Kisah Aku Part 1


AssalamualaikumBismillah
Sejak belakangan ini, aku dah jarang nak berkongsi cerita di blog. Nak cakap sibuk tidak juga. Cuma tak tahu nak mula dari mana. Semua benda aku rasa mahu share. Perasaan gembira, sedih, ketawa dan menangis aku. Aku suka bercerita dengan orang. Hari ini aku mahu cerita lagi.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan usia yang panjang untuk aku habiskan perjalanan sebagai seorang pelajar "degree". Walaupun pelbagai halangan yang mendatang, cabaran dan ujian. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku tidak sangka akan sampai ke tahap ini. 
Aku sebenarnya sudah berputus asa untuk sambung belajar sejak dapat keputusan SPM aku. Sebab yang pertama kerana keputusan aku yang tidak berapa baik. Walaupun sebenarnya lulus. Tetapi bagi aku tetap tidak memuaskan. Sebab yang kedua, keluarga tidak mampu nak tanggung persekolahan aku lagi. Kami ada ramai adik-beradik. Dan semuanya bersekolah pada masa itu. Aku kasihan dengan ibu bapa aku, that's whylah aku sanggup mengalah dan tidak mahu sambung belajar dah. 
Sebaik mana perancangan kita buat, ALLAH dah atur perjalanan hidup kita dengan cantik. ALLAH hantar Cikgu Addmaths aku, pujuk aku untuk sambung belajar ke Tingkatan 6. Dan tahun 2018 ini juga, cikgu aku telah meninggal dunia. Aku menangis apabila tahu tentang berita kematiannya akibat kanser. Aku rasa sedih sebab ada lagikah cikgu yang sanggup datang ke tempat kerja kau, pujuk supaya kau sambung belajar?
Kata-kata cikgu yang masih terpahat dihati aku :"Nurul, cikgu mahu kamu sambung belajar. Cikgu tahu kamu ada potensi untuk melangkah lebih jauh. Sambunglah study dan ambil aliran yang kamu betul-betul minat dan kamu yakin boleh angkat."Atas nasihat beliau aku sambung ke Tingkatan 6. Aku mula dengan ambil subjek di luar bidang aku masa SPM. Dulu aku ambil aliran sains dan akaun. Sejujurnya, aku rasa berat sangat subjek tu, tetapi aku gagahkan juga belajar walaupun kurang minat. Syukurnya aku mempunyai ramai kawan yang tidak lokek dengan ilmu. Sentiasa bagi nasihat dalam study. Dan mereka sangat memahami. Masuk tingkatan 6, aku ambil subjek Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Pengajian Am dan Bahasa Melayu.

Aku mengalami perubahan yang drastik sejak masuk Tingkatan 6. Mungkin sebab kawan-kawan masa SPM dah takda, semua benda aku belajar sendiri. Memandangkan aku sambung belajar tanpa restu keluarga. It's hard for me actually~ Tiada yang support aku masa Tingkatan 6. Tapi aku ada kawan-kawan dan cikgu yang memahami. Aku belajar sambil bekerja. Isnin hingga Jumaat aku sekolah, hujung minggu aku bekerja. Walaupun penat, I'm happy! Mulanya family aku tidak bersetuju aku sambung study, mungkin sebab utama adalah kewangan. Maybe, because they saw my effort~ Akhirnya, family aku dah boleh terima aku sambung study. Everyday I felt so hard back then.

Alhamdulillah, aku habis Tingkatan 6 dengan keputusan yang memuaskan walaupun tidak cemerlang. Aku menangis. You know what, feeling bila kita betul-betul study sampai tidak tidur malam. Actually, ia satu kepuasan buat aku.


After that, aku dapat peluang ke Negeri Sembilan for the first time in my life sebab dapat naik kapal terbang. Hahaha~ Aku ikut kursus Bahasa Inggeris selama 3 bulan. Walaupun family tidak setuju, tetapi aku pergi juga sebab bukan selalu dapat peluang macam tu. Pengalaman pergi ke negeri orang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang aku pelajari. Budaya, makanan, dan ragam manusia yang berbilang bangsa. I want to travel again~ 

Tidak sampai sebulan aku di sana, aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah. Aku ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi dan Pendidikan. 3 tahun di UMS, banyak perkara yang telah dipelajari, pengalaman suka dan duka aku dengan Geng Crazy Rival BFF aku~ Seronoknya waktu muda. Cepat betul masa berlalu. Sedihnya sebab zaman belajar dah habis.

Alhamdulillah. Thank Allah for all this blessing~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2018/10/kisah-aku-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya Part 2

Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya Part 2

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 462 hits
Bismillah Muncul lah Jin pakai toncit berbadan sado tak pakai baju dengan pusatnya tersembul Dengan gaya Jin nya dia ketawa Muahahahahahaha Terimakasih tuan bertiga kerana telah menyelamatkan hamba dari kurungan cerek ini Melopong ketiganya...
Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya Part 1

Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya Part 1

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 304 hits
BismillahSuatu hari pada zaman dahulu di kota Baghdad tiga orang sahabat sedang berbincang Ali Musa dan Abu sedang berkira kira untuk berhijrah untuk menjadi kaya Mereka percaya dengan berhijrah akan merubah nasib mereka yang semakin dihimp...
Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias

Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 309 hits
Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kisah Penjenayah Penceroboh Dan Pengganas 9576

Kisah Penjenayah Penceroboh Dan Pengganas 9576

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 263 hits
Hangar Pesawat F16 Israel Kebanjiran Bendungan penahan banjir yang dibuat Israel tidak mampu membendung air hujan yang deras Akibatnya menurut Menteri Pertanian Palestina wilayah pertanian Gaza Palestina terendam yang menelan kerugian 500 0...
Kisah Rakyat Kerdil Ditipu K Jaan Awas Jangan Salah Tukar

Kisah Rakyat Kerdil Ditipu K Jaan Awas Jangan Salah Tukar

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 620 hits
17 tahun menunggu hak dikembalikan KISAH panjang seorang rakyat marhaen dari Kampung Bukit Tanah Jabi untuk mendapatkan hak milik atas sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah yang telah diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu Kelulus...
Kisah Unik Wanita Tak Dikenali Keluarga Usai Operasi Plastik

Kisah Unik Wanita Tak Dikenali Keluarga Usai Operasi Plastik

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 278 hits
Operasi plastik merupakan cara yang cukup populer saat ini Tak hanya kaum wanita saja operasi plastik bisa dilakukan juga oleh kaum pria Operasi plastik dianggap sebagai cara praktis untuk mendapatkan wajah cantik Seperti yang dilakukan ole...
Maverick Si Kucing Down Syndrome Kisah Hidupnya Yang Pilu Kini Sudah Bertuan

Maverick Si Kucing Down Syndrome Kisah Hidupnya Yang Pilu Kini Sudah Bertuan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 803 hits
Kebanyakan penggemar kucing pastinya akan memilih kucing kucing yang memiliki bulu yang lebat gebu comel dan sebagainya Cuma hanya ada segelintir sahaja yang tidak memilih rupa yang terdapat pada seekor kucing tersebut Lain pula cerita bagi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini