Kisah 01 Januari 2022
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Kisah 01 Januari 2022. Sengajalah nak mencoret di blog kisah 01 Januari 2022 biar jadi kenangan di masa-masa akan datang. Mrs. A plan dengan Aryssa nak ke Mydin untuk grocery shopping pada Saturday 01 Januari 2022 tu. Entah macam mana Along pun memang bercadang nak ke Mydin untuk shopping jajan, stok untuk dibawa pulang ke hostel katanya. Sedang Mrs. A berborak dengan Along tu Mr. A pulak mencelah kalau macam tu lepas ibu dengan budak-budak shopping nanti kita lunch kat luarlah. Lunch tempat biasa katanya. [SINI] yesszaaa.... lompat bintang Mrs. A cause tak payah memasak 😀😀😀
Kononnya nak gerak ke Mydin Senawang pukul 11.00 pagi selepas Aryssa habis seminar online. Inilah namanya janji melayu kot janji pukul 11.00 nak gerak tapi lebih kurang pukul 11.40 barulah gerak. Sebelum ke Mydin tu singgah dulu ke petshop Harmony Cat World Ent., Senawang untuk top-up stok cat food dan cat litter anak-anak bulus. Suka pergi petshop yang ni cause senang satu jalan nak ke Mydin
Kisah 01 Januari 2022 - Grocery Shopping Mydin Senawang
3 beradik sedang memilih barang
Selalu yang pergi grocery shopping Aryssa dan Mrs. A sahaja tapi pada 01 Januari 2022 tu 3 beradik bergabung. Meriah troli ha😀😀😀
Sebelum ke Mydin tu Mrs. A dah plan baik punya nak guna kad Meriah Mydin yang baharu apply bulan lepas. Ialah sebelum-sebelum ni setiap kali nak bayar mesti cashier akan tanya ada kad meriah tak? Mampu geleng kepala ajelah takde huh! lerrr mahh! Unfortunately pada 01 Januari 2022 tu Mrs. A dah ada kad meriah boleh pulak cashier tu tak tanya 😞😞😞
Punyalah panjang dan meriah bilnya tu malangnya takde rezeki nak kumpul point
Mrs. A pun boleh pulak terlupa dah ada kad meriah, bila dah settled bayar baru teringat. So adik chasier tu pun panggillah supervisornya tu nak swipe kad tu tapi so call supervisor tu cakap tak boleh sudah cause dah bayar. Ha! lah hai! rugilah sis setengah k tu dik! depa hanya tersenyum kelat sahaja. Choi! ntah pape je hampeh! tul emo iols! muahhaaa.. tetiba jadi kad tak meriah sudah! [astaghfirrullahalazim takde rezeki la Mrs. A oii!]
Disebabkan kejadian itu Mrs. A terus cepat-cepat nak balik aje nak pergi makan sedap hilangkan perasaan geram gittewww... On the way nak balik tu Aryssa dah call babahnya siap-siap (babahnya kat luar jumpa kawan) cause sebelum tu babahnya pesan on the way balik dari Mydin calling-calling dulu nanti senang nak timing
Just nice bila sampai rumah sorting barang ke dalam rumah pun belum habis lagi Mr. A dah muncul. Terus ajelah we all gerak ke Casa Lagenda Seremban 2. Okay jom layan gambar makan-makan. Tak payah reviewlah ya cause dah pernah review
Kisah 01 Januari 2022 - Lunch di Casa Lagenda Seremban 2
Alhamdulillah semua ada I'm so happy
Yeay! pucuk keledek favorite ada kali nih!
Alhamdulillah semua menu favorite masing-masing ada craving satisfied 😋😋😋.
Selepas lunch kali ini terus pulang rumah aje. Babah a.k.a Mr. A ada appointment lain pulak haish! busy nau-nau. Apa-apa pun we all tetap gembira terima kasih Allah atas rahmat kasih sayangMU
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/01/kisah-01-januari-2022.html