Kisah 3 Lelaki Yang Diuji Dan Kufur Nikmat


Hidup ini adalah satu ujian, yang boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada insan yang diuji dengan kesusahan, keperitan, penderitaan dan kesakitan. Ada pula insan yang diuji dengan kesenangan, kemewahan, keseronokan dan kebahagiaan.


Antara dua bentuk ujian ini, setiap insan pasti akan menghadapinya kerana ujian adalah pelengkap kepada kehidupan.

Saat diuji dengan kesusahan, kebiasaannya ia akan membawa manusia untuk semakin hampir dengan Sang Pencipta.

Rukuk dan sujud penuh keinsafan. Merasai kekerdilan, kehinaan dan kelemahan hakikat diri.

Lalu, merayu dan mengadu agar dilepaskan dari segala kesusahan yang sedang dihadapi.

Tatkala diuji dengan kesenangan, kadangkala inilah detik berbahaya bagi sebahagian insan.

Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, gagal membentuknya menjadi hamba yang semakin taat dan bersyukur bahkan, semakin lalai dan alpa kepada Pencipta. Sombong dan bongkak sesama manusia.

Kisah tiga peribadi yang diabadikan di dalam al-Quran adalah salah satu contoh yang perlu sentiasa kita jadikan iktibar.

Firaun, Haman dan Qarun. Apa sikap mereka terhadap ALLAH Azza wa Jalla? Bagaimana mereka berinteraksi sesama manusia lain? Lalu bagaimana pula kesudahan hidup mereka?

Mukmin sejati

Rasulullah SAW juga sering kali mengingatkan kita tentang dua sifat yang perlu menjadi dua sayap seorang mukmin. Sabar di atas ujian dan syukur dengan kurniaan.

Dua sayap ini menjamin seorang mukmin mampu terbang menempuhi alam kehidupan dengan seimbang.

Di dalam sebuah hadis, baginda pernah menceritakan perihal tiga orang lelaki dari kalangan Bani Israil yang diuji.

Dua orang gagal dengan ujian ini akibat sombong dan alpa. Hanya seorang yang berjaya dek kerana rasa syukur dan sedar hakikat diri.

Dari Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang menderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang lagi buta. ALLAH ingin menguji mereka bertiga, maka diutuskan seorang malaikat kepada mereka."

Pertama, malaikat itu pergi kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang ramai ini hilang dari tubuhku."

Maka diusapnya kulit pesakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritainya, serta diberi rupa yang elok dan kulit yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Unta atau lembu."

Maka diberikan kepadanya seekor unta yang bunting dan didoakan, "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan unta ini."

Kemudian Malaikat itu pergi kepada orang yang berkepala botak dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Rambut yang indah, dan hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang ramai."

Apabila Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Lembu atau unta." Maka diberikan dia seekor lembu bunting dan didoakan, "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan lembu ini."

Seterusnya Malaikat tadi pergi kepada si buta dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Semoga ALLAH berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat."

Maka diusapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh ALLAH penglihatannya.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Kambing." Maka diberikan seekor kambing bunting kepadanya.

Perintah ALLAH

Waktu berlalu, maka berkembang biaklah unta, lembu dan kambing tersebut, sehinggalah lelaki pertama tadi mempunyai unta yang memenuhi sebuah lembah.

Lelaki kedua pula mempunyai selembah lembu dan lelaki ketiga juga mempunyai selembah kambing.

Dengan perintah ALLAH datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata, "Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku."

Tetapi lelaki pertama itu menjawab, "Hak-hak (tanggunganku) banyak."

Malaikat yang menyerupai orang pesakit kusta itu pun berkata kepadanya, "Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang ramai jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu ALLAH memberi kamu kekayaan?"

Dia malah menjawab, "Sesungguhnya, harta kekayaan ini aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat."

Maka Malaikat itu berkata kepadanya, "Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu."

Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta ALLAH mengembalikan semula penyakitnya dulu dan segala kekayaannya lenyap.

Kemudian malaikat tersebut pergi pula kepada orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata kepadanya seperti yang dikatakan kepada orang yang pertama.

Namun dia ditolak juga sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu.

Maka berkatalah Malaikat kepadanya, "Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu."

Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga ALLAH mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.

Akhirnya, Malaikat tadi pergi pula kepada orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya dulu, dan berkata kepadanya, "Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku."

Orang itu menjawab, "Sungguh, dahulu aku buta, lalu ALLAH mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi ALLAH, sekarang ini aku tidak akan menyusahkan kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana ALLAH."

Malaikat yang menyerupainya pun berkata, "Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh ALLAH. ALLAH telah reda kepada kamu, dan murka kepada kedua temanmu." (Riwayat al-Bukhari (3464), Muslim (2964).

UJIAN

Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita semua tahu semua yang dimiliki hari ini adalah milik dan kurniaan ALLAH.

