Kisah 1 Januari 2023


Bismillahhirahmannirrahim... 
As Salam and greetings to dear readers.
Kisah 1 Januari 2023. Rezeki tahun baharu 2023 Mr. A admit di Mawar Medical Centre. Rezeki sakit di tahun baharu 2023. Sesungguhnya sakit itu juga rezeki. Kalau tahun lepas ceritanya happy [SINI] tahun 2023 ceritanya sedih Allahu kami redha. Sakit gout Mr. A ini memang dah lama menjadi hidap-hidapan dia cuma selalunya tidak kronik sampai tak boleh berjalan langsung

Actually kaki kiri Mr. A dah mula sakit semenjak dari 26 Disember 2026 iaitu masa pergi KLCC tu cuma masa ni tak teruk. Berdasarkan pengalaman sebelum ini kalau sakit macam tu bila makan ubat rutin, dari klinik tu akan beransur pulih. Namun ditakdirkan pada minggu terakhir Disember 2022 itu sakit gout beliau semakin bertambah teruk, mula sebelah kaki kiri sahaja yang sakit selang sehari berjangkit pula ke kaki kanan bertambah parah tangan kanan pun kena attack juga 😢. 
Dah beberapa kali Mr. A kata nak pergi hospital tapi tak pergi-pergi jugak. Mr. A ni gaya je taiko tapi penakut jarum hospital 😄 lagi satu dia memikirkan macam mana nak turun ke bawah huhuuhu...... Mrs. A kata takyah risau fikirkan tu panggil aje ambulan nanti tahulah macam mana nak buat. Akhirnya setelah 5 hari bertahan di rumah dan pada 1 Januari 2023 dalam waktu tengahari Mrs. A call Mawar Medical Centre minta ambulan datang

Kisah 1 Januari 2023.Ambulan dah sampai 😉
Ini adalah pengalaman kedua Mrs. A call ambulan minta datang ke rumah. Yang pertama dulu calling untuk Adik bongsu Mrs. A yang pengsan di rumah masa tu kat kampung ntah tak semena-mena sehari selepas second dos dia tetiba pengsan. Waktu tu call hospital Rembau minta ambulan datang. Alhamdulillah walaupun tersesat ambulan akhirnya sampai jugak ngeh! ngeh! ngeh! 
Tahun baharu 2023 calling Mawar Medical Centre minta ambulan datang. Berbeza dengan yang pertama yang kedua ini interview pihak hospital agak panjang lebar juga. Sakit apa, berapa hari dah kat rumah macam-macamlah Mrs. A bagitahu berat husband berapa, sekarang kat tingkat atas nak turut perlu diangkat, depa pulak tanya siapa lagi ada kat rumah mungkin perlukan mainpower nak tolong angkat ke bawah huhuhuuu.... 
Bila sampai tu Mrs. A ingatkan ramai tapi dua orang je uols! driver ambulan dengan seorang misi yang agak comel sizenya hiks! lalu kekdahnya sewaktu proses nak dibawa turun tangga tu Mr. A duduk dalam wheel chair kemudian tonggengkan wheel chair tu roda besar di sebelah bawah dan yang kecik ke atas Along pegang sebelah kanan, Mrs. A sebelah kiri, driver dan misi jaga sebelah bawah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar dipermudahkan olehNYA Mr. A selamat mendarat ke ground floor

Dah selamat atas strecher nak masuk ambulan😐
Mrs. A pun ikut sekali naik ambulan tu, pengalaman pertama naik ambulan best rupanya naik ambulan ni terasa hebat sebab takyah nak ikut peraturan lalu lintas sangat muahahhaaaa bila driver on siren tu semua kereta gerak ketepi bagi laluan, di traffic light lampu merah pun selamba aje U-turn sekejap sangat dah sampai Mawar Medical Centre gittewww... 
Sesampai di Mawar Medical Centre tu depa pun buatlah prosedur apa yang patut pertama sekali jolok lubang hidung untuk covid test. Bertabahlah Mr. A ya... sementara itu Mrs. A pergi uruskan registration di kaunter emergency. Registration berjalan lancar Mr. A pulak okay covid test negatif. Terus ke katil emergency tu memacamlah depa buat kerja. Ambil darahlah, soalan-soalan memacam, ubat-ubat apa yang sedang diambil. Alhamdulillah semua ubatan dia ada dibawa bersama so senang depa nak pastikan. Setelah lebih kurang satu jam di katil saringan emergency tu Mrs. A disuruh ke admission kaunter pulak untuk urusan admit ke wad. 
Kisah 1 Januari 2023.
Masuk wad Lili 2. Siap bawa bantal sendiri uols sebab nak letak kat kaki hiks!
Along, Aryssa dan Adik datang kemudian memang sengaja Mrs. A suruh mereka datang selepas dah settle dapat wad sambil itu boleh pesan apa-apa yang patut dibawa. Ialah masa kelam-kabut tu manalah nak ingat apa yang patut dibawa untuk percutian di Wad Lili 2 tu kah! kah! kah! Malam pertama admit tu Mrs. A bermalam di hospital teman Mr. A mujurlah ada kerusi panjang ala-ala sofa so Mrs. A tidur di situ aje toto dan bantal bawa sendiri. Keadaan Mr. A malam tu bertambah positif dapat tidur elok mungkin asbab ubat-ubatan yang diberikan tak seperti malam-malam sewaktu di rumah tu tak dapat tidur sangat berendoi menanggung sakit

Sebelah malam tu lebih kurang pukul 9.00 malam Dr deepa yang in-charge kes Mr. A tu ada datang bertanya khabar kemudian esok paginya tu doktor datang lagi maklumkan result dan katanya dia akan minta doktor pakar tulang untuk check jugak mana tahu kot ada berkaitan tulang selain daripada gout. Pada 2 haribulan Abah, Adik-beradik ipar duai Mr. A datang melawat. Kawan-kawan we all tak bagitahu pun sengaja tak nak bagitahu sebabnya nak rest betul-betul nanti ramai sangat visitor langsung tak dapat nak berehat gittewww..

Pada hari kedua tu Mr. A masih belum kuat lagi untuk berjalan. Pada sebelah malam hari kedua tu pakar tulang datang iaitu Dr Chan. Waktu ni Mrs. A dah kemas-kemas nak balik dah sebab untuk malam kedua ni planningnya Along yang akan teman babahnya. Sebabnya esok tu Mrs. A kena pergi kerja. Dr Chan bagitahu dia dah tengok report dan yakin sakit ini berkaitan gout sahaja dia nak bagi ubat radang di lutut kiri Mr. A yang masih belum boleh pijak tu. Nak inject pada lutut katanya. Cuak habis Mr. A time ni banyak kali tanya perlu ke doktor? Doktor kata ubat radang ni bagus nak kasi you cepat baik kalau you tak percaya malam ni I inject esok pagi you dah boleh jalan  Nanti silap-silap you yang minta I inject yang sebelah kanan pulak tambah doktor melawak. Dalam keadaan terpaksa Mr. A akhirnya terima jugalah injection yang doktor suggest tu. 
Pagi esoknya tu Selasa 03012023 sewaktu Mrs. A dah sampai pejabat Mr. A call happy sangat dia bagitahu kaki kirinya tu dah boleh pijak, walaupun tak kuat tapi dah boleh pergi bilik air sendiri. Alhamdulillah betullah cakap Dr Chan tu katanya. Ha! tu la pasal baru dia percaya. Sementara itu Mrs. A pulak rasa macam dah sakit kepala nak kena migrain mula-mula macam boleh tahan. Lama - kelamaan makin bertambah pulak palik sadis bila check ubat migrain dalam handbag tak bawak pulak 😭😭😭 dah settle kerja sikit Mrs. A pergi surau nak rehat sekejap. Muntah jugaklah kat surau tu lepas tu dapat tidur sekejap ku fikir selepas itu dah okay nan hado uols! sama jugak masih sakit kesudahannya Mrs. A gagahkan diri drive ke klinik lepas tu terus balik rumah makan ubat fengsan terus tidur sampai ke petang

Malam tu Mrs. A tak pergi pun jengok Mr. A anak-anak aje pergi. Lagipun Mr. A dah semakin pulih dah boleh berjalan cuma terhinjut-hinjut sikit malam tu pun dia tinggal sorang je bila Along nak teman dia kata tak perlu dah sebab dah boleh berjalan ke bilik air sendiri

Alhamdulillah esoknya tu Rabu, 04012023 dalam pukul 11 lebih Mr. A dah boleh discharge cuma kena pergi follow-up hari Isnin, 09012023. Masa pergi follow-up tu result semua baik alhamdulillah syukur. Happy semuanya telah berlalu




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mrsablogstori.blogspot.com/2023/01/kisah-1-januari-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Tunai Bernas Rm250 Diberikan 16 Januari 2023

Bantuan Tunai Bernas Rm250 Diberikan 16 Januari 2023

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 154 hits
Bantuan Tunai Bernas RM250 Diberikan 16 Januari 2023 Terkini dibawah kerajaan baru yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah menyediakan pelbagai bantuan untuk orang yang kurang berkemampuan Ini selari dengan apa yang selalu dit...
Senarai Lagu Melayu Januari 2023

Senarai Lagu Melayu Januari 2023

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 256 hits
Senarai Lagu Melayu Januari 2023Senarai Lagu Melayu Januari 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Disember 2022 Untuk bulan Disember ini pelbagai lagu melayu baru yang ...
11 Januari 2023 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

11 Januari 2023 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 154 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah mengekalkan harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar 1 1500 telah menggunakan tekanan JUALAN yang ketara apabila ...
Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 296 hits
TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI Assalammualaikum Annyeonghaseyo Festival Muzik K Pop yang dinantikan telah tiba Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton NCT DREAM WayV KARD dan ALICE secara langsu...
Separuh Akhir Kedua Thailand Lawan Malaysia 10 Januari 2023

Separuh Akhir Kedua Thailand Lawan Malaysia 10 Januari 2023

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 250 hits
Separuh Akhir 2 Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 berlangsung pada Selasa 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat Bangkok 8 30 malam KEPUTUSAN PERLAWANANTHAILAND 3 0 MALAYSIA19 Teerasil Dangda 55 Bordin Phala 70 Adisak Kraisorn Thailand memen...
Aktiviti Hari Ini Sabtu 14 Januari 2023

Aktiviti Hari Ini Sabtu 14 Januari 2023

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 264 hits
assalamualaikum selamat pagi Sabtu hari ni in shaa Allah nak masak sotong goreng kunyit cili padi sambal telur rebus dan ayam masak kicap then nak buat skit sambal belacan for lunch dinner terus mudah lepas subuh tadi terus buka laptop teri...
Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam 19 Januari 2023

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam 19 Januari 2023

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 202 hits
Filem Duan Nago Bogho sebuah filem Sabri Yunus mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Januari 2023 Duan Nago Bogho filem aksi yang menggabungkan dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial serta meng...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap