akaun Giro Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Pastinya Menyentuh Perasaan Kita Semua

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1753 hits
Sewaktu berkhidmat di kelantan saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menem...
Isu Lambang Salib Besar Menarik Tulisan Dr Tanaka Mustafa Ini Beza Antara Paranoid Dan Awareness

Isu Lambang Salib Besar Menarik Tulisan Dr Tanaka Mustafa Ini Beza Antara Paranoid Dan Awareness

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 616 hits
Oleh Dr Tanaka Mustafa1 Dalam sejarah peperangan menawan sesebuah kota taktikal memacakkan bendera atau lambang kebesaran pasukan kita di kubu lawan adalah satu bentuk perang psikologi awal untuk memenangi pertempuran 2 Kita dapat lihat con...
Bukan Takut Lambang Salib

Bukan Takut Lambang Salib

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 270 hits
Isu pemaju memasang lampu di bangunan kediaman baru siap di Jelutong Pulau Pinang yang memaparkan lambang salib mendapat perhatian warganet Difahamkan projek bangunan apartmen itu masih belum siap sepenuhnya dan pemaju masih dalam proses un...
Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru Hadapi Tekanan Dikhuatiri Hilang

Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru Hadapi Tekanan Dikhuatiri Hilang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 414 hits
Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang Seorang guru dikhuatiri hilang apabila tidak hadir ke sekolah tempatnya mengajar di sini sejak dua hari lalu Nur Farhana Ibrah...
Paparan Lambang Salib Pas Desak Mujahid Tidak Pertahan Agenda Sebar Kristianisasi

Paparan Lambang Salib Pas Desak Mujahid Tidak Pertahan Agenda Sebar Kristianisasi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 288 hits
Nasrudin HassanParti Islam Se Malaysia mengingatkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tidak bersikap defensif dalam menangani isu paparan lambang salib di bangunan kediaman Grace Rasidence Jelutong Pul...
Pangsapuri Lambang Salib Pemaju Tidak Berniat Buruk Kata Km P Pinang

Pangsapuri Lambang Salib Pemaju Tidak Berniat Buruk Kata Km P Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 431 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung sebuah projek perumahan di Jelutong yang didakwa memaparkan lambang salib dengan menggunakan lampu Ketua Menteri Chow Kon Yeow b...
Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 595 hits
Kisah yang menarik perhatian aku apabila rajin membaca instagram para artis minggu ini adalah kisah kucing Rita Rudaini hilang Alhamdulillah setelah beberapa hari akhirnya jumpa kembali Aku teruja pula nak mengikuti rentetan cerita kisah ku...
Bangunan Baru Pamer Lambang Salib Gergasi Di Pulau Pinang

Bangunan Baru Pamer Lambang Salib Gergasi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1374 hits
HEBOH di media sosial tentang kewujudan lambang salib gergasi di tengah tengah Bandar Jelutong Pulau Pinang yang kelihatan dipamerkan pada sebuah bangunan baru di kawasan berkenaan Perkara itu menjadi perbualan dan perbincangan hangat netiz...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field