Kita tahu cuma kadang-kadang kita tidak sedar lalu membawa kepada kelalaian.

Kesedaran inilah yang membezakan manusia yang tahu untuk bersyukur dan yang lena dibuai kenikmatan dunia, lalu dia mengkufurinya.

Semoga kita dikurniakan jiwa yang tahu dan sedar agar menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut ImannyaNecropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah
sumber: sinarharian




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/kisah-diuji-dan-kufur-nikmat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Sheikh Muszaphar Tak Kisah Kalau Ustazah Cubit Anak

Dr Sheikh Muszaphar Tak Kisah Kalau Ustazah Cubit Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1155 hits
Hye semua Setiap ibu bapa pasti nak kan yang terbaik untuk anak anak nya Dunia dan akhirat biarlah seimbang dan cemerlang Begitu juga dengan Angkasawan Negara Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mempunyai 4 cahaya mata bersama Dr Halina hasil per...
Kisah Prajurit Kopassus Tni Lebih Takut Pelatih Daripada Setan

Kisah Prajurit Kopassus Tni Lebih Takut Pelatih Daripada Setan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 333 hits
Pengakuan pasukan elit TNI Kopassus yang sudah melewati pendidikan tersebut kehadiran pelatih jauh lebih menakutkan daripada bertemu setan di hutan karena mereka dididik dengan begitu keras
Kisah Viral Yang Boleh Merosakkan Aura Seseorang

Kisah Viral Yang Boleh Merosakkan Aura Seseorang

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 400 hits
Assalamualaikum Sejak dua menjak ni kan Tak tahulah kenapa mood asyik kelaut dalam aje Huhhh ni akibat aura negatif yang dibawakan oleh kisah Suhaimi Saad tu lah Bumi leper lah pasal graviti lah dan pasal antivaksin Besar sangat aura negati...
Bimbang Ibu Terjatuh Viral Foto Bawa Ibu Naik Motor Anak Dedah Kisah Sayu

Bimbang Ibu Terjatuh Viral Foto Bawa Ibu Naik Motor Anak Dedah Kisah Sayu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 833 hits
Bimbang Ibu Terjatuh Viral Foto Bawa Ibu Naik Motor Anak Dedah Kisah Sayu Baru baru ini viral di media sosial gambar seorang anak menyuap makanan kepada ibu yang sudah tua Gambar yang ditangkap di sebuah kedai makan sekitar Wakaf Bharu Tump...
Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Bantuan Yang Dia Terima

Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Bantuan Yang Dia Terima

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 372 hits
PELAKON pengarah dan pelawak veteran AR Badul 70 dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari Institut Jantung Negara Kuala Lumpur jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular Ini Ba...
Lirik Lagu Hafiz Suip Kisah Cinta Kita Ost Dia Menantu Rahsia

Lirik Lagu Hafiz Suip Kisah Cinta Kita Ost Dia Menantu Rahsia

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1404 hits
Lirik Lagu Hafiz Suip Kisah Cinta Kita terbaru di Lirik Lagu Malaysia Update Yuk kita baca lirik lagunya berikut ini Lirik Lagu Hafiz Suip Kisah Cinta Kita OST Dia Menantu Rahsia Lirik Lagu Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip Kan ku cerita pad...
Prk Semenyih Aiman Tak Kisah Tol Tidak Dihapuskan Sibuk Janjikan Hospital

Prk Semenyih Aiman Tak Kisah Tol Tidak Dihapuskan Sibuk Janjikan Hospital

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 454 hits
Calon Pakatan Harapan Aiman Zainali mahu fokus pembinaan sebuah Hospital di Semenyih sedangkan jalan masuk ke tempat berkenaan dilingkari TOL Mengapa beliau tidak mahu memperjuangkan penghapusan TOL di Semenyih sebaliknya mahu Hospital Adak...
Kulit Menggelupas Kerana Diletak Bawah Lampu Dicucuk Pagi Petang Pa Ma Tv Kongsi Kisah Bayi Jaundis

Kulit Menggelupas Kerana Diletak Bawah Lampu Dicucuk Pagi Petang Pa Ma Tv Kongsi Kisah Bayi Jaundis

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 255 hits
Sayunya tengok anak bawah lampu dicucuk pagi petang ibu ini kongsi pengalaman anak dalam Pa Ma TV Jaundis kerap terjadi kepada bayi yang baru lahir Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya ...
Kisah Pilu Inul Daratista Perjuangkan Cintanya Bersama Adam Suseno

Kisah Pilu Inul Daratista Perjuangkan Cintanya Bersama Adam Suseno

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 154 hits
Jelang 24 tahun kebersamaan Inul Daratista dan suaminya Adam Suseno pedangdut yang dikenal berkat goyang ngebornya itu berkisah tentang kisah pilunya kala memperjuangkan cintanya bersama sang suami
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm