Kisah Abdullah Dengan Wanita Dari Bani Asad



Oleh : Prof Dr. Ali Husni Al-Kharbuthli*

Kisah pernikahan Abdullah bermula ketika suatu hari Abdul Muthalib keluar sambil memegang tangan Abdullah. Mereka melintas di depan seorang wanita Bani Asad bin Abdil Uzza bin Qushay bin Kilab. Wanita ini adalah saudara Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdil Uzza yang dikenali dengan nama Ummu Qital binti Naufal bin Abdil Uzza. Saat itu perempuan berkenaan sedang berada di Ka'bah. Ketika melihat wajah Abdullah, wanita itu berkata,

"Ke mana engkau akan pergi wahai Abdullah?"

"Aku mengikuti bapaku."

"Jika engkau mahu menikah denganku, aku akan memberimu unta sebanyak yang dikorbankan (bapakmu) untukmu," kata wanita itu.

"Saat ini aku sedang bersama bapaku, aku tidak boleh membantah atau meninggalkannya." [1]

Kemudian Abdul Muthalib pergi bersama Abdullah sampai mereka tiba di kediaman Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Qushay bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr. Dia adalah pemimpin bani Zuhrah, baik secara nasab atau kedudukan. Lalu Abdul Muthalib menikahkan Abdullah dengan puetri Wahab iaitu Aminah binti Wahab, seorang gadis terbaik Quraish, baik secara nasab mahupun kedudukan. [2]

Imam Ath-Thabari [3] meriwayatkan bahawa Abdullah terus tinggal serumah dengan Aminah setelah dia bernikah. Kemudian Aminah hamil dan mengandungkan Nabi S.A.W. Setelah itu Abdullah menemui wanita Bani Asad yang menawarkan diri kepadanya.

Abdullah berkata,

"Mengapa kini engkau tidak menawarkan padaku apa yang engkau tawarkan sebelum ini?"

"Cahaya yang ada di wajahmu kelmarin telah hilang dan hari ini aku tidak menginginkanmu," jawab wanita Bani Asad.

Boleh jadi wanita Bani Asad ini telah mendengar pernikahan Abdullah dari saudaranya Waraqah bin Naufal yang telah memeluk agama Nasrani. Sumber-sumber sejarah menyebutkan bahawa banyak gadis yang ingin menjadi isteri Abdullah bin Abdul Muthalib. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ath-Thabari, "Abdullah adalah seorang lelaki paling tampan dikalangan Quraish." Dan di antara gadis yang ingin menjadi isteri Abdullah adalah Fatimah binti Murrah al-Khats'amiyyah.

---

[1] Ibnu Hisham, as-Sirah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 156 dan Ath-Thabari, Tarikh Al-Umam wa Al-Muluk, jilid 2 halaman 5.

[2] Ibnu Hisham, as-Sirah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 156 dan Ath-Thabari, Tarikh Al-Umam wa Al-Muluk, jilid 2 halaman 5.

[3] Tarikh Al-Umam wa Al-Muluk, jilid 2 halaman 5.

* Penulis merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Islam, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2020/08/kisah-abdullah-ayahanda-rasulullah-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngaku Hamil Dalam Waktu 1 Jam Lalu Melahirkan Kini Wanita Asal Tasikmalaya Ini Stres Hingga Sering Menangis

Ngaku Hamil Dalam Waktu 1 Jam Lalu Melahirkan Kini Wanita Asal Tasikmalaya Ini Stres Hingga Sering Menangis

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 302 hits
Tak jarang heboh kabar seorang ibu yang tega membuag anak yang dilahirkannya Namun berbeda dengan wanita satu ini Wanita ini justru mengaku telah mengandung selama 1 jam lalu melahirkan Heni Nuraeni warga Desa Mandalasari Kecamatan Puspahia...
Jelang Sholat Idul Adha Wanita Asal Kulon Progo Tewas Di Tangan Tetangganya

Jelang Sholat Idul Adha Wanita Asal Kulon Progo Tewas Di Tangan Tetangganya

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 349 hits
Jelang Salat Idul Adha seorang warga Dusun Mendiro Kalurahan Gulurejo Kapanewon Lendam Kulon Progo ditemukan bersimbah darah di belakang rumahnya sekitar pukul 05 30 WIB Yuniana kemudian dinyatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke rumah ...
Wanita Warga Asing Dibunuh 9 Suspek Ditahan

Wanita Warga Asing Dibunuh 9 Suspek Ditahan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 406 hits
POLIS menahan sembilan suspek termasuk tiga lelaki warga asing untuk disiasat berkaitan kes bunuh seorang wanita di Jalan Pandan Indah Ampang Selangor pada semalam Ketua Polis Daerah Ampang Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner ...
Hiburan Bergelar Usahawan Berjaya Shuib Sepahtu Elak Digoda Wanita Gold Digger

Hiburan Bergelar Usahawan Berjaya Shuib Sepahtu Elak Digoda Wanita Gold Digger

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 301 hits
Mendedahkan seboleh bolehnya cuba mengelakkan diri dari terjerumus dengan wanita yang suka mempergunakan lelaki kaya sebagai lubuk emas usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu akui sedar akan kewujudan golongan wanita yang gemar mengambil kesemp...
Wanita Ini Mengumpul Ratusan Boneka Setan

Wanita Ini Mengumpul Ratusan Boneka Setan

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang pengumpul boneka eksentrik mempunyai 500 buah bayi plastik yang seram seperti setan dia memelihara mereka seolah olah mereka hidup mengubah pakaian mereka mencuci rambut mereka dan membawa mereka ke taman Mempamerkan mainan seram di...
Pemilik Anjing Berhadapan Dengan Dua Tuduhan Selepas Anjingnya Menyerang Seorang Wanita Sehingga Dimasukkan Ke Hospital

Pemilik Anjing Berhadapan Dengan Dua Tuduhan Selepas Anjingnya Menyerang Seorang Wanita Sehingga Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 486 hits
MELAKA Ekoran kejadian seorang wanita diserang anjing di sebuah kawasan perumahan di Melaka telah memaksa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan Anjing tersebut dilaporkan telah diambil untuk diasingkan selama dua minggu dengan tujuan untu...
Gelagat Wanita Main Bola Sepak Pakai Kain Pelikat Power Tul

Gelagat Wanita Main Bola Sepak Pakai Kain Pelikat Power Tul

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 411 hits
Dalam acara sukaneka kadang kadang ada pertandingan bola sepak dengan pelbagai gaya lucu Salah satunya pemain perlu memakai kain pelikat atau pun kain batik Ia digelar permainan bola sepak kampung dan peraturan permainannya agak longgar dar...
Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Dipercayai Gajah Mengamuk Pijak Kereta

Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Dipercayai Gajah Mengamuk Pijak Kereta

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 289 hits
Baru baru ini terdapat satu rakaman detik cemas yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Noraini Ramli di laman Facebook apabila seekor gajah berada berdekatan dengan sebuah kereta jenama Axia berwarna biru Kejadian ters...
Punya Gaya Rambut Unik Wanita Ini Jadi Viral Dan Jadi Model Brand Terkenal

Punya Gaya Rambut Unik Wanita Ini Jadi Viral Dan Jadi Model Brand Terkenal

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 325 hits
Percaya diri dan nggak sungkan berkarya Laeti jadi inspirasi buat semua orang
Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Bara Sengketa Masih Menyala

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

5 Alasan Cuti Kerja Yang Masuk Akal Dan Gampang Dapat Acc Atasan

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

Lafaz Yang Makbul

8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cipta Identiti Visual Yang Kuat Dengan Bantuan Designer Profesional

Lelaki Melompat Ke Dalam Enjin Pesawat Bergerak

Lirik Lagu Gtt Benzooloo

Kenapa Bajet Bulanan Anda Bocor Ini 5 Punca Utama

Zahid Apologises For Angel Remark Says It Was Emotionally Driven

Video Of Exchange At Zebra Crossing Sparks Debate On Road Manners